KEK LAPIS TEMBIKAI
Bahan
16 oz mentega
10 biji telur ayam
250 gm gula halus - kak ruby letak 200 gm je
1 tin kecil susu pekat manis - kak ruby letak 1/2 tin je
200 gm horlick
1 tin kecil kaya
300 gm tepung hong kong
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
coklat chip secukupnya
warna hijau - pandan paste
warna merah - perasa strawberry
Cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu pukul lagi sampai putih, masukkan susu, kaya, horlick, tepung hong kong, baking powder dan esen vanila gaul rata dan sampai sebati.
Ambil 4 senduk, warnakan hijau (pandan paste), 3 senduk biarkan warna asal dan selebihnya warnakan merah (perasa strawberry).
Bakar warna hijau selapis-selapis sampai habis, kemudian warna asal selapis-selapis jugak sampai habis dan akhir sekali warna merah (letakkan coklat chip) lakukan proses yang sama sampai adunan habis.
Suhu 150c lapisan pertama api atas bawah, lapisan kedua dan seterusnya api atas sahaja. Setiap lapisan guna 7 sudu besar.
Alhamdulillah tengahari ni kak ruby makan pulut durian ala-ala orang kedah gi tu, memang kak ruby pun orang kedah, hihihi sayang kedah tanah tumpah darah ku.........kat kampung dulu-dulu bila tiba musim durian, kak ruby dan arwah ayah selalu makan macam ni, durian, pulut, santan atau pun air garam dan jugak gula, gaul dengan tangan lepas tu makan, sedap nyer.......arwah ayah lebih suka makan dengan nasi dari pulut tapi kak ruby memang suka makan durian dengan pulut....... al fatihah buat ayah ku
PULUT DURIAN
Cara kak ruby lain sikit, kak ruby lebih suka pulut di kukus, setengah orang suka pulut di tanak macam masak nasi tu tapi sukatan air sama paras dengan pulut, pulut kan cepat masak jadi air nya sedikit dah cukup. masak je macam masak nasi, bila pulut masak makan dengan durian, santan atau air garam.
Assalammualaikum dan selamat berhari minggu semua, petang ni kak ruby buat pulut panggang.......pulut panggang ni memang kesukaan kak ruby, kak ruby suka sangat, 4, 5 batang boleh habis dalam satu2 masa hihihi, tapi buat nya baru sekarang kak ruby pandai.......sebelum ni kak ruby buat asik tak menjadi je....Kak ruby paling suka sekali pulut panggang Kedah, pulut panggang kedah memang sedap, bagi kak ruby lah kak ruby suka pulut dia tu, pulut dia tak lembek, sebab apa kak ruby kata macam tu, selalu nya lah kalau kak ruby beli pulut panggang di mana-mana tempat kecuali kedah pulut nya mesti lembek macam nasi, kak ruby tak suka.......kak ruby suka macam kedah punya, pada sapa2 yang biasa makan pulut panggang yang dibuat di negeri kedah tau lah rasa dia macam mana.......maaf ye semua, ini citarasa kak ruby secara individu.......Jangan lupa sebelah pantai timur diaorang panggil PULUT LEPA yang berintikan ikan, pun sedap jugak.......
PULUT PANGGANG
Bahan
500 gm beras pulut
1 mangkuk santan
1 sudu teh garam
daun pisang secukupnya - bersih dan layur
lidi secukupnya (kak ruby guna stapler je)
Bahan inti
1/2 biji kepala parut putih
2 batang serai *
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
5 tangkai cili kering *
200 gm udang kering *
1 cawan air
1/2 sudu teh kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
Cara
Kisar bahan yang bertanda *
Rendam pulut selama 3 jam atau lebih, bersihkan dan kukus sehingga masak. Ambil santan yang sudah dicampur dengan garam, gaul rata bersama pulut, kemudian kukus lagi selama 5 minit sahaja, tutup api dan angkat.
Satukan semua bahan inti termasuk bahan kisar kedalam kuali, masak lah hinggga kering (kacau-kacau selalu supaya ia tidak hangit) rasa secukupnya masim, manis, pedas tutup api angkat.
Letakkan pulut diatas daun pisang, leper2 kan sikit, letakkan inti diatas pulut pula kemudian gulung jadi bentuk panjang, kemaskan dengan lidi di hujung nya. Boleh lah di panggang diatas dapur menggunakan kuali atau masukkan ke dalam oven. Panggang sehingga daun pisang kehitaman.
Assalammualaikum, malam tadi kak ruby buat lagi sekali kek alunan kasih atas permintaan suami tersayang, kata nya kek ni sedap dan lembut........jadi sang suami minta buat untuk dia bawak ke pejabat pula, sebab ada jumuan hari raya, kali ni kak ruby buat 3 warna dan 4 lapis cantik kan warna dia kak ruby suka dan suami pun suka hehehe..........
Resepi dia tak perlu lah kak ruby letak lagi kan sebab baru 3 hari lepas kak ruby publish kan kat kayumaniskorner.......ni saja kak ruby nak tayang-tayang gambar je sebagai kenangan kak ruby hihihi......
Assalammualaikum, ni desser tengahari tadi, kalau dulu kak ruby buat puding tembikai kuning, kali ni tembikai merah pula hihihi...resepi nya sama je cuma tukarkan kuning kepada warna merah. Kak ruby suka puding ni, makan selepas makan nasi, keluar je dari peti ais terus makan aduh sedap nyer.........
PUDING TEMBIKAI MERAH
Bahan
12 gm agar agar
3 keping roti
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanila
sedikit cincau - utk dibuat biji
pewarna merah dan hijau
Cara
Carik carikkan roti dan rendam dalam susu cair, ketepikan.
Masak agar2 bersama air hingga hancur, masukkan gula biarkan hingga
gula larut, sementara itu blender roti hingga halus. Kemudian masukkan
ke dalam agar2, masukkan juga vanila dan butter.
Kacau hingga mendidih dan agak pekat. tutup api.
Ambil 1 cawan masukkan ke dalam bekas dan warnakan hijau, masukkan ke
dalam acuan, bekukan, masukkan pula warna asal dalam 1/2 cawan. yang
selebihnya warnakan merah. Bila warna asal sudah beku masukkan warna merah, taburkan cincau.
Sejukkan dalam peti ais.
Assalammualaikum, hari ni kak ruby nak kisahkan resepi semalam, sebab sibuk sikit pagi ni baru boleh publish kat kayumaniskorner......semalam masak simple sangat, ikan talapia masak sambal hijau dan labu masak lemak tu je, tapi sedap tau......sapa2 pun boleh cuba, idea ni datang hasil dari tinjau2 kat rakan2 blog jugak, terima kasih semua, terlampau banyak blog yg kak ruby singgah, jadi terima kasih untuk semua lah. Untuk hari ni pula tak tau lagi apa resepi hihihi.........
TALAPIA MASAK SAMBAL HIJAU
Bahan
2 ekor ikan talapia merah
1 biji bawang besar - potong bulat
4 sudu besar air asam jawa
sedikit air
garam dan gula secukupnya
minyak - utuk goreng ikan
Bahan kisar
7 biji cili hijau
5 biji cili padi hijau
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
Cara
Ikan dibersih, kelar2kan, lumur dengan sedikit garam dan kunyit, goreng hingga garing angkat ketepikan.
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak masukkan sedikit air, air asam jawa, garam dan jugak gula, biarkan hingga mendidih, rasa secukupnya. Masukkan ikan dan bawang besar yg dipotong bulat tadi, kacau rata, agak bawang lembut sikit, tutup api angkat.
KEK ALUNAN KASIH
Bahan
5 biji telur
250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
serbuk koko secukupnya
pewarna (pilihan sendiri)
tapis teh yg halus (utk ayak serbuk koko)
Cara
Butter dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan susu cair, gaul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul sebati.
Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian, warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Griskan loyang dengan butter, taburkan sedikit tepung. Masukkan adunan warna pertama, ayak nipis je serbuk koko diatasnya, masukkan pula adunan warna kedua, ratakan dan ayak serbuk koko diatasnya.
Buat lah begitu ke lapisan yang ketiga dan seterusnya.
Bakar lebih kurang 45 minit dengan suhu 150c api atas bawah.
kak ruby guna loyang 8 x 8 inci.