Nuffnang Ad

Saturday 7 September 2013

Pulut Panggang

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu semua, petang ni kak ruby buat pulut panggang.......pulut panggang ni memang kesukaan kak ruby, kak ruby suka sangat, 4, 5 batang boleh habis dalam satu2 masa hihihi, tapi buat nya baru sekarang kak ruby pandai.......sebelum ni kak ruby buat asik tak menjadi je....Kak ruby paling suka sekali pulut panggang Kedah, pulut panggang kedah memang sedap, bagi kak ruby lah kak ruby suka pulut dia tu, pulut dia tak lembek, sebab apa kak ruby kata macam tu, selalu nya lah kalau kak ruby beli pulut panggang di mana-mana tempat kecuali kedah pulut nya mesti lembek macam nasi, kak ruby tak suka.......kak ruby suka macam kedah punya, pada sapa2 yang biasa makan pulut panggang yang dibuat di negeri kedah tau lah rasa dia macam mana.......maaf ye semua, ini citarasa kak ruby secara individu.......Jangan lupa sebelah pantai timur diaorang panggil PULUT LEPA yang berintikan ikan, pun sedap jugak.......
 

PULUT PANGGANG

Bahan
500 gm beras pulut
1 mangkuk santan 
1 sudu teh garam
daun pisang secukupnya - bersih dan layur
lidi secukupnya (kak ruby guna stapler je)

Bahan inti
1/2 biji kepala parut putih
2 batang serai *
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
5 tangkai cili kering *
200 gm udang kering *
1 cawan air
1/2 sudu teh kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa


 

Cara
Kisar bahan yang bertanda *
Rendam pulut selama 3 jam atau lebih, bersihkan dan kukus sehingga masak.  Ambil santan yang sudah dicampur dengan garam, gaul rata bersama pulut, kemudian kukus lagi selama 5 minit sahaja,  tutup api dan angkat.
Satukan semua bahan inti termasuk bahan kisar kedalam kuali, masak lah hinggga kering (kacau-kacau selalu supaya ia tidak hangit) rasa secukupnya masim, manis, pedas tutup api angkat.
Letakkan pulut diatas daun pisang, leper2 kan sikit, letakkan inti diatas pulut pula kemudian gulung jadi bentuk panjang, kemaskan dengan lidi di hujung nya.  Boleh lah di panggang diatas dapur menggunakan kuali atau masukkan ke dalam oven. Panggang sehingga daun pisang kehitaman.  


1 comment: