Nuffnang Ad

Monday, 14 January 2013

Jemput Pisang



JEMPUT PISANG

Bahan
2 cawan pisang lecek*
2 1/2 cawan tepung gandum*
1/4 cawan gula merah*
1 sudu teh baking powder*
sedikit garam*
minyak untuk menggoreng

 

Cara
Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati. Biarkan 10 minit supaya gula didalam adunan tu cair dan sebati.   Panaskan minyak, kemudian jemput2 kan adunan masukkan kedalam kuali, bila sudah hampir kekuningan terbalik2kan, masak angkat, dan toskan minyak nya.   Buat lah begitu hingga adunan pisang habis. 

Friday, 11 January 2013

Nasi Goreng Pattaya



NASI GORENG PATTAYA

Bahan
1 mangkuk nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak
1/2 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk isi ayam
1 sudu besar sayur campur
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cili sos
2 biji telur ayam
1/2 kuib ayam adabi
sedikit garam


Cara
Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk hingga naik bau, masukkan cili kisar kacau2 masukkan isi ayam, kacau dan biarkan air ayam kering.  masukkan cili sos, garam dan sayur campur kacau sebatikan.  
Masukkan nasi kacau hingga kesemuanya sebati, rasa secukupnya, tutup api. angkat.
Untuk telur
Pukul telur bersama sedikit garam, tuangkan kedalam kuali non-stick, dadar dan nipiskan, bila telur cukup masak, tutup api.  Ambil nasi goreng masukkan kedalam mangkuk, kemudian telangkup kan keatas telur dadar pastu lipat kemas2. Siap.

Tuesday, 8 January 2013

Lapis Pelangi

Hari ni kak ruby ceria sedikit, kuih pun berwarna warni macam pelangi selepas hujan turun, hehehe..........tak kisah lah asal kan bahagia kan,  tapi kak ruby sedih dan simpati pada kawan2 yang rumah mereka tidak ada air, mesti susah dan tak bahagia mereka.......susah segala2nya nak masak, membasuh  lebih2 lagi yg ada anak2 kecil, simpati kak ruby......apa boleh buat, siapa yang harus dipersalahkan................................. 


KUIH LAPIS PELANGI

Bahan
1 cawan tepung gandum

3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan susu cair (k ruby saja ltk susu, tak suka lemak sngt)
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning, hijau, biru, ungu dan merah


 


Cara
Gaul semua bahan kecuali pewarna dan tapis.
Bahagikan kepada 5 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna2 pilihan.
Panaskan kukusan, dan sapukan sedikit minyak pada loyang atau acuan2 kecil.
Kemudian kukuslah selapis-selapis dgn warna yang berlainan, setiap lapisan kak ruby kukus selama 5 minit, utk lapisan terakhir kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Biarkan kuih betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan atau potong.
 


Sunday, 6 January 2013

Apam Balik

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia, Hari ni ada kenduri rumah jiran depan rumah kak ruby, jadi tak payah lah masak ..........selepas solat zohor kak ruby terasa dan teringin sangat nak makan apam balik yang buat sendiri, tak nak yang beli kat pasar malam......kak ruby mencuba dari resepi Puteri Manja......
Dipendekkan cerita...jadi pulak, cantik dan sedap pulak tu !!! Tak payah beli kat pasar malam lagi....terima kasih Puteri.
 

APAM BALIK

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
 
Bahan untuk di tabur dlm apam balik
kacang tanah - di blender kasar
gula
jagung cream dlm tin
 

Cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan air, soda, baking powder dan pewarna mesin lagi hingga sebati.  Akhir sekali masukkan tepungl, mesin lagi hingga semuanya betul2 sebati.
Ambil 1 senduk adunan masukkan dalam kuali non-stick, leper kan sikit adunan.  
Biarkan sekejap bila sudah berlubang lubang taburkan dengan bahan2 tabur. Bila sudah masak lipatkan, angkat.  





Friday, 4 January 2013

kek Buah

Hari ni mengidam pula nak makan kek buah....dalam pada teringin tu, malas pun ada jugak....bagi kak ruby kek buah yang kukus tu lagi sedap, tapi kak ruby malas nak kukus lama sangat sampai 2, 3, 4, jam, malas lah pula nak jaga air kukus tu nanti kering nak tambah lagi, nak jaga supaya air jangan masuk dalam kek lagi, malas betul lah.....penyakit malas dah datang lah ni..... buat je lah yang bakar, senang.  tapi kurang sedap sikit......

KEK BUAH - Bakar 
Bahan
200 gm tepung naik sendiri
200 gm mentega
80 gm gula halus
4 biji telur gred A
350 gm buah campuran (dlm kotak)
100 gm madu
1 sudu kecil esen vanilla
Cara
Pukul gula dengan mentega hingga sebati, tak perlu lama sangat.
Kemudian masukkan telur satu persatu pukul sehingga sebati, masukkan esen vanila.
Setelah sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul lagi hingga nampak berkrim sedikit. Masukkan madu dan buah campuran gaul sebati.
Masukkan kedalam loyang yang telah disapu mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
Bakar pada suhu 160c selama 45 minit atau hingga masak.




*Taburkan sedikit tepung ke dalam buah campuran, gaul rata…ini supaya buah campuran tidak tenggelam ke bawah. 

Mihun Goreng





MIHUN GORENG KAK RUBY

Bahan
1 bungkus mihun - rendam, sampai lembut - toskan
200gm udang
4 ulas bawang putih - diketuk

1 biji bawang besar - dikisar
sawi - dibersih , dipotong 
2 sudu mkn cili kisar

5 sudu  mkn cili sos
2 sudu mkn kicap
garam, sedikit gula
cili merah - hiasan
1 biji telur, di dadar - hiasan

 

Cara
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kisar masak hingga cili naik minyak, masukkan cili sos, kicap, garam dan sedikit gula masukkan 1 cawan air.  Biarkan mendidih, masukkan udang, bila udang sudah bertukar warna merah, Masukkan mihun dan sawi.
Kacau2 hingga semua nya sebati dan sayur sudah lembut.  Tutup api.

*Sebenarnya sayur2 tu ikut apa yang kak ruby sempat je.....kadang2 kak ruby letak tauge, gobis   dan apa2 yang ada dlm peti ais, kali ni itu je yg ada.
 

Tuesday, 1 January 2013

Bubur Jagung

Assalammualaikum dan selamat tahun baru pada yang sudi singgah di kayumaniskorner......masing2 tentu banyak kenangan manis dan jugak pahit disepanjang di tahun 2012 kan?,  bagi diri kak ruby 2012 banyak kak ruby habiskan di bumi Sarawak.  SIBU.... di sana lah banyak kenangan manis kak ruby di tahun 2012, kak ruby belajar buat kek lapis sarawak disana, makan dan masak makanan sarawak, dapat jugak kawan2 dari berbagai suku kaum di sibu. Kawan2 kak ruby di sana semua nya baik2...kak ruby sayang dan rindu pada kawan2 disana...Ohhhhhh banyak sungguh kenangan manis di sibu, tak tertulis disini......kak ruby love Sibu.......lupa pula petang ni kak ruby masak bubur jagung, resepi pertama kak ruby masuk ke kayumaniskorner tahun 2013.
 

BUBUR JAGUNG

Bahan

4 batang jagung manis
5 cawan air
1 cawan santan pekat
1/4 cawan sagu - direndam
3 sudu mkn gula pasir - boleh kurang/tambah
3 sudu mkn gula merah/gula melaka
2 helai daun pandan - disimpulkan
secubit garam 

 

Cara
Jagung dipotong nipis, masak isi jagung, daun pandan dan air hingga mendidih.
Sementara itu basuh sagu dan toskan.
Bila dah mendidih masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan santan.
Masak dengan api sederhana dan hendaklah dikacau supaya tidak naik kepala santan.
Bila bubur mendidih masukkan sagu. 
Masak sehingga sagu bertukar warna jernih.
Angkat dan hidangkan.