Nuffnang Ad

Thursday, 13 September 2012

Muffin Pisang

Kali ini kak ruby buat banyak, untuk jamuan hari raya di sebuah Jabatan Kerajaan di Putrajaya.......seronok kak ruby,  ialah pertama kali dpt buat untuk Jbt Kerajaan, selepas balik dari Sarawak.........
 

MUFFIN PISANG LAGI

Bahan :
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cwn gula
4 biji pisang di lenyek
3 biji telur
1/2 cwn minyak jagung
1 s/k esen vanila
1 sudu teh ovallette
choc. chips secukup nya
 
Cara :
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder ketepikan, dan panaskan oven 180c.
Putar telur, gula dan ovallette hingga kembang, masukkan esen vanila & pisang putar lagi, masukkan tepung.
Akhir sekali masukkan minyak dan kacau sebati, lepas tu masukkan adunan dlm paper cup/cup muffin.
 
Letakkan choc. chips, bakar 160c selama 20 minit.

Wednesday, 12 September 2012

Puding Laici Kastard

x

PUDING LAICI KASTARD

Bahan A :
200 gm gula pasir (bleh kurangkan)
20 gm agar agar stripe
3 cawan air 
 
Bahan B :
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1 tin buah laici 
1 tin air laici
30 gm mentega

Cara :
Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula.
Sementara itu kisar bahan B kecuali mentega, bila bahan B sudah sebati baru masukkan mentega kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dlm agar-agar tadi, kacau hingga mendidih dan pekat, tutup api.
Tuangkan ke dlm acuan pilihan, biarkan sejuk sedikit baru bekukan dlm peti ais. 





Tuesday, 11 September 2012

Biskut Hazel Bersalut Coklat



BISKUT HAZEL BERSALUT COKLAT

Bahan-bahan ;

200 gm mentega ( kak ruby guna buttercup)
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
200 gm tepung kek
1 sudu besar tepung jagung
70 gm kacang hazel (diblend halus)
1 sudu kecil esen vanilla

                                                       biskut sebelum dibakar
 

Cara membuat :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanilla.  Kacau hingga sebati.
2. Masukkan tepung kek, tepung jagung dan kacang hazel. Kacau lagi hingga sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag, pilih acuan mengikut citarasa sendiri.

4. Bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 15 min.

Biskut Nestum Madu



BISKUT NESTUM MADU

Bahan:
250 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
1 1/2  cawan gula halus (kurangkan klu x suka manis)
1 cawan kelapa kering
1 cawan nestum
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar madu
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
 

Cara :
Campurkan tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ketepikan.
Kacau mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga kembang masukkan madu, kacau sebati.
Masukkan kelapa kering dan nestum, sambil dikacau rata baru masukkan campuran tepung tadi, gaul hingga menjadi dol yang lembut. Sekira nya adunan masih lembik tambahkan sedikit tepung gandum.
Kemudian cetak lah mengikut acuan pilihan sendiri, dan hias juga dengan cara sendiri.

Monday, 10 September 2012

Biskut Tepung Ubi

Rasa kak ruby ini lah resepi biskut yang paling simple dan senang nak buat.......tapi rasa nya sedap, lembut dan sensitive mudah pecah.


BISKUT TEPUNG UBI

Bahan :
250 gm tepung ubi
2 biji kuning telur
5 sudu makan gula halus
1 cawan mentega 
1 susu teh esen vanila
100 gm badam (kak ruby ptng memanjang)


                                                            sebelum di bakar


 
Cara :

Gula dan mantega di pukul hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanila kacau rata.
Kemudian masukkan tepung ubi gaul hingga sebati.
Boleh lah di cetak mengikut acuan pilihan, sapu kuning telur di atas dan hias dengan badam potong panjang tadi.  Bakar lah hingga masak atau kekuningan.

London Almond

Resipi biskut london almond ini sudah lama kak ruby gunakan iaitu sejak 1995 lagi, waktu itu kak ruby baru balik dari USA.....Raya tahun 1994 tahun pertama kak ruby raya di Malaysia setelah beberapa tahun kak ruby tinggalkan bumi Malaysia yg tercinta ini, waktu itu setiap rumah yang kak ruby p beraya mesti ada biskut ni, dalam hati kak ruby tertanya juga apa nama biskut ni? sedap juga........habis saja Syawal mula lah kak ruby cari2 resepi tanya sana tanya sini, akhir nya kak ruby dapat dari kawan baik kak ruby  iaitu kawan setempat kerja dulu......jadi, masa raya tahun 1995 hingga lah SEKARANG,  ini lah resipi yg kak ruby gunakan....terima kasih buat kawan kak ruby yg sangat kak ruby sayang .....rosni nama nya....


BISKUT LONDON ALMOND

Bahan :
250 gm buttercup
500 gm tepung gandum
200 gm badam kisar halus
250 gm badam (di goreng skejap)
100 gm badam kisar kasar 
2 biji kuning telur
1 biji telur
4 oz gula halus
coklat masakkan
paper cup secukup nya 

 
Cara :
Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi. Masukkan tepung gandum dan badam kisar halus, gaulkan sampai sebati dan jadikan dol yg lembut.
Kemudian bentukkan ketul2 kecil seperti kuih makmur, masukkan badam goreng td didlm nya, buat lah sampai adunan habis.  Bakar hingga masak dan sejukkan.

Untuk coklat
Masakkan coklat cara double boiling, bila coklat sudah cair celupkan biskut yg sudah dibakar tadi dan masukkan ke dalam paper cup dan taburkan dengan badam kisar kasar. 

Saturday, 8 September 2012

Kek Lapis Horlicks

Assalammualaikum semua jiran2 kak ruby dan sesiapa saja yg sudi singgah di kayumaniskorner ........kak ruby cuti panjang kali ini, lama sungguh dapur kak ruby tak berasap, hmpr2 2 bln kot...dr sebelum puasa hingga lh selepas hari raya. Sampai kan biskut dan kuih muih hari raya pun kak ruby main tunjuk2 je, sebenar nya kak ruby tak berapa suka main tunjuk2 ni.....tp apa boleh buat dah terpaksa, perpindahan kak ruby dr Sarawak ke Semenanjung dlm bln puasa dan raya....... sekarang kak ruby dah boleh memasak semula......bahagia nya, sebab hobi kak ruby MEMASAK.  


KEK LAPIS HORLICKS
(sumber dr: resepi enak horlicks)


Bahan :
250 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
200 gm horlicks
10 biji telur
150 gm gula halus
250 gm biskut marie (kisar halus hingga jdkan tepung)
1 sudu teh serbuk koko (kak ruby tmbh 1 sudu lg)
1 sudu teh vanila (kak ruby sj letakkan)
 
Cara :
Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang,  masukkan telur satu demi satu hingga habis (dlm masa yg sama kak ruby masukkan vanila) sambil dipukul sebati.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan juga horlicks kacau kesemua nya hingga betul2 sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
satu bahagian campurkan dgn serbuk koko dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Bakar lah selapis demi selapis hingga habis dengan warna koko untuk lapisan pertama.

*Acuan 8 x 8 x 3
*setiap lapisan gunakan 5 sudu mkn atau utk lapisan lbh nipis lg guna lh 4 sudu je
* oh ye resepi asal kek ni di KUKUS tp kak ruby saja nak bakar pula.
    klu sapa suka kukus...kukus lh seperti buat kuih lapis.