Nuffnang Ad

Tuesday, 7 November 2017

Kuih Lapis Hijau



KUIH LAPIS

Bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 cawan santan pekat
2 cawan air
Sedikit garam
Pewarna pilihan sendiri





Cara
Blenda semua bahan-bahan diatas, kemudian tapis.
Bahagi kepada 2 bahgian, warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan sendiri.
Kukus lah selapis demi selapis dengan cara selang seli antara 2 warna.
Setiap lapisan kukus selama 5 minit, untuk lapisan akhir kukus selama 10 minit,

·       Acuan guna pilihan sendiri.

Terung Goreng Berlada



TERUNG GORENG BERLADA

Bahan
3 biji terung  panjang – potong serong
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 labu bawang besar - mayang kasar
Garam/gula

Bahan tumbuk kasar : A
4 biji cili merah
1 genggam udang kering atau ikan bilis
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah



Cara:
Tumbuk kasar bahan A . Goreng terung hingga masak dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk hingga pecah minyak.
Masukkan pati asam jawa, bawang besar dan biarkan seketika sehingga bawang layu.
Perasakan dengan garam / gula.
Padamkan api dapur dan tuang bahan tumis ke atas terung yang digoreng tadi.
Sedia untuk dihidangkan.

Friday, 3 November 2017

Muffin Pandan



MUFFIN PANDAN

Bahan
200 gm tepung gandum
1 ½ tsp baking powder
½ tsp soda bikabonat
½ tsp garam halus
120 gm gula halus
200 ml santan (dlm kotak)
100 ml minyak jagung
2 biji telur
1 tsp pandan paste
½ tsp pandan esen
Topping ikut selera : alamond slices, kismis, ceri dll




Cara
Panaskan oven pada suhu 180c.  sediakan loyang muffin dan paperliners.
Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker, Campurkan ke semua bahan basah ke dalam bahan kering.  Gaul kaup balikkan sahaja sekadar semua bahan bercampur.
Isikan adunan kedalam paperliners dan taburkan kepingan almond diatasnya.
Bakar selama 20 minit atau hingga masak.

Thursday, 2 November 2017

kuih keria gula merah lagi



KUIH KERIA

Bahan
500 gm keledek putih
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
Kupas keledek, cuci bersih dan potong kecil-kecil.
Rebus keledek atau kukus sehingga empuk, kemudian toskan.
Hancurkan keledek sehingga lumat dan halus.  Masukkan tepung gandum gaul sebati hingga boleh dibentuk gegelang bulat.
Goreng hingga kuning keemasan atau hingga masak.  ketepikan.



Untuk sira
100 gm gula melaka - di racik halus
1 sudu teh gula psir
1 ketul gula batu - di tumbuk halus
4 sudu besar air

Cara
Campurkan semua bahan, masak hingga likat dan berbuih, baru masukkan keria.  Gaul sebati hingga nampak berkilat, tutup api.
Angkat, susun dan diredai.

•   adunan sire di atas hanye utk 10 hingga 12 biji sahaja.

Kuih Angku



KUIH ANGKU

Bahan
300 gm keledek – direbus/dilecek
200 gm tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
3 sudu besar minyak jagung
Air secukup nya




Cara
Satukan keledek, tepung pulut, tepung beras dan minyak jagung dalam mangkuk kemudian gaul rata.  Tuang air sedikit demi sedikit sambal dikacau hingga menjadi doh yang lembut, rehat dalam 15 minit.
Timbang doh 18 – 20 gm setiap satu dan bulat-bulatkan.
Leperkan doh dan masukkan inti kemudian tutup kemas, masukkan kedalam acuan angku yang sudah disapu dengan sedikit minyak tekan perlahan-lahan dan padatkan.
Keluarkan letak diatas daun pisang yang sudah dipotong kecil dan disapu sedikit minyak.
Kemudian kukus selama 7 – 10 minit dengan api sederhana.
Angkat dan sapu dengan sedikit mnyak (tak sapu minyak pun boleh) ini hanya untuk kilatkan saja.


Monday, 30 October 2017

Talam Tokyo



TALAM TOKYO

Bahan Utk Lapisan Bawah
(loyang 10x10x2")
300 gm sago kecil warna merah
60 gm sohoon
100 gm kelapa parut putih
100 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam.

Cara
Cuci sago, rendam selama 30 minit dan toskan.
Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn minyak. Klu nak alas plastik  pun boleh.
Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata




Bahan Utk Lapisan Atas
4 biji telur
300 gm gula pasir
400 ml santan pekat
400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
100 gm tepung kastard
sedikit pewarna hijau 
1/2 sudu kecil garam

Cara
Campurkan semua bahan dan blend rata.
Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Padamkan api, Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.

Thursday, 26 October 2017

Kek Chiffon Strawberry



KEK CHIFFON STRAWBERRY

Bahan-bahan
Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan susu cair
secubit garam
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar strawberry emlco
1 ½ cawan tepung gandum *diayak
1 sudu kecil baking powder* diayak




Cara
menyediakan Bahan (A)
Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
Masukkan strawberry emlco, minyak & susu cair dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)


Cara
menyediakan Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.