Nuffnang Ad

Thursday 2 November 2017

kuih keria gula merah lagi



KUIH KERIA

Bahan
500 gm keledek putih
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
Kupas keledek, cuci bersih dan potong kecil-kecil.
Rebus keledek atau kukus sehingga empuk, kemudian toskan.
Hancurkan keledek sehingga lumat dan halus.  Masukkan tepung gandum gaul sebati hingga boleh dibentuk gegelang bulat.
Goreng hingga kuning keemasan atau hingga masak.  ketepikan.



Untuk sira
100 gm gula melaka - di racik halus
1 sudu teh gula psir
1 ketul gula batu - di tumbuk halus
4 sudu besar air

Cara
Campurkan semua bahan, masak hingga likat dan berbuih, baru masukkan keria.  Gaul sebati hingga nampak berkilat, tutup api.
Angkat, susun dan diredai.

•   adunan sire di atas hanye utk 10 hingga 12 biji sahaja.

No comments:

Post a Comment