Nuffnang Ad

Monday, 28 August 2017

kuih ketayap lagi



KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
* inti kelapa secukupnya




Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas hingga sebati.  Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.

Thursday, 24 August 2017

Lala Tumis Pedas lagi



LALA TUMIS PEDAS

Bahan
1 kg lala segar
3 sudu mkn cili kisar
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 poko daun sup  - dipotong pendek
2 sudu mkn minyak masak
Garam secukup nya


Cara
Rendam lala selama 1 jam atau lebih dan bersihkan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak
Masukkan lala dan garam, kacau rata biarkan hingga lala masak, tutup api dan tabor dengan daun sup. (kak ruby tak letak daun sup sebab daun sup tak)

Tuesday, 22 August 2017

Kuih Buah Peria



KUIH PERIA

Bahan
2 cawan tepung pulut *
1 sudu besar tepung gandum (kak ruby letak 2 sudu) *
1 sudu kecil garam *
sedikit pewarna hijau*
Santan secukupnya – diblend bersama 3 helai daun pandan
Daun pisang secukupnya – utk lapik
Sedikit minyak



Cara
Satukan semua bahan yang bertanda*
Masukkan santan sedikit sedikit hingga menjadi doh yang lembut
Bulat bulatkan dan ketepikan


Cara penyediaannya
Ambil doh yang dibulatkan tadi, masukkan inti dan bentuk memanjang seperti kuih cek mek molek.  Tekan dengan lidi. Kemudian lapik atau alas kan dengan daun pisang.
Buat lah hingga habis dan kukus selama 15 minit
Angkat dan sapu sedikit minyak.


·       Untuk inti terpulang sama ada inti kacang hijau atau inti kelapa.

Friday, 18 August 2017

Donut Goreng sedap

Assalammualaikum, resepi donut ni kak ruby ambil dari "Warung Puteri Taman Sri Gombak" yang memang terkenal tu.  Ramai pakat duk puji sedap kata nya.  Pada 12 Ogos baru-baru ni dalam FB warung puteri taman sri gombak ada depa bagi resepi. Kak ruby pun try lah buat..
Bila siap buat goreng semua, panas-panas lagi kak ruby makan...wow memang sedap, nak tau sedap macam mana....try buat ye...ada resepi dibawah, tapi resepi tu cuma 1/2 adunan saja. ialah kak ruby tak ramai cuma 2 orang je, tak perlu lah nak buat sampai 1 kg tepung.
Kalau nak resepi penuh boleh buka FB Warung Puteri Taman Sri Gombak.
Terima kasih ye, memang sedap.


DONUT GORENG

Bahan
1 biji telur
500 gm tepung gandum
2 sudu mkn marjerin
 5 sudu mkn susu pekat manis
½ paket mauripan
½ cawan air suam
Sedikit garam
Sedikit gula




Cara
Dalam bekas besar mauripan dicampur dengan air suam hingga berbuih, masukkan telur, susu, marjerin kacau.  Masukkan tepung uli sampai sebati (lebih kurang dalam 15 minit uli).
Kemudian bentuk bulat-bulat isi kan inti (kak ruby letak inti kacang merah).
Tunggu sampai naik sedikit boleh goreng.
Makan panas-panas memang sedap

Wednesday, 16 August 2017

kuih Lapis



KUIH LAPIS

Bahan
1 cawan tepung beras
4 sudu mkn tepung gandum
1 sudu mkn tepung jagung
1 cawan gula – boleh kurang
2 cawan santan pekat + 2 cwn air atau 2 cwn santan cair
Secubit garam
sedikit pewarna merah 



Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
1 bahagian warnakan dengan warna merah dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal iaitu putih.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal putih kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna merah kukus lagi, buat lah begitu berselang seli hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit


*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat... ni warna dan cara kak ruby.

Friday, 11 August 2017

Kek Marble versi Bahulu Kemboja



Kek Marble Lembut

 Bahan
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)



Cara
Ayak tepung bersama baking powder.
 Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah.
Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick. (kak ruby guna acuan baulu kemboja)


Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.

Wednesday, 9 August 2017

Donat Labu yang lembut



Donat labu

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus - lecek halus
1 cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
secubit garam
Minyak - secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor - secukupnya untuk menyalut





Cara
Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih.
Labu dilecek hingga halus
Kemudian campurkan semua bahan dalam bekas kecuali air.  Uli dengan tangan sambal masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.(kak ruby guna air dalam ¼ cwn je)
Perap selama 30 minit atau naik 1 kali ganda.  Tumbuk2 keluarkan angin, canai dan terap dengan acuan donut.  Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng.
Angkat dan toskan, salut kan dengan gula halus.