Nuffnang Ad

Wednesday, 3 May 2017

Tempe Goreng Dengan Ikan Bilis



TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS

Bahan
1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
1 pek tempe - hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah – tumbuk
2 sudu makan jus asam jawa
Gula
Garam
Minyak untuk menumis



cara
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar dan jus asam jawa, kacau-kacau hingga wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
 Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.


Ikan Tumis Asam



IKAN TUMIS ASAM

Bahan
4 potong ikan tenggiri atau ikan apa2 pun boleh
1 cawan air asam
1 biji buah tomato – di belah empat
1 biji cili merah – di belah
1 biji cili hijau – di belah
1 labu bawang besar – di belah kasar
Kunyit dan garam secukup nya
Minyak

Bahan dihiris
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan halba campur


Cara
Basuh dan bersih ikan gaul serbuk kunyit dan garam.  Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan.

Tumis bahan hiris dan jugak halba campur, bila sudah layu dan naik bau masukan air asam dan sedikit serbuk kunyit.  Masak sampai mendidih masukkan ikan, cili merah, cili hijau dan bawang besar.  Biarkan mendidih sekejap, rasa secukupnya dan tutup api. 

Friday, 28 April 2017

Karipap



KARIPAP

Bahan
300 gm tepung gandum
3/4 cawan air sejuk (dlm peti ais)
2 sudu mkn minyak jagung*
2 sudu mkn buttercup*
sedikit garam



Cara
Campurkan bahan yang bertanda * dan panaskan hingga butter cair, tutup api.
Gaulkan kesemua bahan diatas dan uli hingga menjadi adunan lembut, kemudian bahagikan kepada ketul2 kecil,

(kak ruby buat setiap ketul 50 gm).(resepi asal adunan di rehatkan 30 minit) tapi kak ruby terus je canai, nipis2 kan dan letak inti, tutup seperti biasa kelim di tepi dan goreng.
  **Kali ni tak licin pula kulit karipap.

Saturday, 22 April 2017

Pau inti kelapa



PAU INTI KELAPA

Bahan
500 gm tepung pau
11 gm yis  segera
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan air 
50 gm shortening atau
4 sudu besar minyak jagung





Cara
Satukan sedikit air suam dengan yis, biarkan sampai berbuih (kalau tak berbuih, pau tak jadi).
Dalam bekas lain bancuh air bersama gula sampai gula larut.
Gaul tepung pau dengan yis yang sudah berbuih tadi, masukkan air gula gaul bagi sebati, masukkan shortening,  kemudian uli sampai menjadi adunan yang lembut.  Bahagikan kepada 15 ketul yang beratnya setiap ketul 50 gm.  Biarkan selama 30 minit.  Masukkan inti dan biarkan lagi selama 15 minit.  Kukus selama 10 minit.  

Monday, 17 April 2017

Kuih Ketayap lagi



KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
* inti kelapa secukupnya



Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas hingga sebati.  Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.

Thursday, 13 April 2017

kuih manja


 KUIH MANJA

Bahan
1 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
½ cawan susu segar/susu cair
½ cawan air
1 sudu besar butter - dicairkan
2 sudu besar gula      
Sedikit pewarna kuning



Cara
Pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian satukan dengan semua bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati, biarkan adunan selama 15 minit.
Panaskan non stick pan, ambil ½ senduk dadarkan didalam non stick pan dengan api perlahan,
Bila sudah kering dan masak letakkan inti dibahagian tengah dan angkat sambil ditutupkan bahagian tengah.
Untuk inti boleh guna kaya dalam tin, kelapa dan juga kacang tanah yang sudah ditumbuk halus.

Wednesday, 12 April 2017

Puding Mangga



PUDING MANGGA

Bahan A
20 g agar2 tali – rendam 1 jam
3 cawan air
1 cawan gula
2 helai daun pandan – disimpul
Cara
Masak air bersama agar2 hingga larut, masukkan gula dan daun pandan.
Kacau sebati, masak hingga mendidih, tutup api, bahagi kepada 2 bahagian



 Bahan B
2 biji mangga – potong2
2 cawan air
1 biji mangga – potong dadu
1 tin susu cair
Cara
Blender 2 biji mangga yang potong tadi bersama air hingga halus, bahagi kepada 2 bahagian.
Ambil agar2 satu bahagian tadi campur dengan 1 bahagian mangga yang diblender, campurkan juga susu cair, masak sekejap atas api, kacau sebati.  Kemudian tuang dalam loyang atau apa2 bekas yang sesuai, biarkan mengeras sedikit,
Baru tuang adunan mangga…iaitu satu bahagian lagi bahan A agar2 campur dgn bahan B adunan mangga, masak sekejap atas api, kacau sebati.
Tuang perlahan lahan atas agar2 tadi.  Akhir sekali letak mangga yang dipotong dadu diatas agar2.

Sejukkan dalam peti sejuk.