Nuffnang Ad

Friday, 7 February 2014

Kuih Vadai



KUIH VADAI
resepi dr; my Kuali

Bahan
250 gm kacang dhal
3 biji cili kering - digunting halus
1 tangkai daun kari - diracik halus
1/2 biji bawang besar - diracik halus
1 sudu teh jintan manis - biarkan sebiji sebiji
1/2 sudu teh garam
minyak utk menggoreng





Cara
Rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam (kak ruby rendam semalaman) tos hingga kering.
Kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang dhal yang tak hancur.
Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.  Leperkan atas tapak tangan yang diatas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak, supaya ia tidak  melekat.
Susun diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak.
Goreng atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.

Thursday, 6 February 2014

Puding Karamel lagi

Assalammualaikum, waktu cuaca panas2 macam ni,  dapat makan puding karamel sejuk2 baru keluar dari peti ais, aduuuuuuh lega rasa tekak.........sedap sangat hilang rasa bahang panas......ni kak ruby buat pagi tadi, makan tengahari dan petang, rasa tak cukup nak lagi......tu lah sampai terlupa nak ambil gambar masa sebiji belum dipotong,  dah dipotong-potong baru teringat nak publish kat kayumaniskorner.


PUDING KARAMEL

Bahan
5 biji telur
1 cawan gula - 1/2 cwn dijadikan gula hangus + sedikit air
1 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 gelas air



Cara
Sapu sedikit butter di dalam loyang.
Masukkan gula yang sudah hangus tadi, ketepikan.
Telur dipukul bersama 1/2 cawan gula hingga kembang, masukkan susu cair dan esen vanila, masukkan juga bancuhan kastard bersama 1 gelas air.  Kacau sebatikan.
Kemdian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Sejukkan dalam peti ais dulu baru terbalikkan.

*kalau suka manis boleh tambah gula masa buat gula hangus jadikan 1 cwn,



Friday, 31 January 2014

Kuih Lapis Tradisional



KUIH LAPIS TRADISIONAL

Bahan
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 cawan gula
125 ml santan pekat
900 ml air
garam secukupnya
pewarna hijau dan merah




Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak dan ambil setiap bahagian sebanyak 1/2 cawan, untuk jadikan 1 cawan, warnakan dengan warna merah, ketepikan.
Yang 2 bahagian tu, 1 warnakan dengan warna hijau dan 1 bahagian biarkan warna asal iaitu putih.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna hijau kukus lagi, buat lah begitu berselang seli sampai lapis yang ke 3, masukkan adunan yang bewarna merah tadi, kukus lagi, masukkan warna putih semula dan buat lah proses seperti diatas hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit

*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat.......  ni warna, corak dan cara kak ruby.

Thursday, 30 January 2014

Bun Kacang Merah

Assalammualaikum,  agak lama jugak kak ruby tak buat roti.....petang tadi teringin pula, tekak terasa nak makan bun inti kelapa tapi kelapa parut tak de pula dalam simpanan cuma kacang merah saja yang ada, jadi kak ruby buat bun inti kacang merah.  Lembut sangat roti ni, walau pun dah lama tak buat menjadi jugak dia.

  

BUN KACANG MERAH

Bahan
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softner
11 gm yis
1 biji telur
80 gm butter
secubit garam




Cara
Campur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan, masukkan butter uli lagi hingga doh licin dan elastik. (kak ruby guna mixer, uli selama 20 minit).
Perap 30 minit dan tumbuk2 buang angin. Bentukkan bulat2 dan masukkan ini kacang merah,  perap lagi hingga naik 2 x ganda,  sapu kuning telur di atasnya, Bakar suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak.     


Wednesday, 29 January 2014

Puding Green Tea Karamel

Assalammualaikum, kali ni dessert kak ruby sempoi sangat2.......tapi sedaaaaaaap......tengok lah bahan nya sikit je, dan cara masak pun senang sangat........hihihi cuba lah.


PUDING GREEN TEA KARAMEL

Bahan
1000 ml susu segar
200 gm vanila flan/serbuk karamel
10 gm serbuk teh hijau
1/2 cawan gula




Cara
Satukan semua bahan, kemudian kacau diatas api yang sederhana hingga hingga sebati dan pekat.
Tuangkan dalam acuan dan sejukkan. 

Sunday, 26 January 2014

Buah Tangan Dr Melaka

Assalammualaikum, petang ni sambil tengok tv kak ruby makan inang-inang, sedap rangup jer makan pula dengan air nescafe o panas fuh meletop........kak ruby bukan buat inang-inang tau, kak ruby cuma goreng jer, inang-inang ni kak ruby beli sewaktu kak ruby pegi Melaka tempoh hari........Inang-inang memang banyak dan mudah didapati di negeri yang terkenal dengan kisah sejarah Hang Tuah tu.  Selalu nya orang2 datang ke Melaka akan dibeli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan, begitu jugak lah dengan kak ruby..........Kak ruby nak buat sendiri entah bila hihihi........ tapi kak ruby dah ambil dan simpan resepi nya, kak ruby ambil dari che'iza@myresepi.com.......sapa2 yang rajin tu boleh try resepi di bawah.


INANG-INANG

Bahan
1 kg beras pulut
lebih kurang 6 cawang air/separa dgn pulut
sedikit garam
pewarna - kuning, merah, hijau dan oren
sedikit kapur yg dicampur dgn sedikit air.




Cara
Rendam pulut dengan air,  1 jam pun okey dah. Basuh pulut dan toskan air.
Masukkan ke dlm loyang, letak air paras pulut jer, gaul dgn sedikit garam, kukus hingga pulut masak.
Bahagikan pulut kpd 3 atau 4 bahagian, setiap bahagian titiskan dgn pewarna, jangan banyak sikit jer,  gaul pulut dgn pewarna tu biar sekata.
Letak pulut atas dulang atau loyang besar dan tekan pulut dan ratakan nipis-nipis, sebelum itu basahkan sikit tangan dgn air kapur.
Terap pulut bulat-bulat susun dalam dulang dan jemur sampai betul2 kering. (kalau cuaca panas 2 hari pun dah okey dah.  

Saturday, 25 January 2014

Russian Black White Chocolate Cake

Assalammualaikum, semalam hari lahir anak kak ruby,  jadi kak ruby buat kek russian black white chocolate cake khas untuk anak kesayangan kak ruby tu......alhamdulillah menjadi dengan jaya nya walaupun tidak secantik kawan2 blogger buat, tak pe lah yang penting hasil dari air tangan kak ruby sendiri.......terima kasih kak ruby ucapkan pada Hana dan Yatie sebab kak ruby ambil resepi dari blog mereka berdua.


RUSSIAN BLACK WHITE CHOCOLATE CAKE

Bahan
170 gm tepung super fine *
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bicarbonate *
1 tin susu cair (400 gm)
100 gm koko
200 ml minyak jagung
250 gm susu pekat
250 gm gula halus
5 biji telur - blender 5 min

Cara
Ayak bahan bertanda *
Satukan minyak, susu pekat, susu cair, gula dan serbuk koko. Panaskan diatas api kecil sehingga semua sebati (Tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tidak berketul). Angkat.
Masukkan kedalam mangkuk besar, masukkan telur yang telah di blender. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan bahan yang diayak dan kacau sebatikan.
Sapukan loyang dengan butter,tuang adunan kek dan kukus selama 1 jam. Sejukkan.

Bahan Chocolate Ganache
200 ml whipping cream
500 gm chocolate masakan
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos
2 sudu besar butter




Cara
Panaskan whipping cream (takperlu mendidih)
Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat cair. Sejukkan dahulu sebelum diguna.

Bahan Coffee Cream Cheese
500 gm cream cheese
1 cawan buttter lembut
1 cawan gula aising
1 peket nescafe 3 in 1
 
Cara
Putar semua bahan, sebatikan,dan boleh digunakan.


Cara Penyediaan Kek
Potong kek kepada 3 atau 4 lapis, letakkan 1 lapisan diatas papan putaran kek, sebelum itu masukkan cream cheese dan chocolate ganache ke dalam piping bag, paipkan diatas kek berbentuk lingkaran secara berselang-seli. Letakkan lapisan kek kedua diatas lapisan pertama tadi, buatlah seperti proses diatas juga dan lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir, hanya sapukan baki cream cheese. Masukkan kedalam peti ais sekejap, supaya adunan cream cheese mengeras sedikit barulah tuang chocolate ganache (jika chocolate ganache sudah membeku atau mengeras panaskan semula secara double-boiling sekejap).