Nuffnang Ad

Tuesday, 24 September 2013

Kuih Gulung/Ketayap

Hihihi ni kuih minum petang semalam, kak ruby ni memang terlewat atau lambat nak publish dalam kayumaniskorner, ni pun curi2 masa je sekejap......sibuk lah dengan kerja2 rumah dan benda2 lain lagi.....kali ni kak ruby cuba resepi kuih gulung dari yatie pula,  saja2 nak rasa resepi kuih gulung yatie sebab kak ruby nampak cantik sangat kuih gulung yatie......bila dah buat baru tau, memang senang, sedap dan cantik, terima kasih yatie.


KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
1 sudu besar minyak masak *

Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas kecuali minyak hingga sebati baru masukkan minyak dan sebati kan lagi.  Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.



 

Bahan inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu mkn gula pasir

1/4  cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar tepung jagung


Cara
Masukkan semua bahan dalam periuk, masak hingga air kering angkat dan buang daun pandan.

Monday, 23 September 2013

Pajeri Rebung

Assalammualaikum, sudah 1 minggu kak ruby cari rebung tak jumpa-jumpa, tapi 3 hari lepas kak ruby balik kampung suami kat Port Dickson, di tepi pantai PD tu ada Pasar Malam hari Sabtu, disitu lah kak ruby dapat kan rebung, hihihi seronok kak ruby rm 3 satu longgok ada 3 pucuk.  Tengahari tadi kak ruby masak lah.......kak ruby teringin sangat nak makan, sebab waktu balik Kedah beberapa minggu lepas, tak sempat nak makan cuma dengar cerita je pajeri rebung ni sedap, kata kakak dan jugak saudara masa di Kedah.......memang kak ruby pun biasa makan masa kak ruby kecik2 dulu, masa sekolah di Terengganu, memang sedap, kak ruby terkenang waktu tu......... sudah 20 tahun lebih kak ruby tidak merasa nya, tu lah kak ruby cari jugak rebung dan masak untuk mengembalikan citarasa pajeri rebung........memang sedap dapat rasa kemanisan rebung.....
      

PAJERI REBUNG

Bahan
3 pucuk rebung yg sederhana besar
8 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging
1 1/2 cawan santan
garam, gula dan minyak secukupnya
 
Bahan tumis
1 inci kayu manis
1 1/2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga




Cara
Rebun dipotong besar dan dihiris nipis tidak putus, cuci bersih dan rebus dengan air dan 1 sudu besar gula hingga air kering,  ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda * , panaskan minyak tumis bahan tumis dan jugak bahan kisar hingga naik bau, masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan santan masak lagi hingga berminyak atau pecah minyak.  Kemudian masukkan halia, santan dan kerisik, kacau sebati masak hingga mendidih.
Masukkan rebung, garam dan jugak gula.  Masak lagi hingga pekat, rasa secukupnya tutup api.



Saturday, 21 September 2013

Wajik Delima

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu, pada hari cuti hari Malaysia 16 hb yang lepas kak ruby pulang ke kampung di gurun Kedah.  Seronok, bahagia dan best sangat di kampung dapat jumpa dengan semua kakak-kakak kak ruby, sebenarnya kak ruby ni anak bungsu......jadi ramai lah kakak, seronok  tak terkata bila kami berjumpa adik beradik, ialah bukan senang nak berkumpul semua dalam satu masa.......ini pun kami dapat berkumpul sebab kakak yang no 6 buat kenduri, perkahwinan anak nya.......dalam majlis ni kami adik beradik bersatu untuk menyiapkan segala nya, masing2 ada tugas, kak ruby bangga dengan adik beradik kak ruby hihihi.......kalau emak dan ayah masih ada tentu diaorang seronok tengok kami.  Al fatihah buat emak dan ayah............... sampai lupa, apa yang kak ruby nak muatkan dalam kayumaniskorner, asyik cerita kisah keluarga pula, tapi itu lah kesukaan kak ruby cerita kisah adik beradik.   Okey lah salah satu resepi dalam majlis kenduri ni kuih wajik, kak ruby terpikat dengan wajik ni sebab bewarna warni selalu nya wajik satu warna je, cantik sangat bila dah di masukkan dalam acuan kecik2 untuk diberi pada tetamu.  Kak ruby pun apa lagi semalam kak ruby buat lah nak publish dalam kayumaniskorner kak ruby ni nak kongsi dengan sapa sapa yang sudi mencuba.


.

WAJIK DELIMA

Bahan 
1 kg beras pulut
500 gm gula pasir  *
125 gm gula batu *
500 gm santan pekat *
1/2 sudu teh garam *
2 helai daun pandan - disimpul *
pewarna merah, hijau dan kuning


 

Cara
Bersih beras pulut dan rendam bersama pewarna selama 6 jam atau lebih (rendam dlm bekas yg berasingan warna).  Kemudian gaulkan beras pulut yang sudah berwarna, kukus hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali campurkan semua bahan yang bertanda * masak hingga mendidih dan agak pekat, masukkan pulut yang sudah di kukus tadi.  Kacau sehingga kering dan nampak pulut berkilat, tutup api.


 

Masukkan pulut dalam acuan pilihan dan sejukkan. 

Friday, 20 September 2013

Donat



DONAT

Bahan
500 gm tepung gandum
1/2 pekat yis mauripan (6 gm)
1 cawan air
1/2 cawan tepung susu
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula halus


 

Cara
Gaulkan tepung, yis dan baking powder ketepikan.  
Larutkan gula dalam air hingga larut.  Satukan semua bahan dalam bekas tepung tadi, uli hingga adunan jadi betul-betul licin, selama 20 minit.
Bulat-bulatkan adunan kecil (50 gm) dan biarkan selama 30 minit atau hingga naik 2 kali ganda.
Kemudian canaikan, dan potong dengan pemotong donat.  Biarkan lagi selama 15 - 20 minit  baru di goreng hingga masak. 


Thursday, 12 September 2013

Kek Lapis Angkasawan

Assalammualaikum dan salam hari Jumaat,  kek lapis angkasawan ni, ada lah kenangan kak ruby sewaktu kak ruby tinggal di sibu sarawak......disana, setiap hujung minggu kak ruby akan ke kelas belajar kek lapis, sebenarnya sudah bermacam kek lapis yang kak ruby belajar di sibu, terima kasih pada semua cikgu-cikgu yang mengajar kak ruby.......salah seorang cikgu kak ruby ialah Ling Arsat, dia banyak memberi ilmu dan jugak tip2 untuk membuat kak lapis sarawak, jasa mu Ling akan kak ruby kenang......kek lapis angkasawan ni adalah salah satu dari resepi cikgu Ling Arsat.  Kak ruby mohon maaf banyak2 pada cikgu2 sebab kak ruby sudah tukar sukatan dalam resepi contohnya gelas kak ruby jadikan dalam sukatan gm, supaya lebih mudah.
 

KEK LAPIS ANGKASAWAN

Bahan A
15 biji kuning telur
5 biji putih telur
1 sudu makan ovellate
180 gm tepung hong kong
200 gm gula halus
50 gm tepung susu nespray

Bahan B
16 oz mentega
1 tin kecil kaya
6 susu makan susu manis

Bahan C
100 gm coklat chip
1 sudu teh perasa blueberi
1 sudu teh perasa strawberry
pewarna biru, putih dan merah

 

Cara
Pukul semua bahan A hingga kembang. Pukul bahan B sampai putih. 
Satukan kedua-dua adunan dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, Warna biru beri perisa blueberi, warna putih/warna asal, dan warna merah beri perisa strawberi.
Lapiskan warna biru 1 cawan dan bakar sampai masak.  Kemudian lapiskan 1 cawan warna putih/asal dan taburkan dengan coklat chip bakar sampai masak, lapiskan warna merah dan bakar sampai masak.  Buatlah begitu sampai semua adunan habis.
Kepanasan api, ikut kepasanan oven masing2, biasa lah kek lapis, lapisan pertama api atas bawah, lapisan seterusnya api atas saja.
Acuan 8 1/2 x 8 1/2.
 


Kek Lapis Tembikai



KEK LAPIS TEMBIKAI

Bahan
16 oz mentega
10 biji telur ayam
250 gm gula halus - kak ruby letak 200 gm je
1 tin kecil susu pekat manis - kak ruby letak 1/2 tin je
200 gm horlick
1 tin kecil kaya
300 gm tepung hong kong
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
coklat chip secukupnya
warna hijau - pandan paste
warna merah - perasa strawberry


 

Cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu pukul lagi sampai putih, masukkan susu, kaya, horlick, tepung hong kong, baking powder dan esen vanila gaul rata dan sampai sebati.
Ambil 4 senduk, warnakan hijau (pandan paste), 3 senduk biarkan warna asal dan selebihnya warnakan merah (perasa strawberry).
Bakar warna hijau selapis-selapis sampai habis, kemudian warna asal selapis-selapis jugak sampai habis dan akhir sekali warna merah (letakkan coklat chip) lakukan proses yang sama sampai adunan habis.


Suhu 150c lapisan pertama api atas bawah, lapisan kedua dan seterusnya api atas sahaja. Setiap lapisan guna 7 sudu besar. 


Sunday, 8 September 2013

Pulut Durian

Alhamdulillah tengahari ni kak ruby makan pulut durian ala-ala orang kedah gi tu, memang kak ruby pun orang kedah, hihihi sayang kedah tanah tumpah darah ku.........kat kampung dulu-dulu bila tiba musim durian, kak ruby dan arwah ayah selalu makan macam ni, durian, pulut, santan atau pun air garam dan jugak gula, gaul dengan tangan lepas tu makan, sedap nyer.......arwah ayah lebih suka makan dengan nasi dari pulut tapi kak ruby memang suka makan durian dengan pulut....... al fatihah buat ayah ku
  

PULUT DURIAN

Cara kak ruby lain sikit, kak ruby lebih suka pulut di kukus, setengah orang suka pulut di tanak macam masak nasi tu tapi sukatan air sama paras dengan pulut, pulut kan cepat masak jadi air nya sedikit dah cukup. masak je macam masak nasi, bila pulut masak makan dengan durian, santan atau air garam.