Nuffnang Ad

Thursday, 8 July 2021

Roti jala versi kek


ROTI JALA VERSI KEK
 
Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan/susu cair
1 biji telur
Sedikit garam
Beberapa pewarna pilihan sendiri





 
Cara
Blender semua bahan kecuali pewarna hingga sebati, kalau pekat tambah sedikit air.
Ambil sedikit adunan untuk dijadikan bunga dan daun, warna kan dengan pilihan sendiri.  Adunan yang selebihnya warna dengan warna pilihan sendiri.  Buat lah adunan seperti buat roti jala biasa, lipat gulung dan susun jadi bentuk empat persegi, bila sudah cukup jadi 4 persegi, buat proses roti jala juga tapi jangan lipat atau gulung, ambil letak dan susun atas roti jala yang sudah berbentuk 4 persegi tadi.  Susun dalam 6 lapis atau lebih dan bentuk lah seperti sebiji kek.  Hias lah dengan kepakaran sendiri

Sunday, 4 July 2021

kuih koci labu

 


KOCI LABU
 
Bahan
250 gm tepung pulut
250 gm labu (direbus + dilecek)
½ cawan santan cair – tuang sikt-sikit untuk uli
Daun pisang secukupnya
 
Cara
Gaul labu dgn tepung hingga sebati, masukkan santan cair sedikit-sedikit gaul dan uli hingga tidak melekat ditangan.
Bulat-bulatkan adunan seberat 40gm dan masukkan inti dalam doh, yg sudah  dibulat-bulatkan  terlebih dahulu, buat lah proses ini hingga adunan habis.
Masak air hingga mendidih, masukkan doh tadi, biarkan hingga timbul, angkat dan terus masukkan kedalam dadih santan, bungkus dengan daun pisang yg telah dilayur.  Tak perlu dikukus sebab dadih santan akan mengeras sendiri.  Kalau nak kukus pun boleh.





 
Dadih santan
Bahan
1 kotak santan (200ml + air = 500 ml santan)
3 ½ sudu tepung beras
3 ½ sudu tepung jagung
2 helai daun pandan
Gula dan garam secukup rasa
 
Cara
Tuang santan dalam bekas masukkan kedua-dua tepung dikacau hingga sebati, tapis ke dalam periuk masukkan daun pandan, gula dan garam, masak atas api sederhana hingga pekat. Angkat
 
Inti Kelapa
1 biji kepala parut putih
½ cawan gula merah
¼ cwn gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
 
Cara
Masak gula merah, gula pasir, daun pandan dan secubit garam bersama air hingga larut, tapiskan masukkan kelapa kacau masak separuh kering masak tepung kacau hingga kental.  Bulat-bulatkan.
 
           

Monday, 28 June 2021

Roti jala jelita



ROTI JALA JELITA

Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
2 warna pilihan sendiri


 



Cara

Blender semua bahan kecuali pewarna hingga sebati, kalau pekat sangat tambah sedikit je air.

Bahagi kepada 2 bahagian, setiap bahagian warnakan dgn warna pilihan sendiri.

Tuang adunan dalam acuan roti jala, Panaskan pan kemudian buat seperti roti jala biasa, Cuma masa menjala, jala dalam 1 pan dengan 2 warna sekali.  Buat lah sampai habis adunan dan gulung atau lipat dengan 2 warna sekali.

 


Monday, 24 May 2021

Bingka labu

 


BINGKA LABU LEMAK MANIS
 
 
Bahan
2 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis (kek ruby tak letak)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cawan labu - yg telah di rebus, tos dan dilecek
sedikit bijian utk tabur



 




Cara
Panaskan oven pada suhu 200c, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
Satukan bahan2 diatas kecuali labu dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu dan sebati.  Tapis adunan tadi, kalau guna blender lg senang. Tuangkan dalam mengkuk besar dan masukkan labu yang telah dilecek kacau rata.
Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa bakar.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong.

agar-agar kering


AGAR AGAR KERING
 
Bahan
60 gm agar agar tali
1500 ml air
1500 gm gula pasir
250 gm gula batu
Pewarna dan perisa secukupnya







 
Cara
Basuh agar-agar masukkan dlm periuk dan masak bersama air hingga agar-agar cair.
Masukkan gula batu dan gula pasir, kacau hingga mendidih dan gula larut.  Angkat dan bahagi agar-agar kepada beberapa bahagian yang disukai dan warna + perisa kegemaran sendiri.  Kemudian masukkan agar-agar yang sudah bewarna itu kedlm acuan atau loyang kesukaan sendiri (kak ruby masukkan agar-agar dalam acuan bunga ros).
Biarkan agar-agar keras dahulu, keluarkan dari acuan dan jemur dipanas matahari selama 3 hari atau hingga agar-agar kering. Siap.
 

Monday, 10 May 2021

Biskut viral..

 

Assalammualaikum, resepi ni kak ruby ambil dari sahabat dalam FB iaitu cikgu Azlina Ina, semua kawan-kawan dalam fb kenal sapa cikgu Azlina kan? tak perlu cerita panjang lagi tentang cikgu Azlina ini....cuma cara kak ruby lain sikit sebab kak ruby guna acuan apa yang ada je, kak ruby guna acuan semperit,  bentuk biskut jadi macam ni lah hehehe tapi tetap sedap.

Kak ruby buat setengah dari resepi dibawah, dapat banyak juga. okey selamat hari raya maaf zahir batin.


SWISS TART HAZEL NUTELLA
 
Bahan
500 gm butter
150 gm gula icing
380 gm tepung gandum
310 gm tepung jagung
50 gm tepung susu
½ cawan coklat rice
1 penutup esen vanilla
Kacang hazel secukupnya (bakar separuh masak dlm 170c 20 minit)



 


Cara
Butter, gula ising dan esen vanilla dikacau hingga sebati.
Masukkan tepung susu, tepung jagung kacau lagi last sekali masukkan tepung gandum sambil di uli hingga doh licin dan tidak melekat di jari. Masukkan coklat rice uli-uli manja je.
Boleh masukkan adunan dalam piping beg letak nozzle paip kan, atau guna acuan semperit tekan je.
Kemudian tekan atau penyek sikit di tengah-tengah biskut untuk isi nutella dan letak kacang hazel, bakar pada susu 170c selama 20 minit api atas bawah.  
 

Saturday, 8 May 2021

Kek lapis baju askar



 

KEK LAPIS BAJU ASKAR
 
Bahan
450 gm mentega
10 biji telur gred A
180 gm gula halus
10 gm ovelete
375 gm susu pekat – kak ruby kurang kan
300 gm tepung HK @ tepung gandum
150 gm Horlicks
1 tin kecil serikaya
1 sudu teh esen vanilla
Coklat emulco
Pandan paste
Pewarna hijau





 
Cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukan ovelete pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telur satu persatu, masukkan  esen vanilla, pukul lagi hingga kembang, kemudian masukkan susu pekat dan serikaya gaul sebati.
Masukkan horlicks dan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati.
 
Bahagi kepada 3 bahagian
1 bahagian – letak pandan paste dan pewarna hijau
1 bahagian – letak coklat emulco
1 bahagian – di biar plain
Enserkan loyang 8 x 8 dengan sedikit mentega bersama kertas minyak.
 
Masukkan ke semua adunan ke dalam piping bag, dan di picit secara menyerong secara berselang seli, di setiap lapisan.
Bakar selapis-selapis hingga habis adunan, pada suhu 180c atau ikut oven masing-masing.  Lapisan pertama guna api atas bawah, untuk lapisan ke 2 dan seterusnya guna api atas sahaja.