Nuffnang Ad

Sunday, 26 April 2020

Apam Balik Mama





APAM BALIK

Bahan
2 cawan tepung gandum
¼ cawan gula *
½ cawan air suam *
1 cawan susu segar
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil yis *
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur saiz kecil
Sedikit garam





Cara
Tiga bahan bertanda * dicampur dlm satu bekas, tutup permukaan bekas dan biar kan selama 5 minit, hingga naik berbuih, ketepikan.
Pecahkan telur kacau dgn whisk hingga kembang masukkan minyak masak, susu pekat, susu segar dan garam, kacau sebati.  Masukkan tepung gandum yg sudah diayak bersama soda bikarbonat, kacau hingga sebati.  Tuang kan campuran yis tadi, kacau lagi hingga sebati.
Biar kan selama 30 minit.
Sapu pada permukaan pan nonstick dengan sedikit butter.  Ambil 1 senduk adunan masukkan ke dalam pan dan ratakan penuh permukaan.  Bila timbul lubang-lubang,  taburkan gula, kacang tanah dan jagung. Bila sudah masak lipat 2, angkat,  sapu dengan sedikit butter.

Monday, 20 April 2020

Apam nasi bunga telang





APAM NASI BUNGA TELANG

Bahan
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 ¼ cawan air *
20 kuntum bunga telang *
¾ cawan gula
1 sudu teh instant yeast (mauripan)
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata





Cara
Campur kan bahan yang bertanda *, ramas-ramas sedikit supaya air menjadi warna biru bunga telang, ketepi kan.
Satu kan tepung beras, tepung gandum dan yeast, gaul sebati, ketepikan.
Kisar nasi, gula dan air bunga telang tadi hingga halus.  Kemudian tuang dalam bekas yang berisi tepung tadi, kacau rata dengan whisk hingga sebati dan nampak licin.  Perap selama 3 jam.
Panas kan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak.
Sudukan adunan ke dalam acuan hingga hampir penuh, buat lah hinnga habis.
Kukus dengan apa kuat selama 15 minit, balut tutup kukus dengan kitchen towel yang bersih. 
Bila sudah masak, hidangkan dengan kepala parut putih.


Monday, 13 April 2020

kek gula hangus





KEK GULA HANGUS

Bahan
5 biji telur
2 cawan air panas
2 cawan gula – kak ruby letak 1 ½ cwn saja
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
½  cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla




Cara
Cairkan gula guna api perlahan, bila gula sudah larut dan bertukar jadi warna perang masukkan air panas, kacau hingga mendidih masukkan marjerin, kacau lagi sampai berbuih tutup api dan ketepikan.
Kacau telur dengan garfu je, masukkan susu pekat dan esen vanilla, kacau lagi sampai sebati.
Masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama soda bikarbonat, kacau lagi hingga sebati dan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan gula hangus tadi, kacau sebati.  Sapu sedikit minyak pada Loyang 7”, masukkan kedalam Loyang dan bakar pada suhu 150c api bawah sahaja selama 35 minit dan tambah 10 lagi untuk api atas bawah.

Monday, 6 April 2020

Kek Marble Gebus




KEK MARBLE GEBUS

Bahan
6 biji telur
170 gm gula
1 sb ovalate
3 sb susu pekat manis
¼ cawan susu segar
1 sk esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 sb tepung susu





Cara
Mix telur, gula, ovalate, susu pekat dan susu cair sampai gebu putih, masukkan esen vanilla.
Perlahan kan putaran masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama baking powder dan tepung susu putar lagi hingga sebati.
Masukkan butter yang dicair tadi kacau hingga sebati.  Bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai dan warna kan juga dengan warna yang disukai masing-masing.
Alas kan loyang 9x9 atau 8x8 dengan baking paper, kemudian masukkan adunan dengan cara berselang seli diantara warna.
Panas kan oven selama 10 minit, dan bakar dengan suhu 150c selama 45 – 50 minit.  Guna rak bawah sekali.


Wednesday, 1 April 2020

Kek Cheese Japanese




KEK CHEESE JAPANESE

Bahan
7 keping cheddar cheese
200 ml susu segar/susu cair
75 gm tepung naik sendiri
75 gm buttercup
100 gm gula halus
4 biji telur
½ sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla





Cara
Koyak-koyakan cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar, masak dengan api perlahan kacau selalu.  Bila mendidih masukkan butter, kacau sebati tutup api.
Asingkan putih telur dan merah telur, pukul putih telur bersama gula dan cream of tartar  hingga menjadi meringue, kemudian pukul merah telur bersama esen vanilla hingga kembang, masukkkan kedlm adunan cheese tadi.
Kacau sebati, masukkan tepung kek cara sedikit demi sedikit, kacau.
Kemudian masukkan adunan putih telur atau meringue tadi, kaup dan sebatikan adunan.
Tuangkan adunan kedlm loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter.

Cara bakar
Letak loyang dalam bekas berisi air panas/suam, masaukkan kedlm ketuhar yang telah dipanaskan 20 minit pada suhu 170c dan kemudian rendahkan suhu kpd 140c dan terus bakar selama selama 40 minit atau hingga masak.

Wednesday, 18 March 2020

Ayam Black Pepper cara kak ruby





AYAM BLACK PEPPER

Bahan
5 ketul ayam – digaul bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus
6 ulas bawang merah – ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
½ cawan sos black pepper
3 biji cili merah – potong suka hati
2 biji tomato – belah 4
1 biji bawang besar – potong bulat
½ cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis



Cara
Panas kan minyak,  Masukkan ayam dan masak  hingga air ayam kering. 
Masukkan bahan tumbuk, bahan hiris tadi dan kacau sampai naik bau.
Masukkan sos black pepper, air, garam dan gula masak sampai kuah jadi pekat,
Kemudian masuk cili merah, buah tomato dan bawang besar yang dipotong bulat.
Rasa secukup rasa dan angkat.

Saturday, 4 January 2020

Roti jala ros





ROTI JALA ROS

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji telur
2 sudu mkn minyak
garam secukupnya
sedikit pewarna kesukaan







Cara
Campurkan kesemua bahan diatas, kecuali pewarna.
Kacau rata kemudian tapis
Ambil 1 senduk adunan diwarnakan dengan warna hijau untuk dijadikan warna daun, yang selebihnya diwarnakan dengan warna kesukaan.
Masukkan kedalam botol roti jala.
Panaskan kuali non stick dengan api kecil, kirai memanjang sebanyak 2 lapis dan masak sehingga bahagian bawah agak kering, tak perlu dibalik.
Angkat dan gulung, ia akan terbentuk seperti bunya ros.
Ulangi proses ini hingga adunan habis.