Nuffnang Ad
Monday, 15 October 2018
Gubahan pulut kuning .
PULUT KUNING
Assalammualaikum
Hari ni kak ruby rajin sikit, buat gubahan pulut kuning untuk di hadiah kan pada encik suami. Selamat Hari Lahir Suami semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang sihat selalu, Aamiinnnnn
Kak ruby seronok sangat dapat juga buat gubahan pulut ni dengan hasil tangan kak ruby sendiri, walau pun tidak lah secantik ahli-ahli gubahan pulut yang lain....hihihi kak ruby bahagia sangat...
Resepi
Pulut 1 kg untuk besar ni
santan , garam dan kunyit
hiasan seperti dalam gambar, senang je
Thursday, 27 September 2018
Donat pelangi
DONAT PELANGI
Bahan
500 gm tepung berprotein tinggi/tepung gandum
11 gm yis
200 ml air sejuk (dr peti sejuk)
50 gm marjerin/mentega
2 sudu mkn gula pasir
2 sudu mkn susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Sedikit warna hijau dan merah
Cara
Didalam bekas besar, tuangkan air suam, masukkan yis
segera, biarkan selama 8 - 10 minit atau sampai yis berbuih.
Masukkan semua bahan kecuali butter kedalam bekas
tadi. Uli menggunakan mixer atau bread
maker hingga menjadi doh kasar, kemudian
saya uli guna tangan je, baru masukkan butter, uli lagi kemudian bahagi kepada 3 bahagian, satu warna kan hijau, satu lagi warna merah dan satu lagi biar kan warna asal, uli kan setiap bahagian hingga menjadi doh yang
licin dan elastik.
Gelek kan ke tiga-tiga bahagian dan susun menjadi kan tiga lapis. Kemudian tekap dengan acuan donat, biarkan ia mengembang.
Goreng dengan api yang sederhana dan minyak yang banyak
hingga kekuningan angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula
halus.
Friday, 21 September 2018
Tart telur lagi
TART TELUR
Untuk Kulit
Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla
Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh
yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit
rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan
lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg
kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.
Bahan Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 ½ sudu besar tepung kastard
½ sudu kecil esen vanilla
Pewarna kuning
Cara Buat Filling :
Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang
telah dibakar terlebih dahulu. Kemudian
bakar semula dalam oven dgn suhu 180c ikut kepanasan oven masing-masing selama
20 minit atau hingga masak.
Sunday, 16 September 2018
Kek Chiffon Marble
KEK
CHIFFON MARBLE
Bahan
Bahan
A
7
biji telur putih
1/2
tsp cream of tartar
100g
gula
Bahan
B
7
biji kuning telur
100g
gula
175g
tepung gandum
1/2
tsp baking powder
75ml
minyak masak
150ml
susu segar
1/2
tsp garam
1
tsp serbuk koko
1
tsb coklat emulco
Cara
Panaskan
oven suhu 170.
Pukul
kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak.
Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau
sebati. Ketepikan.
Mangkuk
lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan
gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan
adunan tak jatuh)
Ambil
1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati
perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
Bahagikan
adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga
coklat emulco. Sebatikan.
Tuang
ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris
minyak/butter).
Bakar
selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk
baru sisip kek.
Potong
dan hidangkan.
Wajik Delima
WAJIK DELIMA
Bahan
1 kg beras pulut
500 gm gula pasir *
125 gm gula batu *
500 gm santan pekat *
1/2 sudu teh garam *
2 helai daun pandan -
disimpul *
pewarna merah
Cara
Bersih beras pulut dan
rendam bersama pewarna merah selama 6 jam atau lebih. Kemudian kukus hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali campurkan
semua bahan yang bertanda * masak hingga mendidih dan agak pekat, masukkan
pulut yang sudah di kukus tadi. Kacau
sehingga kering dan nampak pulut berkilat, tutup api.
Masukkan pulut dalam acuan
pilihan dan sejukkan.
Sunday, 9 September 2018
LEPAT KACANG
HIJAU
sumber dari : ig majalahrasa
Dicuba oleh : kak ruby
BAHAN
150gm tepung
beras
50gm tepung
jagung
1 cawan gula
merah
1 1/2cawan air
1/2cawan gula
pasir (ikut kemanisan)
1 1/2cawan
santan kotak
1 cawan kacang
hijau (direbus dulu)
1/2sudu kecil
garam
CARA
Satukan tepung
beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga
sebati..
Tapiskan
kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan
kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul..
(masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
Biarkan sejuk
sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan
kedalam peti sejuk..
Pastry fruirt cake
PASTRY
FRUIRT CAKE
Sumber
: Ainie Syeema
Dicuba
oleh : Aznie Khasri
Dicuba jgk oleh : kak Ruby
Bahan
100g
butter
160g
gula halus
3
biji telur ayam (A @ B )
210g
tepung gandum. }ayak
1
s/k baking powder. }ayak
1
s/t Vanila flovor
1
s/t Lemon zest / kulit oren
100g
sourcream / yogurt
buah2
segar.. Seperti strawberry, blueberry, buah peach. (kak ruby guna yg dlm tin je.
--pastikan buah2an ditoskan dahulu
Cara
Pukul
hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih..
Masukkan telur satu persatu.. Sambung pukul
perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan.. Jangan over beat masa
ni...
Masukkan vanila flovor juga lemon zest.. Pukul lagi
..
Masukkan bahan kering yg telah diayak tadi
sedikitdemi sedikit sambil dipukul hingga sebati..
Akhir
sekali masukkan sourcream @ yogurt... Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je)
masukkan
adunan kedalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment
paper... Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..
Kemudian susun la buah2an pilihan masing-masing dan
tidak 'watery'...
Bakar pada suhu 160' selama 45 minit.. Guna api
atas bawah..
Cucuk
dengan lidi/ cake tester untuk pastikan kek dah masak... Sejukkan kejap baru
diletakkan diatas papan kek..
untuk
dokorasi bole dust dengan snow powder.. Ia akan tahan lama berbanding icing
sugar.. Dan xlarut dalam kek..
Siap..
Bole la dihidangkan..
Bakar pada suhu 180' selama 50 minit.. Kemudian tukar api bawah je dan
bakar kek lagi dlm 5-10 minit..
***
aznie baru perasan yang resepi ni buah2 xde gaul ngan gula macam sesetengah
resepi... Sebab klu buah digaul ngan gula buah akan jadi berair.. Tu salah satu
sebab kenapa buah korang tenggelam skit kebawah.
Creamy
vanila sous
Bahan
1
cawan susu cair
1
cawan whipping cream
1
s/k vanila flovor
1
@ 2 s/b gula pasir (ikut kemanisan yang kita nak)
4
biji kuning telur
Cara
▶panaskan susu cair, whipping cream juga vanila
flovor hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk.. Tutup api..
▶pukul kuning telur bersama gula hingga sebati..
▶masukkan campuran susu tadi yang masih panas
kedalam telur tadi.. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga
sebari.. (Pastikan sentiasa kacau ye.. Jangan malas
▶kemudian masukkan semula kedalam periuk.. Dan
masak lagi hingga agak pekat... Sentiasa dikacau ye.. Jangan terlalu pekat..
Sebab bila dah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi..
▶siap.. Tutup api.. Kemudian tapis kedalam
mangkuk..
▶sejukkan ia dulu kat peti ais baru dihidangkan bersama
pastry fruits cake ye..
▶sedap macam mkn aiskrim vanila..
Subscribe to:
Posts (Atom)






























