Nuffnang Ad

Wednesday, 6 December 2017

Bingka ubi lagi dan lagi



BINGKA UBI KAYU

Bahan
700 gm ubi kayu yang sudah diparut
1 1/2 cawan santan
1 cawan gula
2 biji telur - dipukul kembang
2 sudu mkn butter - dicairkan
garam secukup nya
sedikit pewarna kuning





Cara
Tos kan ubi yang sudah diparut sampai air ubi habis keluar.
Kemudian campurkan je semua bahan dan kacau hingga sebati.  Masukkan kedalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter.
Bakar pada suhu 150c selama 1 jam atau hingga masak.

Sunday, 3 December 2017

Kek Coklat Lava

Assalammualaikum... Sekarang sudah bulan Disember bermakna tahun 2017 akan berakhir tidak lama lagi, huhuuu umur pun meningkat,  apa yang diharapkan mudah-mudahan tahun 2018 nanti diberi kesihatan, kekuatan dan kesabaran yang lebih lagi. insyaAllah kan......
Beberapa hari lepas kak ruby cuba buat kek coklat lava.  Sebab tak puas makan masa sambutan hari lahir tempuh hari, kek coklat lava di hadiah kan oleh kakak masa hari lahir tu, masih terasa kesedapan kek coklat lava.  Jadi kak ruby pun godek-godek lah dalam blog, memang banyak resepi kak ruby jumpa.  Tapi kak ruby terpikat dengan resepi KHAIRUL ABDULLAH ni,  nampak menarik dan senang je cara membuatnya.
Kak ruby pun pergi cari bahan-bahan dan buat, senang je...dan ini lah hasilnya.  Oleh sebab pertama kali buat kot lava nya tidak begitu cair sangat, tapi tetap sedap.  Lepas lah juga keteringinan kak ruby tu.  Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada tuan punya resepi iaitu Khairul Abdullah.



CHOCOLATE  LAVA CAKE

Bahan
5 sudu butter
100 gm coklat masak gelap
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu kecil tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu sedikit butter





Cara
Panaskan oven 200c (kak ruby panaskan 180 je)
Cairkan butter dan coklat bersama-sama secara “double boiler” atau didalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Pukul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati.  Ayakkan tepung, koko dan garam.  Kaup dengan spatula sehingga sebati.  Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar tebal yang telah disapu dgn sedikit butter.
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan didalam freezer selama 5 minit, kalau tak nak, boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava.  Tak stem pun boleh. Atau boleh jugak guna teknik “waterbath” tapi make sure pakai ramekins lah ye.
Anagkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan. 

Wednesday, 29 November 2017

floretin yang sedap



HIRISAN FLORENTIN

Bahan
200 gm coklat masakan – cairkan

Bahan A
3 cawan cornflakes
¾ cawan kismis
½ cawan hirisan badam
100 gm ceri merah – potong halus
2/3 cawan susu pekat manis





Cara
Alas acuan berukuran 28 x 18 cm dengan kertas aluminium.
Kemudian masukkan coklat cair kedalam acuan, ratakan dan biarkan sejuk, keras.
Campur dan gaul bahan A hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan coklat tadi, ratakan dengan menggunakan belakang senduk.
Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 15 – 20 minit atau hingga kekuningan.
Kemudian sejukkan dalam peti ais hingga keras.
Potong mengikut bentuk yang disukai dan hidangkan.

Tuesday, 21 November 2017

Kuih Lapis Pandan Coklat



KUIH LAPIS PANDAN COKLAT

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat
Secubit garam
*Campur kesemua bahan diatas, kacau sebati, ketepikan

Bahan B
1cawan gula
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 helai daun pandan – simpulkan
*Masak bahan B sehingga gula larut..suamkan – keluarkan daun pandan

Bahan C
3 sudu besar serbuk koko
4 sudu besar air suam – bancuh dgn serbuk koko

1 sudu kecil perisa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau





Cara
Masukkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati kemudian tapis.
Bahagikan pada 2 adunan sama banyak, satu untuk campur dengan bancuhan koko dan satu bahagian lagi campur perisa pandan dengan pewarna hijau.
Panaskan kukusan hingga mendidih. Sapu loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dgn plastik.
Mula tuang lapisan pertama koko atau hijau ke dalam loyang, kukus selama 5 minit.
Tuang lapisan ke 2 dan seterusnya sehingga habis adunan.  Untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
Tunggu betul-betul sejuk baru potong dengan pisau plastik.

* Kak ruby guna acuan kecil-kecil  

Wednesday, 15 November 2017

Muffin Kopi Coklat chips




MUFFIN KOPI COKLAT CHIPS

 Bahan A
350 gm tepung gandum
200 gm gula perang
3 tsp baking powder – kak ruby letak 2 tsp je
½ tsp garam halus

Bahan B
250 ml susu perisa kopi (dutch lady pun ok)
150 ml minyak jagung
2 biji telur
1 tsp nescaffee
1 tsp esen vanilla
½ cwn coklat chips masukkan dlm adunan
Coklat chips secukupnya – utk letak diatas muffin





Cara
Panaskan oven pada suhu 180c
Ayak tepung gandum dan baking powder.  Satukan bahan A dalam mangkok.
Satukan jugak bahan B dan masukkan kedalam bahan A.  Kacau adunan ini hingga sebati.
Masukkan coklat chips dan kacau lagi hingga sebati.
Masukkan kedalam acuan yang disukai, letakkan coklat chips diatas muffin.
Bakar pada suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, api atas bawah.

Tuesday, 14 November 2017

Kuih Sri Ayu Pandan



KUIH SRI AYU

Bahan
225 gm gula – kak ruby letak 200 je
3 biji telur
285 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu mkn ovellet
140 ml santan pekat
3 helai daun pandan
½ sudu kecil pewarba hijau
½ biji kelapa putih *
1 sudu mkn tepung ubi *
Garam secukupnya *



Cara
Gaul sebati bahan yang bertanda * dan ketepikan.
Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellet pukul lagi sampai kembang lagi
Masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama baking powder pukul lagi.
Kemudian masukkan santan yang dibelander dengan daun pandan (tapis) masukkan pewarna hijau.  Pukul lagi sampai kembang.
Masukkan kelapa dalam acuan, kemudian masukkan adunan, Dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.

Kuih Sagu Merah



KUIH SAGU

Bahan
300 gm biji sagu - kak ruby rendam 1 jam
50 gm gula pasir
1 cwn air
Sedikit pewarna merah
1 helai daun pandan - disimpul
kelapa parut putih - secukupnya
garam - secukupnya



Cara
Basuh dan bersihkan sagu, toskan.
Didihkan air bersama gula hingga gula larut, masukkan sedikit pewarna hijau pandan dan daun pandan.
Masukan sagu, kemudian kacau rata sampai nampak kesemua sagu jadi jernih, dan agak pekat.  Tutup api.  Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil-kecil.
Sejukkan dalam peti ais.
Kemudian boleh digaul bersama kelapa putih yang digaul dengan sedikit garam