Nuffnang Ad

Sunday, 7 May 2017

3 Hari Cameron Highlands


Percutian di Cameron Highlands

Assalammualaikum, Pada pagi 5 mei 2017 kak ruby sekeluarga dan keluarga kak long kami bertolak ke Cameron highland. Disepanjang perjalanan kami alahamdulillah tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku, kamu selamat sampai dengan selamat nya.

Terpegun kak ruby bila sampai di Tanah Rata, banyak sungguh perubahan yang belaku dalam masa 10 tahun, ialah kali terakhir kak ruby pergi kira-kira 10 yang lalu.  Boleh dikatakan setiap bukit penuh dengan kebun-kebun sayur dan juga hotel-hotel yang tumbuh bagai cendawan,  mudah bagi para pelancongan yang datang bermalam di Cameron Highlands.

Seperti orang-orang lain juga,  kami mesti pergi ke ladang teh BOH, Big Red Strawberry Farm, kebun-kebun bunga dan semua lah tempat-tempat menarik.

























































































































cuma itu gambar kenangan kak ruby dan keluarga semasa di Cameron Highlands.

Wednesday, 3 May 2017

Tempe Goreng Dengan Ikan Bilis



TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS

Bahan
1 mangkuk ikan bilis - goreng garing
1 pek tempe - hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah – tumbuk
2 sudu makan jus asam jawa
Gula
Garam
Minyak untuk menumis



cara
Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar dan jus asam jawa, kacau-kacau hingga wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam.
 Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.


Ikan Tumis Asam



IKAN TUMIS ASAM

Bahan
4 potong ikan tenggiri atau ikan apa2 pun boleh
1 cawan air asam
1 biji buah tomato – di belah empat
1 biji cili merah – di belah
1 biji cili hijau – di belah
1 labu bawang besar – di belah kasar
Kunyit dan garam secukup nya
Minyak

Bahan dihiris
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan halba campur


Cara
Basuh dan bersih ikan gaul serbuk kunyit dan garam.  Goreng hingga masak, angkat dan ketepikan.

Tumis bahan hiris dan jugak halba campur, bila sudah layu dan naik bau masukan air asam dan sedikit serbuk kunyit.  Masak sampai mendidih masukkan ikan, cili merah, cili hijau dan bawang besar.  Biarkan mendidih sekejap, rasa secukupnya dan tutup api.