Nuffnang Ad

Wednesday, 23 November 2016

Kuih Lapis Tradisional



KUIH LAPIS TRADISIONAL

Bahan
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 cawan gula
125 ml santan pekat
900 ml air
garam secukupnya
pewarna hijau atau merah




Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
1 bahagian warnakan dengan warna hijau dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal iaitu putih.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal putih kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna hijau kukus lagi, buat lah begitu berselang seli hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit

*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat... ni warna dan cara kak ruby.



Tuesday, 22 November 2016

Agar-agar kering ku jadikan Doorgift utk perkahwinan anak ku.....

Assalammualaikum, Oktober 2016 boleh dikata bulan yang paling sibuk buat diri ku, bukan setakat sibuk saja malah penuh dengan debaran hehehe macam budak-budak nak ambil SPM pula berdebar-debar.......tapi aku bukan nak ambil SPM, cuma nak menerima menantu,  mungkin menantu sulung lah kot membuatkan aku tak senang duduk, macam-macam nak buat, seribu satu yang aku fikir, nak beli tu ni, nak tambah itu ini, macam-macam lah,  dalam pada itu seronok pun ada jugak, nak dapat menantu lah kata kan.
Pekara yang terpenting bagi aku ialah doorgift, untuk doofgift saja aku fikir berbulan-bulan.  Entah macam mana aku teringat agar-agar kering, "wah cantik nya berwarna warni", kata hati ku, aku pun terus nekat nak jadikan agar-agar kering sebagai doorgift untuk perkahwinan anak ku.
Aku mula lah cari resepi hehehe terima kasih Azie Kitchen, dengan resepi dari Azie ini berjaya projek aku.  Semua nya aku buat sendiri, ideal datang mencurah-curah, ku beli botol dan segala keperluan dan akhir nya terjadilah satu bentuk doorgift yang cantik.
Pada hal masa kecik kecik dulu, setiap kali hari raya kakak ku mesti buat punya.  Waktu itu aku tak hiraukan sangat, sebab aku tak berapa suka kalau makan pun satu dua je.  Itu dulu, semua nya hanya tinggal kenangan, kakak pun sudah tiada lagi Alfatihah buat kakak ku.  Entah lah sekarang aku suka pula agar-agar kering sampai aku jadikan doorgift.


Agar Agar Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)





 Cara
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata.  masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.
Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Friday, 18 November 2016

Pau pandan yg sangat lembut



PAU PANDAN INTI KELAPA

Bahan
500 gm tepung pau
11 gm yis  segera
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan air - kak ruby tumbuk daun pandan ambil air
50 gm shortening atau
4 sudu besar minyak jagung



Cara
Satukan sedikit air suam dengan yis, biarkan sampai berbuih (kalau tak berbuih, pau tak jadi).
Dalam bekas lain bancuh air bersama gula sampai gula larut.
Gaul tepung pau dengan yis yang sudah berbuih tadi, masukkan air gula gaul bagi sebati, masukkan shortening,  kemudian uli sampai menjadi adunan yang lembut.  Bahagikan kepada 15 ketul yang beratnya setiap ketul 50 gm.  Biarkan selama 30 minit.  Masukkan inti dan biarkan lagi selama 15 minit.  Kukus selama 10 minit.  

Thursday, 10 November 2016

Pisang smoothie yg tersangat ringkas, tapi sedap



PISANG SMOOTHIE

Bahan
1 biji pisang montel yg masak
2 sudu besar yogurt perisa apa2 je (kak ruby letak 4 sudu)
1 sudu besar gula
100 ml low fat milk
Air ketul secukupnya



Cara
Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar sehingga smooth/halus.
Tuangkan ke dalam gelas kesukaan dan sedia untuk dinikmati.

Wednesday, 9 November 2016

Mangga smoothie yang ringkas sangat...



MANGGA SMOOTHIE

Bahan
½ biji isi manga masak
2 sudu besar yogurt perisa mangga (kak ruby letak 4 sudu)
1 sudu besar gula
½ cawan low fat milk
½ cawan air
Air ketul secukupnya



Cara
Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar sehingga smooth/halus.
Tuangkan ke dalam gelas kesukaan dan sedia untuk dinikmati.

Tuesday, 8 November 2016

Bingka jagung untuk minum petang



BINGKA JAGUNG

Bahan
2 cawan jagung* yg sudah dihiris-hiris ( kisar )
2 cawan santan pekat* / kisar bersama
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1 sudu kecil esen jagung / vanila
1/2 cawan minyak masak
Bijan secukupnya / tabur



Cara
Kisarkan jagung bersama santan.
Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard. Kacau hingga rata. Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan kacau lagi.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.
Sapukan loyang  empat segi berukuran 8" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang. Taburkan bijan di atas adunan. Bakar selama 1 jam.

Friday, 21 October 2016

Pau Cendawan Putrajaya

Assalammualaikum dan selamat pagi, malam tadi kak ruby buat pau cendawan, ni kali yang ke dua selepas pertama kali buat tak menjadi.  Kali ini pun kak ruby tak buat dia punya batang cendawan, sebab mata dah nangtuk sangat, jadi tak buat lah yang remeh-remeh tu buat yang patut je.
Hasil nya tidak lah nampak macam cendawan sangat.  Kata hati kak ruby okey lah tu sudah  jadi kulit cendawan hihihi.  Kalau rajin lain kali buat batang cendawan ye.
Terima kasih tuan punya resepi.


PAU CENDAWAN

Bahan inti
1 cwn isi ayam (yg direbus dn dicarik-carik)
1 cwn cendawan (cendawan butang, shitake,maitake dll)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 cwn stok ayam - kak ruby letak 1 ketul
secubit garam  
serbuk lada hitam secukupnya  

Doh Pau Cendawan Putrajaya
250 gm tepung pau
1 sudu teh yis
3/4 sudu teh baking powder
50 gm gula kastor
120 ml air masak
20 gm shortening

Untuk bancuhan coklat Pau Cendawan Putrajaya
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar air masak





Cara Mudah Buat Pau Cendawan Putrajaya 
Panaskan mentega dan minyak, tumis bawang hingga naik bau.  Masukkan cendawan, masak hingga agak layu.  Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
taburkan tepung dan kacau sebati, masukkan stok ayam, didihkan sambil kacau sehingga pekat.
akhir sekali masukkan ayam, kacau sebatikan. Ketepikan.

Uli tepung macam buat pau biasa.  Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Tinggal sedikit untuk jadikan tangkai atau batang cendawan.  Bulatkan doh dan intikan. Gentel lebihan doh berbentuk batang cendawan.
Bancuhkan bahan kulit cendawan, tambah air jika perlu sehingga kelikatannya seperti chocalate ganache.
sapu pada permukaan doh dengan berus. Rehatkan doh lebih kurang 40 minit atau sehingga permukaan mulai kelihatan retak.
Kukus doh dan batang dengan api yangbesar selama 10 minit.  Sejukkan seketika, buatkan lubangpada bahagian bawah pau.
Celupkan batang ke dalam lebihan bahan kulit dan tekan kedalam lubang tadi.
Kukus semula selama lebih kurang 2 ke 3 minit.
Siap boleh dihidangkan.