Nuffnang Ad
Sunday, 15 December 2013
Cempedak Goreng
CEMPEDAK GORENG
Bahan
1 biji buah cempedak
tepung beras
sedikit tepung gandum
garam, kunyit dan air secukupnya
Cara
Campurkan semua bahan kecuali air dalam bekas, masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Masukkan ulas-ulas cempedak gaul, kemudian goreng hingga kekuningan angkat.
Friday, 13 December 2013
Bingka Keladi
Assalammualaikum, kak ruby tak cukup masa ni, hanya yang sempat kak ruby katakan disini........memang sedap bingka keladi ni, terima kasih Yatie, kak ruby ambil resepi dari blog Yatiememoris.........
BINGKA KELADI
Bahan
2 cawan keladi - direbus, toskan dan dilecek
3 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 sudu mkn butter
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna purple
bijan secukupnya
Cara
Panaskan oven, sapukan sedikit butter disekeliling loyang, boleh juga panaskan sebentar.
Masukkan keladi, telur, gula, garam, butter, santan dan tepung ke dalam blender dan blend hingga halus. Tuangkan ke dalam mangkuk masukkan pewarna dan esen vanila kacau hingga sebati. Kemudian tuangkan kedalam loyang dan taburkan bijan.
Bakar selama 1 jam, guna api atas bawah. Keluarkan dari oven, biarkan betul2 sejuk baru potong.

Tuesday, 10 December 2013
Puding Karamel Sagu
PUDING KARAMEL SAGU
resipi oleh: Chef Nor Asmawati Nor Din
Bahan
300 ml santan pekat
700 gm susu segar
500 gm air
200 gm sagu
200 gm serbuk karamel/vanila flan
150 gm gula pasir
Cara
Masak air bersama sagu sehingga mendidih kacau hingga sagu menjadi masak atau berkilat. Cucikan dengan air sejuk menggunakan tapis yang halus sehingga sagu menjadi jernih. Ketepikan.
Masak susu, gula dan santan hingga mendidih dan masukkan serbuk karamel, kacau perlahan sehingga larut.
Kemudian masukkan sagu dan kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan atau bekas kecil2 dan sejukkan.
Monday, 9 December 2013
Bingka Crackers
Assalammualaikum dan alhamdulillah...... sudah 2 hari matahari keluarkan sinaran cahayanya, panas lah sikit bumi Allah ni.....sekali lagi alhamdulillah, bukan apa kesian pada kawan-kawan kita yang kena banjir, kak ruby berdoa, semoga mereka banyak bersabar dalam menerima dugaan Allah ini......... sebak kak ruby tengok kawan-kawan kita tu, lebih-lebih lagi sekarang, bila dah air surut, kita dapat lihat semua barang2 rumah mereka hancur lebur. Sedih kak ruby tengok, sedih sangat...............
Okey lah petang semalam kak ruby buat bingka crackers, memang sedap rupa bingka ni, pada sapa2 yang ingin mencuba, cuba lah tak kan rugi punya. Anak kak ruby si manja tu tak habis-habis kata sedap, sedap, sedap.
BINGKA CRACKERS
resepi asal kh267tm@Myresipi.co
Bahan
140 gm biskut cream cracker
85 gm tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
710 ml santan /susu cair
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna - pilihan sendiri
secubit garam
bijan secukupnya
Cara
Panaskan oven, leser loyang dengan minyak atau butter.
Blender semua bahan kecuali bijan hingga hancur. tuang dalam loyang dan taburkan bijan.
Bakar selama 1 jam atau hingga keperangan.
Biarkan sejuk baru di potong.

Sunday, 8 December 2013
Jemput Durian
Hihihi sudah dua hari kak ruby buat jemput-jemput, semalam jemput labu hari ni jemput durian pula.....apa boleh buat hujan-hujan macam ni sedap pula makan jemput-jemput, sekarang durian tengah banyak, tepi-tepi jalan tu banyak betul orang jual durian. kak ruby suka makan jemput durian ni, sedap.
JEMPUT DURIAN
Bahan
beberapa ulas isi durian
tepung gandum
gula dan garam
air secukupnya
Cara
Gaulkan semua bahan kecuali air masukkan sedikit demi sedikit gaul hingga adunan jadi pekat.
Panaskan minyak jemput kecil2 masukkan dalam kuali, masak hingga kekuningan, angkat.

Saturday, 7 December 2013
Pengat Nangka Madu
Assalammualaikum, semalam kak ruby p Jom Makan Buah....dapat lah buah percuma, yang dapat banyaknya buah nangka, kak ruby tak tau nak buat apa buah nangka ni, kak ruby buat pengat je lah....sedap jugak rupanya, memang kak ruby belum pernah buat lagi penagat nangka ni, nilah 1st time kak ruby buat.....memang sedap.
PENGAT NANGKA MADU
Bahan
16 ulas nangka
1/4 cawan gula*
1/4 cawan gula merah
200 ml santan*
2 cawan air*
3 sudu makan sagu
2 helai daun pandan - disimpul*
garam secukupnya
Cara
Nangka dipotong kecil2 ketepikan.
Masukkan bahan yang bertanda * kedalam periuk masak hingga mendidih, kemudian masukkan nangka, sagu dan garam masak lagi mendidih sekejap, tutup api. siap.
Wednesday, 4 December 2013
Bingka Jagung
Assalammualaikum, petang tadi kak ruby buat bingka jagung, pertama kali buat, sedap.....resepi dari yatiememoris, terima kasih yatie dan boleh lagi kan kak ruby nak ucapankan selamat hari lahir untuk yatie semoga dimurahkan rezeki......... kak ruby tak gunakan loyang 9 x 9, kak ruby masukkan dalam bekas kecil-kecil.
BINGKA JAGUNG
Bahan
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentaga/minyak sapi
4 biji telur
secubit garam
1 tin jagung manis ala krim
bijian utk hiasan
sedikit pewarna kuning
Cara
Satukan kesemua bahan kecuali jagung dan bijian. Kisar sampai sebati.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim, gaul sebati.
Masukkan sedikit minyak kedalam loyang dan ratakan, boleh juga guna mentega. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentaga telah panas masukkan adunan tadi.
Taburkan bijian dan bakar pada suhu 180c selama 1 jam 15 minit atau hingga garing. Gunakan api bawah, kalau nak garing lagi tambahkan masa 5 minit lagi guna api atas sahaja untuk permukaan kuih jadi garing.

Subscribe to:
Posts (Atom)