Nuffnang Ad

Wednesday, 10 May 2017

Nona Manis lagi



NONA MANIS PANDAN

Bahan A
1 cwn tepung gandum
1 cwn santan
½ cwn gula
1 biji telur      

Cara
Kacau rata semua bahan dlm bekas, blender pun boleh – ketepikan

Bahan B
¼ cwn tepung jagung
¼ cwn gula
½ cwn santan
½ cwn air jus pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
Secubit garam





Cara
Satukan semua bahan dlm periuk, kacau rata.  Kemudian masak katas api perlahan sehingga pekat, ketepikan, biar suam.  Dah suam campurkan bahan A tadi ke dalam periuk bahan B.
Kacau rata bagi sebati, blender lagi senang utk hilang kan yg berketul.  Tuang dlm jag kecil.

Bahan C
2 cwn santan kotak + 1 cwn air / boleh guna santan segar
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara
Kacau rata bahan C dlm periuk. Adunan ni mesti rasa sedikit masin.  Kemudian masak katas api perlahan, sentiasa kacau sehingga menggelegak/sedikit likat.  Tidak cair dan tidak pekat sangat.
Tutup api.  Tuang dalam botol sos cili yang kecil. Acuan lompang sapu dgn sedikit minyak.
Tuang adunan hijau ¾ dlm acuan.  Kemudian masuk muncung botol sos kat tengah2 adunan hijau (dlm sikit)Paipkan hingga Nampak adunan hijau naik/penuh acuan.
Panaskan pengukus sehingga mendidih, kukus selama 10 minit.
Sejukkan dulu sebelum keluarkan nona manis dari acuan.

1 comment: