Nuffnang Ad

Friday 27 May 2016

Puteri Ayu Ceria

Assalammualaikum dan salam hari jumaat.....minum petang kak ruby hari ni ceria sikit, hihihi kat luar tu mendung je hujan gerimis, hujan rahmat tu alhamdulillah kan hujan turun.......kak ruby dalam rumah ceria dengan kuih kak ruby, panas lagi ni baru lepas kukus, sedap tau makan panas-panas,  lebih selera tengok warna nya yang ceria tu hihihi......
Resepi kak ruby ambil dari rakan group fb.....terima kasih group fb.


PUTERI AYU CERIA

Bahan
3 biji telur ayam A
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
Pewarna
















Cara
Pukul telur, gula dan ovalette hingga gebu dan putih, masukkan santan pukul hingga berbuih, matikan mixer.  Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder kaedah kaup balikkan atau guna whisk.
Bahagi kepada 3 bahagian.


 ½ biji kelapa putih
1 ½  sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
Gaul semua bahan diatas hingga sebati, masukkan kedlm acuan yg sudah disapu dgn sedikit minyak, tekan padat2 supaya dpt bentuk yg cantik.
Masukkan adunan tepung secara gilir-gilir warnanya.
Kukus dengan api sederhana, selama 8 – 10 minit atau hingga masak.

4 comments:

  1. cantik puteri atu kakruby kalerful lah
    mesti sedappp

    ReplyDelete
  2. Memang ceria lah Kak Ruby. Warna-warni... menarik sangat.

    ReplyDelete
  3. salan singgah,,dari dulu lagi nak cuba2 buat ,,sampai sekarang tak tercuba2, kuih ni pun memang antara favorite

    ReplyDelete
  4. Kak noor, Fadzillah dan Wani Sukarno selamat berpuasa, semoga puasa kita thn ni lebih baik dr yg lepas2,....sayang semua...

    ReplyDelete