BISKUT CORNFLAKES MADU Bahan A 125 gm butter 1/2 cawan brown suger -kak ruby tak letak 1 cawan madu
Bahan B 1 kotak cornflakes Nestle (500 gm) 1 cawan kismis - kak ruby tak letak 1 cawan badam cincang panggang Hiasan mangkuk kertas kecil manik2
Cara Panaskan bahan A sehingga butter cair, masukkan bahan B dan kacau rata. tutup api. Sudukan kedalam mangkuk kertas, hiaskan dengan manik2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 150c selama 8 - 10 minit. Sejukkan.
TAT NENAS Bahan 250 gm butter 450 gm tepung gandum 2 sudu besar gula halus 2 biji kuning telur 1 sudu kecil esen vanila sedikit garam Jem nenas secukupnya
Cara Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan kuning telur, garam dan esen vanila, pukul sebati. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut, kalau lembut sangat tambah sedikit2 tepung gandum. Canai adunan ikut bentuk pilihan tersendiri. Letakkan inti nenas. Bakar dengan suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak.
Selepas melapis kek lapis sarawak banyak lah pula putih telur, banyak sangat2......nak sedekah kat sapa pun tak tau, kalau sapa2 ada nak putih telur datang rumah kak ruby, boleh ambil.......ni kak ruby guna 525 ml untuk buat kek kukus, putih telur masih banyak lagi.......kalau lama2 nanti terbuang pula, kalau ada wafa mesti dia letak kat muka, tapi wafa belum balik lagi, rindu pula kat si manja mama ni...........
KEK KUKUS COKLAT MOCHO PUTIH TELUR resepi : kak wan kita lah (citarasawan) Bahan A 525 ml putih telur 400 gm gula pasir 1 sudu besar ovalette 1 sudu teh garam 1 sudu teh baking powder Bahan B 250 gm tepung gandum 50 gm santan serbuk
Bahan C 100 ml santan pekat 1 sudu teh esen vanila/coffee 90 gm mentega cair 2 sudu besar susu pakat manis Bahan D 1 sudu besar coklat emulco 1/2 sudu besar mocca emulco
Cara Bahan A, putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih, masukkan gula, garam, ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata, kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata. Bahagikan kpd 3 mangkuk yang sama banyak. Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lg adunan asal. Panaskan pengukus, tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit, tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
AYAM SAMBAL HIJAU resepi: chef Hanieliza Bahan 4 keping ayam (basuh dan toskan) 4 tangkai serai (diketuk) 1 labu bawang besar (dihiris kasar) 5 biji limau kasturi (diambil jusnya) 1 cawan minyak masak 1 sudu teh serbuk kunyit garam secukupnya
Bahan kisar 5 biji cili hijau 20 biji cili api hijau 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia
Cara Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi, biarkan hingga pecah minyak. Masukkan ayam, bawang besar dan garam kacau rata. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi. boleh dihidangkan.
Dua tiga hari lepas, dah lupa bila.....selepas sahur sementara tunggu azan subuh kak ruby buka tv 1, memang pun nak tengok Selera Rasa M&S, pagi tu selera rasa masak puding jagung, nampak sedap sangat, kak ruby pun cepat2 salin resepi........petang ni kak ruby cuba, untuk dijadikan juadah berbuka.....memang betul sedap, pada yang ingin mencuba, tak akan rugi
PUDING JAGUNG resepi: Selera Rasa M&S Bahan 80 gm tepung kastard 200 ml susu segar 1 cawan jagung berkrim 1 1/2 sudu besar serbuk agar2 400 ml santan kelapa M&S 300 ml air 100 gm gula pasir sedikit garam
Cara Larutkan tepung kastard dengan susu, tapiskan ke dalam periuk. Masukkan baki susu, jagung berkrim, serbuk agar2, santan, air, gula dan garam. Kacau atas api perlahan hingga masak. Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan kecil2, biarkan keras.. Simpan didalam peti sejuk sebelum disajikan.
BISKUT NESTUM MADU Bahan: 250 gm mentega (kak ruby guna buttercup) 1 1/2 cawan gula halus (kurangkan klu x suka manis) 1 cawan kelapa kering 1 cawan nestum 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar madu 2 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanila 2 biji kuning telur
Cara : Campurkan tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ketepikan. Kacau mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga kembang masukkan madu, kacau sebati. Masukkan kelapa kering dan nestum, sambil dikacau rata baru masukkan
campuran tepung tadi, gaul hingga menjadi dol yang lembut. Sekira nya
adunan masih lembik tambahkan sedikit tepung gandum. Kemudian terapkan mengikut acuan pilihan sendiri, dan hias juga dengan cara sendiri.
TAT BUNGA TERATAI Bahan 250 gm mentega 150 gm gula halus 400 gm tepung gandum 40 gm tepung jagung 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila jem nenas secukupnya kertas cawan
Cara Pukul atau kacau mentega bersama gula hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanila kacau lagi. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga menjadi doh yang lembut. Canai doh dan terap dengan acuan bunga, masukkan ke dalam acuan cawan kertas. Letakkan inti nenas di tengah2, sapukan kuning telur diatas tart. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 150c.
Assalammualaikum dan selamat berpuasa....pasa pertama kita berpuasa selama 10 hari sudah berlalu, esok hari yang ke 11 kita berpuasa dah masuk pasa kedua.....kata ustaz pasa kedua ni pasa keampunan, kata ustaz lagi kita orang2 islam banyak2 lah mohon keampunan dan sujud pada Allah, Allah mesti ampun punya........itu lah sebahagian dari tazkirah selepas solat tarawih tadi........hari ni kak ruby buat biskut fancy ice cream pula hehehe..........
BISKUT FANCY ICE CREAM Bahan 260 gm butter 120 gm gula aising 320 gm tepung gandum 60 gm tepung jagung 40 gm tepung ubi 40 gm serbuk badam 1/2 sudu teh baking powder sedikit esen vanila Utk topping : coklat masak dan manik2
Cara Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian campurkan tepung2 yang telah diayak bersama baking powder, masukkan jugak serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh. Canai doh, gelek dan terap dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar dan bakar pada suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak. Biarkan biskut betul2 sejuk baru lah celup hujung biskut dalam coklat cair dan tabur manik diatas coklat.
BISKUT PEANUT BUTTER resepi asal - IBU ZAI Bahan 2 cawan tepung gandum * 1 cawan tepung jagung * 1 biji kuning telur 1 cawang gula halus 2 sudu besar peanut butter 1/2 cawan lemak sayur 1/2 cawan planta (kak ruby guna buttercup) 1 sudu teh baking powder * 1 sudu teh esen vanila kismis secukupnya (kak ruby letak ceri)
Cara Ayakkan bahan yang bertanda * dan ketepikan. Pukul buttercup, lemak sayur dan gula hingga kembang. Masukkan telur, esen vanila kacau rata, kemudian masukkan penut butter kacau sebatikan. Masukkan bahan ayak tadi, uli hingga dapat doh yang lembut, bulatkan sebesar guli. Masukkan dalam acuan cermai yg telah disapu dengan sedikit mentega.
BISKUT MAMA CAREY Bahan 200 gm mentega 100 gm gula kastor 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila Bahan B - diayak 250 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 50 gm tepung susu Aising hiasan 1 biji putih telur 90 gm gula ising 1 sudu besar tepung jagung coklat emulco
Cara Pukul mentega dan gula hingga berkrim masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul sebati. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yg lembut, simpan didalam peti ais selama 15 minit. Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati, susun dalam dulang pembakar yg telah digris terlebih dahulu. Bakar biskut setengah masak selama 10 minit, keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, gunakan lidi kecil dan dicelupkan kedlm coklat emulco dan lorekkan diatas permukaan aising tadi. Bakar semula selama 10 lagi atau kurang ikut pada kepanasan oven masing2.
Cara buat aising Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dlm piping beg dan paip diatas permukaan biskut.
Hihihi kak ruby dah mula buat biskut raya.....kak ruby memang seronok sangat buat biskut raya, tak tau kenapa, duduk seorang-orang buat biskut raya, dengar lagu2 raya, aduuuuuuh senang nya rasa aman bahagia.....teringat masa2 dirantauan.....kak ruby ni hidup banyak merantau, hingga ke negara mat salleh sana, sempat lah 3 kali raya di bumi salji tu. Lambat lagi kan nak raya, jadi kak ruby boleh buat 1 hari 1 biskut raya.......kak ruby cari merata resepi, resepi kali dari yatie, terima kasih yatie.
BISKUT KACANG GREEN PEAS
Bahan 1 cawan tepung kacang peas 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula aising 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan minyak mazola 1 biji kuning telur
Cara Gaul kesemua bahan kering sehingga sebati. Tuang minyak mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut. Bentukkan bulat2 seperti guli, sapukan diatasnya dengan kuning telur. (kak ruby guna acuan kacang).
Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Assalammualaikum, selamat berbuka puasa.......kuih lompang juga salah satu juadah berbuka puasa, sedap, tak jemu makan.......
KUIH LOMPANG Bahan 1 1 /2 cawan tepung beras 1 sudu makan tepung ubi 1 sudu kecil air kapur 1/2 cawan gula pasir 1/2 cawan gula merah 2 cawan air daun pandan - kak ruby tak letak kelapa putih + secubit garam
Cara Satukan tepung beras dan tepung ubi, masukkan 2 cawan air dan jugak air kapur kacau sebati, bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian masukan gula merah dan satu bahagian lagi masukkan gula pasir. Adunan gula pasir, masukan pewarna hijau kacau sebati sama jugak dengan adunan gula merah kacau sebati dan tapis.
Kemudian tuang dalam acuan lompang yang sudah disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 10 minit atau hingga masak. Hidang bersama kelapa putih.
Satu lagi juadah untuk berbuka puasa.......tak perlu beli di pasar ramadan.....
AGAR-AGAR BANDUNG SELASIH Bahan 10 gm agar2 bertali - potong pendek2 3 1/2 cawan air 1 cawan susu cair 1 cawan gula - boleh kurangkan 1/2 sudu teh garam 1 sudu mkn selasih - rendamkan 1 sudu mkn sirap ros
Cara Rendam agar2 yang telah dipotong selama 30 minit atau lebih. Kemudian masak dengan air hingga mendidih, masukkan gula kacau, bila gula sudah larut masukkan susu cair kacau lagi hingga mendidih, masukkan pula sirap ros dan selasih, kacau sekejap angkat. Tuang dalam loyang atau bekas kecil2, biarkan sejuk masukkan dalam peti ais.
Salah satu juadah berbuka petang tadi......roti jala makan dengan kari ayam.....boleh tahan jugak sedap dia, hihihi masuk bakul angkat sendiri........ tak yah makan nasi, tak boleh makan banyak2 tau nanti susah nak solat.
ROTI JALA Bahan 3 cawan tepung gandum 2 cawan air 1 cawan santan 1 biji telur sedikit garam pewarna hijau
Cara Blender semua bahan hingga sebati, kalau pekat sangat tambah sikit je air. Tuang dalam botol 3 muncung. Panaskan pan picit botol, buat lah corak sendiri. Bila nampak adunan tidak melekat lagi pan, angkat dan gulung.
Assalammualaikum, salam ramadhan dan selamat berpuasa....ari ni hari kedua kita berpuasa, bila sebut bulan puasa je, mula lah buah kurma berlambak-lambak di pasaran buah kurma memang tak dapat di pisahkan dengan bulan ramadhan........memang kak ruby pun suka buah kurma, sunah Nabi lah katakan berbuka dengan buah kurma, lagi pun buah kurma banyak khasiatnya ...........apa yang kak ruby nak ceritakan di sini ialah kurma goreng, kurma goreng ni kenangan kak ruby waktu kak ruby bersama arwah ayah kak ruby dulu. Arwah ayah memang suka sangat dengan kurma goreng, boleh dikatakan selang 2 hari sekali mesti goreng kurma (dalam bulan puasa lah) waktu itu kak ruby baru darjah 2, kak ruby dah pandai goreng kurma hihihi, maklum lah kak ruby membesar hanya dengan ayah tanpa ibu, ibu kembali ke rahmatullah dalam usia kak ruby 3 atau 4 tahun kak ruby pun dah tak ingat tapi belum sekolah lagi, jadi kak ruby lah yang memasak untuk ayah, bulan puasa je memang kena goreng buah kurma.......untuk mengembalikan kenangan itu lah pada hari pertama puasa kak ruby mesti goreng buah kurma.......alfatihah buat ayah yang tersayang. kenangan bersama ayah tetap anakmu ini abadikan sampai bila-bila.
KURMA GORENG Bahan 20 biji kurma 1/2 cawan tepung beras 2 sudu mkn tepung gandum 1/2 sudu teh garam sedikit kumyit air secukupnya (biar adunan pekat sikit) minyak untuk menggoreng
Cara Bancuhkan semua bahan diatas kecuali buah kurma dan minyak hingga sebati, jangan terlalu cair. Ambil kurma masukkan ke dalam adunan, gaulkan hingga rata. Masukkan ke dalam kuali, kemudian balik balikkan hingga kekuningan angkat dan toskan.