Nuffnang Ad

Thursday, 11 March 2021

kek marble santan

 


KEK MARBLE SANTAN
 
Bahan
5 biji telur gred A
1 cawan gula halus
2 cawan tepung self rising
1 sb ovalate
1 sk esen vanilla
½ kotak kecil santan kara
1 cwn/180 gm butter yg dicairkan





 
Cara
Mix sebati semua bahan diatas kecuali butter sampai gebu.  Akhir sekali masukkan butter cair tadi, kacau sebati.  Bahagi 2 atau 3 bahagian, 1 bahagian yg warna asal, 2 bahagian lagi letakkan lah warna pilihan.
Loyang dicapu dgn sedikit butter dan dilapik dengan baking paper.  Masukkan 1 senduk setiap warna dalam loyang hingga habis adunan.
Bakar dengan suhu 160c selama 50 minit atau hingga masak, api atas bawah.

Kek Belimbing Buluh

 


KEK BELIMBING BULUH
 
Bahan A
12 biji belimbing buluh
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung
4 biji telur
½ st garam
 
Bahan B
2 cawan tepung kek
1 st soda bikarbonat




 
Cara
Kisar semua bahan A diatas dalam 3 hingga 5 minit, kemudian tuang ke dlm mangkuk besar untuk digaul  bersama bahan B, sebelum gaul ayak dahulu tepung bersama soda bikarbonat.
Guna wire whipped saja utk kacau sebati, tak yah lama-lama sangat,  kalua tak de wire shipped guna senduk kayu pun boleh,  kacau bagi sebati.
Masukkan dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter, bakar pada suhu 160c selama 50 minit atau hingga masak, ok siap.

Monday, 22 February 2021

Kek hujan panas

 




KEK HUJAN PANAS
 
Bahan
250 gm planta/butter
150 gm gula
250 gm tepung superfine atau
tepung gandum + 1 sk baking powder
5 biji telur gred B
6 sudu besar santan
½ cwn kelepa putih (bhg 3 bahagian)
Pewarna merah, hijau dan kuning secukupnya





 
Cara
Sangai kelapa dan bahagi 3 kemudian warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning, ketepikan.
Mix butter dengan gula hingga gebu, masakkan telur sebiji sebiji hingga habis, pukul lagi.  Masukkan santan selang seli dengan tepung hingga habis sambil dipukul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan kelapa tadi, guna spatula sahaja kaup balik manja-manja je.  Masukkan kedalam loyang, bakar pada suhu 150c selama 50 minit atau hingga masak.

Thursday, 11 February 2021

Scones

 


SCONES
 
Bahan
2 cawan tepung gandum *
1 sk serbuk penaik *
¼ cawan gula *
¼ sk garam *
½ cawan butter sejuk dr chiller
1 biji telur
½ sk esen vanilla
¼ cawan whipped cream/full cream milk/buttermilk (guna salah 1 saja)
1 cawan kismis





 
Cara
Gaul semua bahan yang bertanda * sampai sebati, masukkan butter gaul guna hujung jari je hingga jadi serbuk roti.
Masukkan telur yang sudah dipukul bersama esen vanilla, gaul lagi dan akhir sekali masukkan susu penuh cream dan juga kismis.  Gaul sebati.
Boleh lah dicanai dan ditekap dengan acuan bulat.  Sapu kuning telur diatas scones,  Bakar selama 20 minit dengan suhu 160c.

Friday, 5 February 2021

Sri muka bunga telang

 


SRI MUKA BUNGA TELANG
 
Lapisan bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat dicampur dgn
200 ml air
½ sudu teh garam
20 – 30 kuntum bunga telang (rendam dgn air panas & kacau sampai dpt warna biru)
 
Cara
Cuci beras pulut dan toskan,   1/3  beras pulut rendam dgn air bunga telang, baki beras pulut rendam dgn air biasa selama sekurang-kurangnya 6 jam.  Masukkan kedua-dua warna pulut iaitu warna biasa & pulut warna bunga telang ke dlm loyang.   Tuang adunan santan ke dalam loyang dan hentak2kan supaya rata, kukus ½ jam atau hingga masak.  (Loyang saiz 10” sapu dgn sedikit minyak dan alas dgn  plastik)



 
Lapisan atas
120 gm tepung gandum
200 gm gula
3 biji telur
200 ml santan pekat
300 ml air daun pandan (10-15 helai daun pandan dikisar)
½ sudu teh garam

 
Cara
Campur semua bahan dan tapis.
Panaskan adunan atas dapur, sentiasa kacau hingga naik wap dan tutup api, kemudian tuang atas lapisan bawah, tutup loyang dgn aluminium oil dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.
Sejuk baru potong.

Friday, 29 January 2021

Lagi kek carrot

 


KEK CARROT
 
Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus




  
Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.



Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing
sedikit pewarna oren dan hijau

Cara
Pukul kesemua bahan diatas sampai sebati,  ambil sedikit adunan untuk dijadikan carrot dan warnakan dgn warna oren, bakinya warna dengan warna hijau kemudian sapu di atas kek. 

Saturday, 23 January 2021

Puding Milo Oreo

  


PUDING MILO OREO

Bahan

1 bungkus agar-agar - 25 gm

1400 ml air

2 cawan gula

1 tin susu cair

1 cawan milo

1 bungkus oreo – 137 g




Cara

Masak agar-agar bersama air hingga larut,  kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair kacau hingga mendidih.

Asingkan 4 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo, kacau sebati.

Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dlm loyang/acuan.  Apabila permukaan agar-agar milo dalam loyang mengeras, tuangkan kesemua adunan asal warna putih ke atas adunan milo tadi,  taburkan semua oreo.  Apabila permukaan agar-agar oreo mengeras, masukkan adunan milo yang 2 cawan lagi.  Habis siap 3 lapis.  Sejukkan.