Nuffnang Ad

Thursday, 28 February 2019

Kek sarang Semut




KEK SARANG SEMUT

Bahan 
80 gm margerin - dicairkan, ketepikan
1 cawan gula
1 cawan air panas mendidih
(cairkan gula sehingga perang dan berbuih halus dgn api perlahan kmudian masukkan air panas perlahan2 sehingga larut dlm gula hangus td)
3 biji telur
1/2 cwan susu pekat
3 titik esen vanilla
1 sdt soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum





Cara
*whisk telur perlahan
*masukkan susu pekat
*masukkan esen vanilla
*masukkan margerin yang dicairkan tadi.
*masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
*akhir sekali masukkan air gula hangus
>Kacau sebati
>Bakar guna api bawah 170° 25minit kemudian tukar api atas bawah selama 15minit 160°(utk oven 100L)

Saturday, 19 January 2019

Pau Serat Ayam




PAU SERAT AYAM

Bahan
450 gm tepung pau
50 gm tepung serat
11 gm yis  segera
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan air
50 gm shortening atau
4 sudu besar minyak jagung





Cara
Satukan sedikit air suam dengan yis, biarkan sampai berbuih (kalau tak berbuih, pau tak jadi).
Dalam bekas lain bancuh air bersama gula sampai gula larut.
Gaul tepung pau, tepung serat dengan yis yang sudah berbuih tadi, masukkan air gula gaul bagi sebati, masukkan shortening,  kemudian uli sampai menjadi adunan yang lembut.  Bahagikan kepada 15 ketul yang beratnya setiap ketul 50 gm.  Biarkan selama 30 minit.  Masukkan inti dan biarkan lagi selama 15 minit. 


 Kukus selama 10 minit. 

Apam Nasi lagi dan lagi




APAM NASI

Bahan
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata





Cara
Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata .
Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning').
 Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh dihidangkan bersama kelapa parut

Agar-agar milo




AGAR AGAR MILO

Bahan
1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
5 cawan
1 tin susu cair
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan





Cara
Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.
Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.
Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
Untuk bahagian susu, kacau sebati.
Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.
Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.

Tuesday, 15 January 2019

makaroni bakar



MAKARONI  BAKAR

Bahan :
125 gm makaroni
300 gm daging cincang
2 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih – dipotong dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu
1 sudu besar tomato pure
3 sudu besar cili sos
1 sudu kecil lada sulah
100 gm sayur campur
3 biji telur – dipukul
3 sudu besar cheese cheddar – diparut
Garam secukup rasa



Cara :
Rebus makaroni hingga masak dan lembut.
Panaskan mentega, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan tomato puree dan sos cili, kacau.  Masukkan daging cincang, masak hingga air daging kering.
Masukkan sayur campur, garam dan lada sulah kacau sebati.  Masukkan makaroni dan susu cair, gaul dan kacau hingga sebati.
Kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega, ratakan…lepas tu tuangkan pula sos keatas makaroni.

Bahan Sos
3 ulas bawang putih
1 sudu mentega
1 sudu tepung gandum
1 cawan susu penuh krim
1 cawan krim putar
100 gm keju mozzarella
50 gm keju cheddar


Cara
Panas kan mentega hingga cair masukan bawang putih, kacau hingga naik bau masukan tepung gandum kacau lagi masukan susu dan krim putar kacau hingga berasap masukkan kedua-dua keju kacau jangan behenti hingga pekat masukan sedikit garam dan lada hitam..siap tuang ke atas macaroni. Taburkan keju mozzarella diatas.


Bakar selama 20 minit, api atas bawah pada suhu 180c.  

Monday, 14 January 2019

Kek Oren Gebu





Kek Oren Gebu dan Lembab
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gram mentega
115 gm gula kaster
160 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
3 biji telur
2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren
Sedikit parutan kulit oren - opsyenal
Sedikit milo – kak ruby tambah, utk buat garis-garis





Cara 
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.

Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan baking paper atau acuan cawan kertas 3/4 penuh. Saya bakar 2 adunan menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek yang lebih tebal.

Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau yang disukai. Untuk saya kali ini, saya membakar selama 1 jam.

* kak ruby bahagi adunan kepada 3 bahagian, masukkan satu bahagian ke dalam loyang taburkan dengan milo, masukan bahagian kedua, taburkan dengan milo juga dan akhir sekali masukan adunan ketiga.  Bakar ikut cara dan suhu seperti atas.

Thursday, 10 January 2019

Kuih Bom Keledek Pandan



KUIH BOM KELEDEK PANDAN

Bahan
500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
bijan secukup nya
1 sudu kecil air daun pandan + sedikit pewarna hijau
minyak untuk menggoreng





Cara
Keledek di kupas, dibersih, direbus dan dilecek halus.
Masukkan tepung gandum dan air daun pandan, secara sedikit demi sedikit,  uli sampai boleh di bentuk bulat2.
Masukkan inti, bulatkan dan golek-golekkan dengan bijan.
Kemudian goreng hingga kekuningan dan angkat. 
Siap.


* inti nya boleh gunakan kacang hijau atau inti kelapa