Nuffnang Ad

Sunday, 9 September 2018




LEPAT KACANG HIJAU
sumber dari :  ig majalahrasa
Dicuba oleh : kak ruby

BAHAN
150gm tepung beras
50gm tepung jagung
1 cawan gula merah
1 1/2cawan air
1/2cawan gula pasir (ikut kemanisan)
1 1/2cawan santan kotak
1 cawan kacang hijau (direbus dulu)
1/2sudu kecil garam





CARA
Satukan tepung beras , tepung jagung , santan dan air dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati..
Tapiskan kedalam periuk dan buka api perlahan masukkan gula, gula merah n garam dan kacau sampai pekat likat jangan behenti kacau.. kalau behenti akan berketul.. (masa dah pekat sikit masukkan kacang hijau)
Biarkan sejuk sikit baru masukkan kedalam daun pisang.. boleh kukus dan boleh masukkan kedalam peti sejuk..

Pastry fruirt cake




PASTRY FRUIRT CAKE
Sumber : Ainie Syeema
Dicuba oleh : Aznie Khasri
Dicuba jgk oleh : kak Ruby

Bahan

100g butter
160g gula halus
3 biji telur ayam (A @ B )
210g tepung gandum. }ayak
1 s/k baking powder. }ayak
1 s/t Vanila flovor
1 s/t Lemon zest / kulit oren
100g sourcream / yogurt
buah2 segar.. Seperti strawberry, blueberry, buah peach. (kak ruby guna yg dlm tin je. --pastikan buah2an ditoskan dahulu






Cara
 Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik dan juga bukan keras. Yang sedang-sedang saja. Pukul ngan gula caster hingga creamy..
Pukul hingga kembang juga creamy dan menjadi sedikit putih..
Masukkan telur satu persatu.. Sambung pukul perlahan- lahan hingga telur hilang dari pandangan.. Jangan over beat masa ni...
Masukkan vanila flovor juga lemon zest.. Pukul lagi ..
Masukkan bahan kering yg telah diayak tadi sedikitdemi sedikit sambil dipukul hingga sebati..
Akhir sekali masukkan sourcream @ yogurt... Pukul sebati (aznie gaul guna spatula je)
masukkan adunan kedalam loyang 8' yang telah digris dan dilapik dengan parchment paper... Pastikan oven dipanaskan terkebih dahulu..
Kemudian susun la buah2an pilihan masing-masing dan tidak 'watery'...
Bakar pada suhu 160' selama 45 minit.. Guna api atas bawah..
Cucuk dengan lidi/ cake tester untuk pastikan kek dah masak... Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan kek..
untuk dokorasi bole dust dengan snow powder.. Ia akan tahan lama berbanding icing sugar.. Dan xlarut dalam kek..
Siap.. Bole la dihidangkan..

Bakar pada suhu 180' selama 50 minit.. Kemudian tukar api bawah je dan bakar kek lagi dlm 5-10 minit..
*** aznie baru perasan yang resepi ni buah2 xde gaul ngan gula macam sesetengah resepi... Sebab klu buah digaul ngan gula buah akan jadi berair.. Tu salah satu sebab kenapa buah korang tenggelam skit kebawah.





Creamy vanila sous

Bahan
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 s/k vanila flovor
1 @ 2 s/b gula pasir (ikut kemanisan yang kita nak)
4 biji kuning telur

Cara
panaskan susu cair, whipping cream juga vanila flovor hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk.. Tutup api..
pukul kuning telur bersama gula hingga sebati..
masukkan campuran susu tadi yang masih panas kedalam telur tadi.. Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebari.. (Pastikan sentiasa kacau ye.. Jangan malas
kemudian masukkan semula kedalam periuk.. Dan masak lagi hingga agak pekat... Sentiasa dikacau ye.. Jangan terlalu pekat.. Sebab bila dah sejuk nanti ia akan menjadi pekat lagi..
siap.. Tutup api.. Kemudian tapis kedalam mangkuk..
sejukkan ia dulu kat peti ais baru dihidangkan bersama pastry fruits cake ye..
sedap macam mkn aiskrim vanila..

Friday, 24 August 2018

Puding susu lapis strawberry




PUDING SUSU LAPIS STRAWBERRY
resepi dr : IG wan_zura_aishah
diolah oleh : kak ruby

Bahan
20g agar-agar bertali..rendam dgn air 1 jam..kemudian toskan
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair..jadikan 2 cawan..tak cukup tambah air
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar tepung kastard..bancuh dgn sedikit air
Secubit garam
10 biji strawberry..kurang pun tak pe..boleh susun strawberry jarang2 dlm loyang
Sedikit pewarna strawberry
Sedikit perisa strawberry





Cara
1) Masak air dgn agar2 hingga larut agar2..masukkan gula..kacau2 rata

2) Kemudian masukkan susu cair..susu pekat manis..tepung kastard dan juga secubit garam

3) Masak hingga nak mendidih..tutup api

4) Strawberry tadi potong nipis2.. Susun dlm loyang 8x8..loyang bulat pun boleh

5) Ambil 1 cawan adunan agar2 tadi..tuang atas strawberry perlahan2..biarkan sederhana beku

6) Ambil 3 cawan adunan agar2 dlm periuk tadi tuang dlm bekas lain..ambil 1 cawan adunan agar2 blender dgn 1 biji strawberry (potong dulu)..blender hancur..campur sekali dlm bekas 2 cawan agar2 tadi.. Masukkan pewarna strawberry dan perisa strawberry..kacau2 sebati.. Ambil 1 cawan agar2 ni tuang atas puding dlm loyang



7) Ulang semula melapis puding dgn 1 cawan agar2 yg asal..buat sehingga habis adunan tu

8) Biarkan beku/sejuk..baru masukkan dlm peti sejuk 3-4 jam

9) Keluar dari peti.. Cungkil tepi2 puding dlm loyang..terbalikkan puding tu perlahan2 atas alas yg rata..sedia utk di potong

Thursday, 23 August 2018

Talam ubi kayu




TALAM UBI KAYU

Bahan Bawah
350 gm ubi kayu parut
1 cawan santan
5 sudu besar gula
5 sudu besar gula melaka - bancuh dgn air panas & tapis
pewarna coklat



Cara
Satukan semua bahan kacau sebati. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan butter dan jugak diatas dengan plastik. Kukus selama 20 minit.

Bahan Atas
500 ml santan
30 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
garam secukup nya


Cara
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati, tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah. 
Kukus selama 20 minit. 

churros lagi



Churros

Bahan
 1 cawan air..
 100gm buttercup
 2 cawan tepung gandum
 1/2 sudu kecil garam halus
 1 sudu kecil esen vanilla..
  2 biji telur




Cara
Masukkan air dlm periuk dengan buttercup, masak sampai butter cair,  masukkan tepung, kemudian gaul sehingga menjadi macam doh, angkat biarkan sejuk, masukkan garam dan esen vanilla gaul sebati, masukan telur satu persatu dan gaul sekali lagi sehingga bancuhan  jadi lembut dan berkilat.
Kemudian, masukkan ke dalam piping bag yg di letakkan nozel bentuk bintang, dan pipe kan atas kertas minyak panjang2, sebelum masuk oven sila renjis sket churros anda dengan air sedikit supaya boleh dpt texture yg cntik, bakar dlm oven suhu 200'celcius selama 30 min.
Churros ini juger boleh di goreng..pastikan minyak masak pada suhu yg sesuai tuk goreng...panaskan dulu minyak dlm 5min..time nak goreng kecikan sket api dulu baru masukkan churros
Bakar atau goreng kena pastikan churros ini jadi kaler keemasan.


Thursday, 16 August 2018

Apam Pisang Gebu




Apam Pisang Gebu

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat





Cara
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
3. Masukkan kedalam adunan  no 1, kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.  Letak kan potongan pisang diatasnya.
5. Kukus selama 30 min. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan. Apabila dah 30minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.

Tuesday, 14 August 2018

Carrot cupcakes




CARROT CUPCAKES


Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus





Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing



Cara
Pukul kesemua bahan diatas,  kemudian sapu di atas kek.