Nuffnang Ad

Sunday, 29 July 2018

talam roti




TALAM ROTI KAK IDA's 
(loyang 10x10)

Bahan2 bawah
****************
15 keping roti
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil essen vanila
3 sudu gula
Secubit garam

Cara
Roti dipotong kecil kecil, ketepikan
Pukul telur bersama esen vanila masukan gula,garam, santan dan air kacau sebati.
Masukkan roti tadi, kacau-kacau dan biarkan kembang lebih kurang dalam 5 minit,
Masukan kedalam loyang yg sudah di sapu dengan sedikit butter atau dialas dengan plastik.
Kukus sampai masak lebih kurang selama 15 minit. 
Sementara itu buat untuk lapisan atas

Bahan2 Atas
**************
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan santan
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
Secubit garam





Cara
Pukul telur bersama air, santan, gula, kedua dua tepung dan secubit garam, pukul sebati dan tapis,
Kemudian bahagi kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan air pandan dan sedikit warna hijau,  satu bahagian lagi diwarnakan dengan warna kuning.

Bahagi 2 bahagian

Air pandan@ perasa pandan
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Essen vanila

Cara
Bila lapisan bawah iaitu lapisan roti sudah masak, masukkan adunan lapisan atas, masukkan warna hijau dan kukus hingga masak, masukkan pula adunan kuning dan kukus lagi hingga masak.
Sejukkan dan makan.

seri muka durian




 SERI MUKA DURIAN
resepi dr : Yatiememoris
kak ruby buat 1/2 adunan je..
loyang kak ruby bulat 

Bahan2 utk lapisan bawah:
500gm beras pulut - rendam 4 jam
300ml santan
300ml air
2tsp garam

Cara2:
Cuci beras pulut dan rendamkan 4 jam.
Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi.
Sebelum letak pulut, sapukan sedikit minyak di keliling loyang dan lapik loyang dengan plastik saiz 16x16"
Tuang santan yg dah dah digaul dengan garam.
Kukus selama 30 minit.
Sementara tu, kita siapkan bahan2 utk lapisan atas.
Bahan2 utk lapisan atas:

(A)
140gm tepung beras
60gm tepung ubi
60gm tepung gandum
140gm gula halus - saya guna 200gm gula halus
270ml santan
470ml air
1/4 tsp garam
1/4 tsp alkaline water-saya guna air kapur
2 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
(B)
100gm isi durian diblend dgn 100ml air





Cara2:
Satukan semua bahan2 A ke dlm mangkuk besar dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak pewarna kuning dan kacau rata.
Masak dalam kuali dgn api perlahan hingga naik wap dan kacau selalu guna whisk.
Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah.Kukus selama 25 minit.
Setelah siap, biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik supaya cantik.


Tuesday, 26 June 2018

Sambal Rebung




SAMBAL REBUNG

Bahan
1 mangkuk rebung yang sudah direbus dan toskan air nya
6 - 8 biji cili kering - rendam dalam air panas
1 biji bwg merah  
2 ulas bwg putih
sedikit belacan
2 sudu besar udang kering atau ikan bilis - direndam tumbuk kasar
air asam jawa secukup rasa 
garam dan gula secukup rasa



Cara
Rebung di buang airnya ,cuci dan toskan
Cili kering, belacan dan bawang di kisar
Tumis cili yang telah di kisar sehingga agak garing, masukkan ikan bilis/udang kering , rebung, air asam jawa, gula dan garam, kacau sebati 
Balik2kan, bila rebung sudah empok boleh lah di angkat.

Pengat Keledek






Pengat Keledek

Bahan
2 batang keledek, dibuang kulit dan dipotong dadu
1 biji gula melaka
½  cawan biji sagu, direndam
1 kotak santan
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa





Cara
Di dalam periuk, rebus keledek bersama air secukupnya sehingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
Bila telah mendidih dan gula melaka telah larut, masukkan santan dan sagu,  kacau sehingga ia mendidih bila sagu sudah kembang, padamkan api. Rasa cukup tak gulanya. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, 20 June 2018

Cornflakes coklat mudah dan rangup tanpa bakar




Cornflakes Coklat 
diolahkan oleh : Wafa

Bahan
 250 gm Milk compound chocolate (Beryl's)
 5 cawan Cornflakes
 1 sudu besar Buttercup
 60 gm Almond – tak letak pun boleh
Papercup - secukup nya
Hiasan - sprinkle secukup nya





Cara
Cairkan coklat bersama butter, biarkan sejuk
Sangai almond hingga rangup
Ramas kasar cornflakes
Campurkan cornflakes, almond dan coklat, gaul rata
Masukkan ke dalam papercup menggunakan sudu, tabur kan sprinkle diatas.
Biarkan sejuk atau masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit.


Tuesday, 19 June 2018

Lemang Periuk Kera yg sedap




LEMANG PERIUK KERA

Bahan
20 biji atau bekas periuk kera
300 gm beras pulut
1 liter santan pekat
Garam secukup nya
Gula pada yg suka





Cara
Beras pulut direndam semalaman, kemudian cuci bersihkan.
Bersihkan permukaan  dan bahagian dalam periuk kera dan toskan.
Masukkan beras pulut (anggaran 1/2 periuk kera supaya pulut boleh mengembang).
Masukkan garam dan gula ke dalam santan. Sebatikan.
Tuang santan ke dalam periuk kera yang berisi beras pulut tadi.
Kukus sehingga masak.


Cara kedua
Masukan garam kedalam santan, kacau rata, kemudian masukkan beras pulut dan gaul bagi sebati.
Kemudian masukkan kedalam periuk kera (anggaran ¾ penuh)
Susun dalam pengukus dan kukus selama ½  jam atau hingga masak.
Boleh makan bersama rendang, kari dan serunding.

Monday, 4 June 2018

Biskut coklat Chips




BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan
2 cawan tepung gandum*
1 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan coklat chip
1/4 cawan walnut/hazelnut/almond cincang
2 sudu besar cocoa powder*
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu teh emplex* - kak ruby tak letak
1 sudu kecil esen vanila




Cara
Ayak bahan yang bertanda *, ketepikan.
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan esen vanila hingga sebati,
Masukkan bahan2 kering walnut/hazelnut/almond dan coklat ship, kacau rata.
Masukkan tepung dan bahan2 yang di ayak. gaul sebati,  adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke dalam dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau hingga masak.