Nuffnang Ad

Friday, 21 October 2016

Pau Cendawan Putrajaya

Assalammualaikum dan selamat pagi, malam tadi kak ruby buat pau cendawan, ni kali yang ke dua selepas pertama kali buat tak menjadi.  Kali ini pun kak ruby tak buat dia punya batang cendawan, sebab mata dah nangtuk sangat, jadi tak buat lah yang remeh-remeh tu buat yang patut je.
Hasil nya tidak lah nampak macam cendawan sangat.  Kata hati kak ruby okey lah tu sudah  jadi kulit cendawan hihihi.  Kalau rajin lain kali buat batang cendawan ye.
Terima kasih tuan punya resepi.


PAU CENDAWAN

Bahan inti
1 cwn isi ayam (yg direbus dn dicarik-carik)
1 cwn cendawan (cendawan butang, shitake,maitake dll)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 cwn stok ayam - kak ruby letak 1 ketul
secubit garam  
serbuk lada hitam secukupnya  

Doh Pau Cendawan Putrajaya
250 gm tepung pau
1 sudu teh yis
3/4 sudu teh baking powder
50 gm gula kastor
120 ml air masak
20 gm shortening

Untuk bancuhan coklat Pau Cendawan Putrajaya
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar air masak





Cara Mudah Buat Pau Cendawan Putrajaya 
Panaskan mentega dan minyak, tumis bawang hingga naik bau.  Masukkan cendawan, masak hingga agak layu.  Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
taburkan tepung dan kacau sebati, masukkan stok ayam, didihkan sambil kacau sehingga pekat.
akhir sekali masukkan ayam, kacau sebatikan. Ketepikan.

Uli tepung macam buat pau biasa.  Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Tinggal sedikit untuk jadikan tangkai atau batang cendawan.  Bulatkan doh dan intikan. Gentel lebihan doh berbentuk batang cendawan.
Bancuhkan bahan kulit cendawan, tambah air jika perlu sehingga kelikatannya seperti chocalate ganache.
sapu pada permukaan doh dengan berus. Rehatkan doh lebih kurang 40 minit atau sehingga permukaan mulai kelihatan retak.
Kukus doh dan batang dengan api yangbesar selama 10 minit.  Sejukkan seketika, buatkan lubangpada bahagian bawah pau.
Celupkan batang ke dalam lebihan bahan kulit dan tekan kedalam lubang tadi.
Kukus semula selama lebih kurang 2 ke 3 minit.
Siap boleh dihidangkan. 

Wednesday, 28 September 2016

kek marble lembut



Kek Marble Lembut

Bahan
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
sedikit pewarna merah



Cara
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna.
Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 180C selama 50 minit atau sehingga masak..

Wednesday, 14 September 2016

Nasi Impit Goreng



NASI IMPIT GORENG

Bahan
nasi impit – dipotong dadu kecil
2 sudu mkn cili kisar
2 sudu mkn sos cili
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 cawan isi ayam
Tauge atau apa2 je sayur yg suka  
2 sudu mkn kicap masin
Garam secukup rasa



Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili kisar dan masak sekejap hingga naik bau, masukkan pula soso cili, kicap dan garam kacau sebati.  Masukkan isi ayam dan sayur, (kak ruby letak tauge) kacau rata.
Akhir sekali masukkan nasi impit kacau sebati dan rasa secukupnya, tutup api angkat

Tuesday, 6 September 2016

Apam Mekar yang mudah



APAM MEKAR

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh ovalett
1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Pewarna kesukaan
paper cup




Cara
1. Pukul telur dan gula sampai hancur dan kembang.

2. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu.

3. Masukkan esen vanilla. Pastu masukkan air ais krim soda.

4. Pukul sebentar, kemudian masukkan tepung & pukul sampai sebati.

5. Lepastu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian, letaklah warna kesukaan anda.

6. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus selama 10 minit dengan api yang kuat.


Wednesday, 24 August 2016

Kuih Tradisional tetap dihati

Assalammualaikum, kali ni kak ruby nak cerita je tentang kuih tradisional kesukaan kak ruby, kak ruby hanya suka makan,  tapi belum mencuba buat lagi.
Masa kecil-kecil dulu kak ruby tidak berapa suka sangat kuih ni, tapi bila dah umur senja-senja begini suka pula, suka sangat-sangat, setiap kali balik ke kampung mesti kak ruby beli di Pekan Rabu, Alor Star, mesti beli punya.
Mengalir air mata bila teringat masa raya dulu-dulu bersama nenek dan emak kak ruby, sebab nenek dan emak mesti buat kuih ni.  Mungkin sebab rindu kak ruby pada nenek dan emak membuatkan kak ruby suka pada kuih tradisional ini.  Walaupun bermacam-macam biskut raya ada di zaman moden sekarang, kuih tradisional tetap dihati.
Hihihi  resepi yang ada dalam kayumaniskorner ni kak ruby ambil dari Editorial rasa.


PUTU BERAS

Bahan
1 kg beras
1 kg gula
125 ml air



 Cara
1. Goreng beras tanpa minyak sehingga rapuh dan kemudian dikisar.
2. Didihkan air bersama dengan gula. Masak sehingga bertali.
3. Biarkan sejuk dan dikikis menjadi serbuk.
4. Campurkan dengan beras yang telah dikisar hingga mesra.
5. Masukkan ke dalam acuan dan ditekan hingga mampat.
6. Keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidang.


Tuesday, 23 August 2016

Lapis Labu



KUIH LAPIS LABU

Bahan
bahan A
2 cawan air
1 1/4 cawan gula
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan di simpul

bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

bahan C
1/2 cawan santan pekat

bahan D
1 cawan labu  ( direbus dan lecek )
sedikit pewarna kuning



 Cara
1. Masak bahagian A hingga gula larut, ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain sebati kan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A ke dlm B.  Bahagikan kpd 2 bahagian.
3. Satu bahagian di masukkan bahan C dan satu lagi bahagian masukkan bahagian D. Kedua dua bahagian tu kacau sebati.

Cara masak
1. Panaskan kukusan.
     (kak ruby masak macam masak kuih lapis biasa tu je, dan kali ni kak ruby guna acuan kecil) lapis hingga habis adunan. (loyang sebenar 10 x 10)
2. Masukkan adunan labu kedalam loyang yg telah dialas plastik & kukus selama 7 minit.
3. Lapiskan pula adunan santan & kukus selama 7 minit.
4. Ulang sehingga habis 6 lapisan dan lapisan yang terakhir kukus selame 20 minit.

Friday, 19 August 2016

Bingka Labu Lemak Manis



BINGKA LABU LEMAK MANIS
resepi asal : Yatiememories

Bahan
2 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis (kek ruby tak letak)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cawan labu - yg telah di rebus, tos dan dilecek
sedikit bijian utk tabur



Cara
Panaskan oven pada suhu 200c, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
Satukan bahan2 diatas kecuali labu dan bijian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu dan sebati.  Tapis adunan tadi, kalau guna blender lg senang. Tuangkan dalam mengkuk besar dan masukkan labu yang telah dilecek kacau rata.
Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa bakar.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong.