BISKUT CORNFLAKES MADU
Bahan A
125 gm butter
1/2 cawan brown suger -kak ruby tak letak
1 cawan madu
Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500 gm)
1 cawan kismis - kak ruby tak letak
1 cawan badam cincang panggang
Hiasan
mangkuk kertas kecil
manik2
Cara
Panaskan bahan A sehingga butter cair, masukkan bahan B dan kacau rata. tutup api.
Sudukan kedalam mangkuk kertas, hiaskan dengan manik2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, suhu 150c selama 8 - 10 minit. Sejukkan.
TAT NENAS
Bahan
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu besar gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
sedikit garam
Jem nenas secukupnya
Cara
Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan kuning telur, garam dan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan tepung gandum dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut, kalau lembut sangat tambah sedikit2 tepung gandum. Canai adunan ikut bentuk pilihan tersendiri.
Letakkan inti nenas. Bakar dengan suhu 150c selama 20 minit atau hingga masak.
Selepas melapis kek lapis sarawak banyak lah pula putih telur, banyak sangat2......nak sedekah kat sapa pun tak tau, kalau sapa2 ada nak putih telur datang rumah kak ruby, boleh ambil.......ni kak ruby guna 525 ml untuk buat kek kukus, putih telur masih banyak lagi.......kalau lama2 nanti terbuang pula, kalau ada wafa mesti dia letak kat muka, tapi wafa belum balik lagi, rindu pula kat si manja mama ni...........
KEK KUKUS COKLAT MOCHO PUTIH TELUR
resepi : kak wan kita lah (citarasawan)
Bahan A
525 ml putih telur
400 gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm santan serbuk
Bahan C
100 ml santan pekat
1 sudu teh esen vanila/coffee
90 gm mentega cair
2 sudu besar susu pakat manis
Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco
Cara
Bahan A, putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih, masukkan gula, garam, ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata, kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
Bahagikan kpd 3 mangkuk yang sama banyak. Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lg adunan asal. Panaskan pengukus, tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit, tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
AYAM SAMBAL HIJAU
resepi: chef Hanieliza
Bahan
4 keping ayam (basuh dan toskan)
4 tangkai serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
5 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 cawan minyak masak
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukupnya
Bahan kisar
5 biji cili hijau
20 biji cili api hijau
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi, biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, bawang besar dan garam kacau rata.
Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi. boleh dihidangkan.
Dua tiga hari lepas, dah lupa bila.....selepas sahur sementara tunggu azan subuh kak ruby buka tv 1, memang pun nak tengok Selera Rasa M&S, pagi tu selera rasa masak puding jagung, nampak sedap sangat, kak ruby pun cepat2 salin resepi........petang ni kak ruby cuba, untuk dijadikan juadah berbuka.....memang betul sedap, pada yang ingin mencuba, tak akan rugi
PUDING JAGUNG
resepi: Selera Rasa M&S
Bahan
80 gm tepung kastard
200 ml susu segar
1 cawan jagung berkrim
1 1/2 sudu besar serbuk agar2
400 ml santan kelapa M&S
300 ml air
100 gm gula pasir
sedikit garam
Cara
Larutkan tepung kastard dengan susu, tapiskan ke dalam periuk. Masukkan baki susu, jagung berkrim, serbuk agar2, santan, air, gula dan garam.
Kacau atas api perlahan hingga masak. Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan kecil2, biarkan keras.. Simpan didalam peti sejuk sebelum disajikan.
BISKUT NESTUM MADU
Bahan:
250 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
1 1/2 cawan gula halus (kurangkan klu x suka manis)
1 cawan kelapa kering
1 cawan nestum
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar madu
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
Cara :
Campurkan tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ketepikan.
Kacau mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga kembang masukkan madu, kacau sebati.
Masukkan kelapa kering dan nestum, sambil dikacau rata baru masukkan
campuran tepung tadi, gaul hingga menjadi dol yang lembut. Sekira nya
adunan masih lembik tambahkan sedikit tepung gandum.
Kemudian terapkan mengikut acuan pilihan sendiri, dan hias juga dengan cara sendiri.
TAT BUNGA TERATAI
Bahan
250 gm mentega
150 gm gula halus
400 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
jem nenas secukupnya
kertas cawan
Cara
Pukul atau kacau mentega bersama gula hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanila kacau lagi.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Canai doh dan terap dengan acuan bunga, masukkan ke dalam acuan cawan kertas. Letakkan inti nenas di tengah2, sapukan kuning telur diatas tart. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 150c.