Nuffnang Ad

Sunday, 22 November 2020

Kek lumut

 


KEK LUMUT 
 
Bahan
5 biji telur
225 gm butter
¾ cawan gula halus - boleh kurang klu tak suka manis
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
¼ cawan susu pakat manis
½ cawan kaya
100 gm horlicks/nestum diblend halus
2 sudu mkn pes pandan
Pewarna hijau secukupnya



Cara
Pukul telur hingga kembang, ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul butter bersama gula hingga berkrim, kemudian masukkan telur yang dipukul tadi, kacau sebati.
Masukkan tepung, susu pekat, kaya dan horlicks kacau sebati, akhir sekali masukkan pes pandan dan pewarna.  Kacau lagi biar betul sebati.  Masukkan dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan kertas minyak.



Bakar pada suhu 170c selama 50 minit atau hingga masak.
 


Friday, 20 November 2020

Apam gula merah

 


APAM GULA MERAH
 
Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket yis





 
Cara
Masak gula merah dengan 2 cawan air, sejukkan dan tapis.
Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk.  Masukkan pula gula merah dan yis.
Kacau rata dan sebatikan tutup mangkuk dan perap selama 1 jam.
Acuan disapu sedikit minyak dan panaskan pengukus.  Tuang dalam acuan dan kukus 15 minit.
 

Thursday, 12 November 2020

Kek span pandan cheese

 



KEK SPAN PANDAN CHEESE
 
Bahan
150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
150 gm gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
Perisa pandan dan pewarna hijau




Cara
Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa pandan dan pewarna hijau, satu bahagian lagi biarkan warna asal. (kak ruby buat 1 warna sahaja, warna hijau dan perisa pandan)
Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180c.  Bila masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek, lebih kurang 5 minit, bagi mengelakkan kek kempis.
Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.



 UNTUK KRIM
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
 
UTK TOPPING
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara menghias kek
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
 
Masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Monday, 26 October 2020

Bahulu rangup

 


BAHULU RANGUP
 
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor/halus – boleh kurang
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila





 
Cara
Satukan telur, esen vanilla dan gula pukul hingga kembang putih gebu.
 
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sebati.  Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak, kemudian masukkan adunan, jangan penuh.
 
Bakar suhu 160c selama 20 – 30 minit atau hingga masak.  Bila masak terus keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan.
 
·       Klu rajin, sangai dulu tepung gandum utk mndpt bahulu lg cantik. 

Wednesday, 21 October 2020

Kuih cara jagung

 



KUIH CARA JAGUNG
 
Bahan
1 cawan tepung gandum
½ cawan jagung manis krim
1 biji telur – pukul dulu
2 cawan santan
Sedikit pewarna lemon yellow
Sedikit garam
Sedikit gula
 
Bahan inti
1 cawan jagung manis krim + 1 sudu besar gula, gaul sebati.





 
Cara
Blender semua bahan diatas kecuali bahan inti, tuang dalam jag kecil.
Panaskan acuan kuih cara dengan api perlahan, kemudian sapu sedikit minyak.
Tuang ¾ adunan ke dalam acuan,  masukkan inti kemudian tuang lagi adunan bagi penuh acuan, tutup dengan penutup acuan, bakar hingga masak.
Keluarkan kuih cara dari acuan, dan ulang hingga adunan habis.

Friday, 16 October 2020

Basque burnt cheesecake

 


BASQUE BURNT CHEESECAKE
 
Bahan
500 gm cream cheese
160 gm gula castor
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
250 gm whipping cream
2 sudu tepung gandum
Loyang 7” atau 8”





 
Cara
Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu, sebatikan
Masukkan esen vanilla dan whipping cream kacau sebati, akhir sekali masukkan tepung gandum kacau sebati.
Tuang adunan dalam loyang pembakar yang sudah disapu dengan sedikit butter dan diletak baking paper tinggi, supaya adunan tidak meleleh tumpah masa bakar nanti,  hentak2 sikit, baru masukkan ke dalam ketuhar. 
 
Bakar suhu tinggi 200c selama 1 jam.


Wednesday, 14 October 2020

Apam Jagung

 


APAM JAGUNG
 
Bahan
1 cawan jagung segar yg telah direbus/jagung dalam tin pun boleh
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 cawan santan
2 st yis
1 st baking powder
Sedikit pewarna kuning




 
Cara
Rendam yis bersama sedikit gula kedalam secawan air suam, biar kembang.
Ayak ke dua-dua tepung bersama baking powder, masukkan kedlm mangkok, ketepikan.
Kisar jagung tadi Bersama gula dan santan, kisar halus, masukkan secubit garam dan pewarna kuning, tuang kedalam mangkuk tepung tadi, gaul sebatikan dan perap selama 2 jam.
Sapu sedikit minyak pada acuan.  Panas kan kukusan,  kukus selama 15 – 20  minit.