Nuffnang Ad

Monday, 16 September 2019

Donut Ball Chezzy Leleh




Donut Ball chezzy leleh

Bahan
1 kg tepung gandum
1 sudu tea baking powder
1 peket mauripan
500 ml air suam
2 sudu tea susu pekat
1 senduk majerin
1 sudu tea garam
24 keping cheese dibelah dua





Cara
1. Air, mauripan, garam dan susu disatukan dalam jug biarkan sehingga berbuih.

2. Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan (1) diatas, uli dalam 10minit masukn margerin uli lagi 10 minit.

3. Biarkan adunan 1/2 jam ditempat panas sehingga kembang naik.

4. Selepas setengah jam tumbuk adunan utk keluarkan angin, bulat-bulatkan doh agak-agak size bola golf  kmudian msukn cheese. Boleh lah terus digoreng sehingga keperangan.

5. Selepas itu tabur gula icing.

Ondeh ondeh labu




ONDEH ONDEH LABU

Bahan
1 cawan isi labu yang sudah direbus atau dikukus dan lecek
1 ½ cawan tepung pulut
¼ sudu teh garam
Gula melaka secukupnya – dipotong kiub kecil
Kelapa muda putih + sedikit garam







Cara
Gaulkan isi labu, tepung pulut dan garam, uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan
(tak perlu letak air kerana isi labu sudah berair)
Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan masukkan gula melaka yang sudah dipotong tadi, bulatkan.
Masak air hingga mendidih, masukkan doh dan tunggu hingga doh terapung di permukaan air.
Angkat dan toskan dengan penapis berlubang dan golekkan diatas parutan kelapa putih tadi.

Wednesday, 7 August 2019

Puding karamel sagu




PUDING KARAMEL SAGU
resipi oleh: Chef Nor Asmawati Nor Din

Bahan
300 ml santan pekat
700 gm susu segar
500 gm air
200 gm sagu
200 gm serbuk karamel/vanila flan
150 gm gula pasir





Cara
Masak air bersama sagu sehingga mendidih kacau hingga sagu menjadi masak atau berkilat.  Cucikan dengan air sejuk menggunakan tapis yang halus sehingga sagu menjadi jernih.  Ketepikan.
Masak susu, gula dan santan hingga mendidih dan masukkan serbuk karamel, kacau perlahan sehingga larut.
Kemudian masukkan sagu dan kacau hingga sebati.  Tuangkan ke dalam acuan atau bekas kecil2 dan sejukkan.

Thursday, 20 June 2019

Samperit Pandan




BISKUT SAMPERIT PANDAN

Bahan A
200 gm mentega
100 gm gula ising
1 biji kuning telur
¼ tsp pes pandan/pandan emulco
½ tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard





Cara
Pukul Bahan A hingga berkrim.  Masukkan Bahan B yg telah diayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan selama 1 jam.
Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan.  Potong mengikut saiz yg dikehendaki.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau hingga kekuningan.
Angkat hiaskan dengan manik warna warni.

Thursday, 30 May 2019

ondeh2 keledek ungu





ONDEH ONDEH KELEDEK UNGU

Bahan
1 ketul keledek purple - saiz sederhana
2 cawan tepung pulut
1/2 biji kelapa parut putih  + sedikit garam
200 gm gula melaka





Cara
Keledek dibuang kulit dan direbus hingga empuk.  Kemudian toskan dan dilenyek hingga hancur.
Masukkan tepung pulut gaul hingga sebati, jadikan adunan yang lembut.
Sementara itu, potong gula melaka kecil-kecil dan juga gaulkan kelapa parut bersama garam.
Didihkan juga air dalam periuk.

Bulat-bulatkan adunan sebesar duit 20 sen, masukkan gula melaka, buat lah begini hingga semua adunan habis.  Masukkan kedalam air yang sedang mendidih, bila sudah timbul angkat, toskan sekejap kemudian golek2 kan dalam kelapa parut putih tadi. 

Kuih badak berendam keledek ungu





Badak Keledek Ungu Berendam
 resepi asal : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan kulit badak:
1 cawan tepung pulut
 ½  cawan keledek ungu yang telah direbus dan dilecek halus
1 sudu teh garam
½  cawan air - boleh tambah jika perlu sekiranya adunan agak keras


Cara:
1. Campurkan tepung pulut, keledek ungu lecek, dan garam dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air sepaya adunan tidak terlalu lembik dan melekit.
3. Jika adunan melekit, tambahkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan gaul lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Buat kepalan sebesar atau sekecil saiz yang disukai dan bulatkan. Kemudian lubangkan di tengah-tengah dan masukkan inti kelapa sebesar guli, tutup kembali menjadi seperti bebola.
5. Didihkan air yang banyak dalam periuk.
6. Setelah air benar-benar mendidih, masukkan bebola badak tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga timbul.
7. Angkat bebola badak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah santan.

Bahan inti:
2 cawan kelapa parut – ambil kelapa putih saja
1 cawan gula melaka yang telah dipecah-pecahkan - boleh campuran dengan gula merah untuk warna yang lebih gelap
1 cawan air
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
secubit garam
1 helai daun pandan - siat dan simpulkan


Cara:
1. Larutkan gula melaka di dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan, garam dan kelapa parut.
3. Masak sehingga hampir kering dan kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Sejukkan dan kemudian buat bulatan kecil sebesar guli. Ketepikan.

Bahan kuah:
2.5 cawan santan pekat
2 sudu makan tepung beras
secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara:
1. Satukan santan pekat bersaa tepung beras dan secubit garam. Kacau sebati.
2. Tapiskan bahan kuah.
3. Masukkan daun pandan. Didihkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat.