Nuffnang Ad

Tuesday, 11 December 2018

Donat Labu Bercoklat




Donat Labu 

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus - lecek halus
1 cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
secubit garam
Minyak - secukupnya untuk menggoreng
coklat masakan secukup
 - secukupnya untuk menyalut





Cara
Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih.
Labu dilecek hingga halus
Kemudian campurkan semua bahan dalam bekas kecuali air.  Uli dengan tangan sambal masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.(kak ruby guna air dalam ¼ cwn je)
Perap selama 30 minit atau naik 1 kali ganda.  Tumbuk2 keluarkan angin, canai dan terap dengan acuan donut.  Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng.
Bila sejuk boleh di letakan coklat diatasnya dan dihiaskan dengan cara tersendiri.

Sunday, 9 December 2018

Seri muka delima yang enak




SERI MUKA DALIMA
(Loyang 10 x 10 x 2)

Bahan Untuk Lapisan Bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam
20 gm sugu kecil - rendam dgn air & pewarna merah dan toskan

Cara
Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dengan santan, air dan garam.  Masukkan kedalam loyang, kukus selama 30 minit atau hingga pulut masak, bila pulut masak gaulkan dengan sagu. 
Kemudian masukkkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik dan tekan pulut padat2.





Bahan Untuk Lapisan Atas
300 gm gula halus (kak ruby kurangkan)
100 gm tepung kastrad
400 ml santan pekat
400 ml air
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
sedikit esen vanila
pewarna kuning

Cara
Satukan semua bahan diatas, kacau hingga sebati, tapiskan.
Masak sekejap diatas api kecil hingga naik wap.  Tuang ke atas lapisan pulut tadi dan kukus lah selama 30 minit.  Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum dipotong.     

Tuesday, 4 December 2018

kek kastard pandan




KEK KASTARD PANDAN

• BAHAN2 UNTUK KEK
 • 5 biji telur Gred A
• 160 gm gula
• 125 gm tepung gandum
• 1 camca teh baking powder
• 75 gm minyak jagung
• 15 gm ovallate
• 1 camca teh paste pandan
• 2 camca besar susu segar/cair

• BAHAN2 UNTUK KASTARD 
• 1050 gm santan
• 225 gm gula
• 10 gm serbuk jelly/serbuk agar-agar
• 1 camca teh paste pandan
• 100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
• 75 ml jus pandan (4 helai daun pandan dikisar, jadikan jus 75 ml, kemudian tapis)
• Secubit garam




 Cara
UNTUK KEK:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.

UNTUK KASTARD:- 
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas, kacau hingga pekat dan berkilat dgn api yang perlahan. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.



UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-
Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan.
Lapiskan dengan sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dengan sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

Nutella Brownies yang sedap




NUTELLA BROWNIES

Bahan
1/3 cawan mentega (72 gm)
½ cawan gula perang (100 gm)
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 ¼ cawan Nutella (370 gm)
½ sudu the garam halus
¾ cawan tepung gandum (94 gm)
¾ cawan coklat chip (135 gm)





Panaskan oven 180’c.  Griskan Loyang 8” @ 9”..Lapikan dengan kertas kek.  Biarkan kertas lebih tinggi dari Loyang, senang nak angkat keluar dah masak nanti.
Pukul mentega hingga menjadi creamy.  Masukkan gula perang dan pukul lagi hingga gula sebati.
Masukan telur bersama esen vanilla, pukul lag hingga sebati.  Kemudian masukan 1 cawan Nutella kedalam bersama dengan garam, pukul lagi hingga sebati.  Akhir sekali masukan coklat chip, gaul rata guna spatula, gaul sekejap je jangan lama.
Masukan adunan kedalam Loyang, kemudian bubuh ¼ Nutella diatas dan lorek ikut kesukaan masing2.
Bakar selama 30-36 minit atau hingga masak.
Siap sejukan dahulu, baru boleh diangkat keluar dari Loyang.

Wednesday, 24 October 2018

Apam nasi yang tak pernah jemu




APAM NASI

Bahan
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu teh yis - mauripan
beberapa warna pilihan
kelapa putih secukupnya





Cara
Blend nasi dengan air sehingga hancur halus, masukkan gula blend lagi sehingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis.  Masukkan bahan yang di blend tadi, kalau sehingga sebati.  Perap selama 2 jam.
Warnakan dengan warna pilihan sendiri.  kak ruby suka warna oren.
Masukkan kedalam acuan kecil dan kukus selama 10 - 15 minit.


Hidangkan bersama kelapa putih yang sudah digaul dengan sedikit garam.

Monday, 15 October 2018

Karipap bulat





KARIPAP BULAT

Bahan
4 cwn tepung gandum
2 sudu besar butter - panaskan
1/2 cwn minyak masak-panaskan
secubit garam
1 cawan air suam

inti
6 biji kentang
3 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 sb udang kering - kak ruby tak letak
1 cwn daging hancur
garam dan gula
air





Cara
Untuk membuat kulit karipap 
campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

Untuk buat inti 
kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang, daging hancur,air dan garam serta gula secukup rasa. Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga kentang empuk dan air kering.
Setelah masak,angkat dan sejukkan.
Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim karipap.
Doh karipap tadi bulat2 kan ikut saiz 1 biji karipap. Bila dah siap, tutup dengan plastik supaya doh tak kering. Lepastu, canai doh jangan terlalu nipis.
Masukkan inti dan klim.


Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

Gubahan pulut kuning .




PULUT KUNING

Assalammualaikum
Hari ni kak ruby rajin sikit, buat gubahan pulut kuning untuk di hadiah kan pada encik suami.  Selamat Hari Lahir Suami semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang sihat selalu, Aamiinnnnn
Kak ruby seronok sangat dapat juga buat gubahan pulut ni dengan hasil tangan kak ruby sendiri, walau pun tidak lah secantik ahli-ahli gubahan pulut yang lain....hihihi kak ruby bahagia sangat...





Resepi
Pulut 1 kg untuk besar ni
santan , garam dan kunyit
hiasan seperti dalam gambar, senang je