Nuffnang Ad

Thursday, 23 August 2018

Talam ubi kayu




TALAM UBI KAYU

Bahan Bawah
350 gm ubi kayu parut
1 cawan santan
5 sudu besar gula
5 sudu besar gula melaka - bancuh dgn air panas & tapis
pewarna coklat



Cara
Satukan semua bahan kacau sebati. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan butter dan jugak diatas dengan plastik. Kukus selama 20 minit.

Bahan Atas
500 ml santan
30 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
garam secukup nya


Cara
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati, tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah. 
Kukus selama 20 minit. 

churros lagi



Churros

Bahan
 1 cawan air..
 100gm buttercup
 2 cawan tepung gandum
 1/2 sudu kecil garam halus
 1 sudu kecil esen vanilla..
  2 biji telur




Cara
Masukkan air dlm periuk dengan buttercup, masak sampai butter cair,  masukkan tepung, kemudian gaul sehingga menjadi macam doh, angkat biarkan sejuk, masukkan garam dan esen vanilla gaul sebati, masukan telur satu persatu dan gaul sekali lagi sehingga bancuhan  jadi lembut dan berkilat.
Kemudian, masukkan ke dalam piping bag yg di letakkan nozel bentuk bintang, dan pipe kan atas kertas minyak panjang2, sebelum masuk oven sila renjis sket churros anda dengan air sedikit supaya boleh dpt texture yg cntik, bakar dlm oven suhu 200'celcius selama 30 min.
Churros ini juger boleh di goreng..pastikan minyak masak pada suhu yg sesuai tuk goreng...panaskan dulu minyak dlm 5min..time nak goreng kecikan sket api dulu baru masukkan churros
Bakar atau goreng kena pastikan churros ini jadi kaler keemasan.


Thursday, 16 August 2018

Apam Pisang Gebu




Apam Pisang Gebu

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat





Cara
1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
3. Masukkan kedalam adunan  no 1, kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.  Letak kan potongan pisang diatasnya.
5. Kukus selama 30 min. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan. Apabila dah 30minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.

Tuesday, 14 August 2018

Carrot cupcakes




CARROT CUPCAKES


Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus





Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing



Cara
Pukul kesemua bahan diatas,  kemudian sapu di atas kek.   

Wednesday, 1 August 2018

Lapis Pandan Kak Ida's




KUIH LAPIS PANDAN

Bahan
2 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 cawan air
1 cawan air pandan
2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung@ tepung ubi@kanji
1/2 sudu kecil garam



.











Cara
1:Gaul semua bahan
2: Bahagi 2 bahagian warna hijau dan kuning atau terpulang nak warna apa
3: sapu minyak di loyang kukus selapis demi selapis sampai habis

Sunday, 29 July 2018

talam roti




TALAM ROTI KAK IDA's 
(loyang 10x10)

Bahan2 bawah
****************
15 keping roti
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil essen vanila
3 sudu gula
Secubit garam

Cara
Roti dipotong kecil kecil, ketepikan
Pukul telur bersama esen vanila masukan gula,garam, santan dan air kacau sebati.
Masukkan roti tadi, kacau-kacau dan biarkan kembang lebih kurang dalam 5 minit,
Masukan kedalam loyang yg sudah di sapu dengan sedikit butter atau dialas dengan plastik.
Kukus sampai masak lebih kurang selama 15 minit. 
Sementara itu buat untuk lapisan atas

Bahan2 Atas
**************
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan santan
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
3 biji telur
Secubit garam





Cara
Pukul telur bersama air, santan, gula, kedua dua tepung dan secubit garam, pukul sebati dan tapis,
Kemudian bahagi kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan air pandan dan sedikit warna hijau,  satu bahagian lagi diwarnakan dengan warna kuning.

Bahagi 2 bahagian

Air pandan@ perasa pandan
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Essen vanila

Cara
Bila lapisan bawah iaitu lapisan roti sudah masak, masukkan adunan lapisan atas, masukkan warna hijau dan kukus hingga masak, masukkan pula adunan kuning dan kukus lagi hingga masak.
Sejukkan dan makan.

seri muka durian




 SERI MUKA DURIAN
resepi dr : Yatiememoris
kak ruby buat 1/2 adunan je..
loyang kak ruby bulat 

Bahan2 utk lapisan bawah:
500gm beras pulut - rendam 4 jam
300ml santan
300ml air
2tsp garam

Cara2:
Cuci beras pulut dan rendamkan 4 jam.
Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi.
Sebelum letak pulut, sapukan sedikit minyak di keliling loyang dan lapik loyang dengan plastik saiz 16x16"
Tuang santan yg dah dah digaul dengan garam.
Kukus selama 30 minit.
Sementara tu, kita siapkan bahan2 utk lapisan atas.
Bahan2 utk lapisan atas:

(A)
140gm tepung beras
60gm tepung ubi
60gm tepung gandum
140gm gula halus - saya guna 200gm gula halus
270ml santan
470ml air
1/4 tsp garam
1/4 tsp alkaline water-saya guna air kapur
2 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
(B)
100gm isi durian diblend dgn 100ml air





Cara2:
Satukan semua bahan2 A ke dlm mangkuk besar dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak pewarna kuning dan kacau rata.
Masak dalam kuali dgn api perlahan hingga naik wap dan kacau selalu guna whisk.
Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah.Kukus selama 25 minit.
Setelah siap, biarkan betul2 sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik supaya cantik.