Nuffnang Ad

Monday, 17 April 2017

Kuih Ketayap lagi



KUIH GULUNG/KETAYAP

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
* inti kelapa secukupnya



Cara
Gaulkan atau blend je semua bahan diatas hingga sebati.  Panaskan pan dan masukkan 1 senduk adunan layangkan supaya adunan jadi bulat, masak dalam 2 - 3 minit angkat, masukkan inti kelapa dan gulung, siap.

Thursday, 13 April 2017

kuih manja


 KUIH MANJA

Bahan
1 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
½ cawan susu segar/susu cair
½ cawan air
1 sudu besar butter - dicairkan
2 sudu besar gula      
Sedikit pewarna kuning



Cara
Pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian satukan dengan semua bahan-bahan lain dan kacau hingga sebati, biarkan adunan selama 15 minit.
Panaskan non stick pan, ambil ½ senduk dadarkan didalam non stick pan dengan api perlahan,
Bila sudah kering dan masak letakkan inti dibahagian tengah dan angkat sambil ditutupkan bahagian tengah.
Untuk inti boleh guna kaya dalam tin, kelapa dan juga kacang tanah yang sudah ditumbuk halus.

Wednesday, 12 April 2017

Puding Mangga



PUDING MANGGA

Bahan A
20 g agar2 tali – rendam 1 jam
3 cawan air
1 cawan gula
2 helai daun pandan – disimpul
Cara
Masak air bersama agar2 hingga larut, masukkan gula dan daun pandan.
Kacau sebati, masak hingga mendidih, tutup api, bahagi kepada 2 bahagian



 Bahan B
2 biji mangga – potong2
2 cawan air
1 biji mangga – potong dadu
1 tin susu cair
Cara
Blender 2 biji mangga yang potong tadi bersama air hingga halus, bahagi kepada 2 bahagian.
Ambil agar2 satu bahagian tadi campur dengan 1 bahagian mangga yang diblender, campurkan juga susu cair, masak sekejap atas api, kacau sebati.  Kemudian tuang dalam loyang atau apa2 bekas yang sesuai, biarkan mengeras sedikit,
Baru tuang adunan mangga…iaitu satu bahagian lagi bahan A agar2 campur dgn bahan B adunan mangga, masak sekejap atas api, kacau sebati.
Tuang perlahan lahan atas agar2 tadi.  Akhir sekali letak mangga yang dipotong dadu diatas agar2.

Sejukkan dalam peti sejuk.

Siakap tiga rasa cara kak ruby




SIAKAP TIGA RASA

Bahan
1 ekor ikan siakap atau bawal
1 sudu mkn tepung jagung
3 biji bawang merah – dihiris
1 labu bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
Untuk sos
4 sudu mkn sos tomato
4 sudu mkn sos cili
4 sudu mkn sos tiram
½ cawan air
1 sudu teh gula
Untuk hiasan
1 pokok daun bawang
2 biji cili merah – dihiris
2 biji cili hijau – dihiris
2 biji tomato – dibelah 4


Cara
Bersihkan ikan dan gaul dengan sedikit garam dan sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga ikan kuning keemasan.  Angkat dan letakkan dalam pinggan hidang.  Ketepikan
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu makan bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 
Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih, kacau rata.
Masukkan bahan hiasan kacau rata dan tutup api.  Kemudian tuangkan keatas ikan yang digoreng tadi.

Monday, 10 April 2017

Kuih Bom yang tidak meletup

Assalammualaikum...sebenarnya kak ruby tak berani dan tidak berapa suka buat kuih bom dengan menggunakan tepung pulut, sebab dulu-dulu bila kak ruby buat mesti dia meletup bila digoreng.
Jadi kak ruby tak suka, kak ruby lebih suka buat kuih bom keledek atau kuih bom labu, dia tidak meletup.
Dua hari semalam kak ruby jumpa satu resepi di blog mana dah lupa, masa kak ruby jumpa tu kak ruby dalam perjalanan ke klinik, kak ruby demam jadi kak ruby tidak beri perhatian sangat pada masa tu cuma faham apa campuran yang digunakan, ringkas je campur tepung pulut dengan tepung gandum dan sedikit gula.  Maaf ye pada tuan punya resepi sebab sudah lupa nama blog.
Memang bila digoreng kuih bom tidak meletup.


KUIH BOM

Bahan
1 cawan tepung pulut
¾ cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 cawan air
Sedikit garam
Bijan secukupnya




Cara
Satukan tepung pulut, tepung gandum, gula dan garam dalam satu bekas, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi satu adunan yang lembut tidak melekat di tangan.  Bulat-bulatkan
Masukkan inti, bulatkan dan golek2kan dalam bijian.
Kemudian goreng hingga kekuningan dan angkat. 
Siap.
* inti nya boleh gunakan kacang hijau atau inti kelapa.

Wednesday, 29 March 2017

Apam Nasi lagi



APAM NASI

Bahan
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu teh yis - mauripan
beberapa warna pilihan
kelapa putih secukupnya




Cara
Blend nasi dengan air sehingga hancur halus, masukkan gula blend lagi sehingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis.  Masukkan bahan yang di blend tadi, kalau sehingga sebati.  Perap selama 2 jam.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian, dan warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Masukkan kedalam acuan kecil dan kukus selama 10 - 15 minit.

Hidangkan bersama kelapa putih yang sudah digaul dengan sedikit garam.

Tuesday, 28 March 2017

Bubur pulut hitam lagi



BUBUR PULUT HITAM

Bahan
1 cawan pulut hitam (cuci dan kak ruby rendam 1 mlm)
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam



Cara
Rebus pulut hitam dengan air secukupnya hingga kembang.
Kemudian masukkan susu cair, gula, daun pandan dan garam.  Masak hingga mendidih dan dikacau hingga semua nya sebati. Tutup api.
Untuk kuah
Panaskan santan pekat dan garam, didih je tutup api.
Boleh dihidangkan bersama pulut hitam.