Nuffnang Ad

Thursday, 13 February 2014

Talam Berlauk Lagi

Assalammualaikum, oleh kerana sedap nya kuih talam berlauk,  bahan inti nya pun masih berbaki lagi, jadi petang tadi kak ruby cuma bancuh adunan tepung je, dan kak ruby tambah pewarna kuning sikit untuk nampak kuning gitu..........kali ni kak ruby letakkan resepi sepenuhnya dari Azie Kitchen.
 

TALAM BERLAUK

Bahan
3 cawan tepung gandum
200 ml santan
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Cara
Satukan semua bahan dan blend.  Tapis dan tuang kedalam bekas, ketepikan asingkan 1/4 cawan.

Untuk lauk
200 gm udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
sedikit minyak utk menggoreng




Cara
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. udang kering ditumbuk halus.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan angkat. Kemudian masukkan udang kering, setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibunag kulit diikuti dgn cili merah.  Bubuh sedikit serbuk lada sulah, gula dan garam secukup rasa.
Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng td bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata, ketepikan.

Cara membuat talam berlauk
Tuang adunan bahagian bawah kedalam bekas yang disapu sedikit minyak, kukus selama lebih kurang 15 minit.  Kemudian buka dan tabur bahan lauk yg telah digoreng td dan ratakan, Titiskan tepung yg diasingkan td sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk td untuk melekatkannya.                      

Wednesday, 12 February 2014

Puding Karamel Tanpa Telur



PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan A
2 sudu besar gula pasir - dihanguskan
Bahan B
1 peket agar2 serbuk 10 gm
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar kastard
1 susu kecil esen vanila




Cara
Taburkan gula ke dalam loyang,  guna api kecil, masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang, ketepikan.
Satukan semua bahan B, kacau atas api, adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastard tidak bergentel.
apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat, tutup api, tapis dan tuangkan kedalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan kedalam pati ais hingga puding mengeras.  Terbalikkan puding dan bolehlah dihidangkan. 


Tuesday, 11 February 2014

Talam berlauk

Assalammualaikum,  cuaca hari ni lebih lagi panas dari semalam, kak ruby jemur kain 1 jam je sudah boleh diangkat, risau pula lama2 di jemuran nanti kain baju jadi kelabu ialah panas kuat sangat........walau apa pun terima kasih Allah dengan cuaca hari ni, tentu ada rahmat disebalik cuaca panas............selepas masak tengahari tadi sempat jugak kak ruby buat talam berlauk untuk minum petang dan jugak untuk malam.

Resepi nya untuk adunan tepung kak ruby guna resepi dari rakan blog Azie,  tapi untuk inti kak ruby buat cara kak ruby sendiri, sebab kak ruby guna bahan2 yang ada di rumah je, nak keluar pegi pasar beli udang bagai  malas lah pula dalam panas2 macam ni,  jadi kak ruby buat lah cara kak ruby,  yang pasti talam berlauk tetap sedap.
   

TALAM BERLAUK

Bahan
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap ayam/1 cwn santan pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur
1 sudu teh gula
2 sudu teh garam atau secukup rasa




Cara
Satukan semua bahan dan blend.  Tapis dan tuang ke dalam bekas, ketepikan,  (asingkan 1/4 cawan untuk dititiskan sedikit demi sedikit keatas permukaan lauk supaya melekat).
Tuangkan adunan ke dalam bekas loyang atau bekas kecil2 yang sudah disapu dengan sedikit butter atau minyak, kukus selama 15 minit.
Kemudian buka kukusan dan tabur bahan lauk dan jugak bahan hiasan yang dirihis.  Titiskan jugak bahan adunan yg ditinggalkan 1/4 tadi.
Kukus semula selama 20 minit.

Bahan Inti
200 gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
minyak utk menumis

Untuk hiasan 
Daun sup, daun bawang - diriris
2 biji cili merah - diriris
bawang goreng secukupnya



Cara
Tumbuk bahan yang bertanda *, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging kisar dan sedikit air dan garam,  masak dan kacau-kacau hingga air nya kering.  Angkat dam letepikan. 


 


Monday, 10 February 2014

Pengat Keledek 3 warna



PENGAT KELEDEK 3 WARNA

Bahan
1 ketul keledek kuning
1 ketul keledek putih
1 ketul keledek ungu
200 ml santan
2 cawan air
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
3 sudu besar sagu
garam secukupnya
2 helai daun pandan - disimpul




Cara
Semua keledek dikupas, dicuci bersih dan dipotong dadu. Sagu direndam sekejap.
Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali sagu, masak hingga mendidih atau hingga keledek empuk sedikit, masukkan sagu kacau-kacau,  biarkan mendidih sekejap, tutup api.  boleh dihidangkan.

Saturday, 8 February 2014

Buah Rotan

Assalammualaikum, dalam minggu ni kak ruby suka pula buat kudapan........mungkin seronok kot mengunyah di musim panas ni, tapi memang tak terasa bila-tiba habis je, semalam pun sama makan vadai sampai tak terasa habis..........lepas ni apa pula yang kak ruby nak goreng hihihi.......... nnti kak ruby cari resepi dulu ye.   Untuk resepi buah rotan ni maaf banyak2,  kak ruby tak ingat pula sapa tuan punya resepi, sebab banyak sangat resepi buah rotan dalam blog, dah terlupa dari blog mana kak ruby ambil.  Sekali lagi maaf di pinta.........
 

BUAH ROTAN

Bahan
500 gm tepung pulut
200 gm santan pekat
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1/2 cawan air
Bijan secukupnya
Minyak utk menggoreng




Cara
Larutkan gula dalam santan, campur sekali dengan telur. Masukkan tepung pulut gaul hingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dikacau dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut dan licin tetapi tidak melekat di mangkuk, boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
Bulat-bulatkan doh menjadi bebola bersaiz 1 cm atau bebola kecil, dan golekkan dalam bijan, buat lah hingga adunan habis.
Panaskan minyak dengan api sederhana kecil.  Goreng hingga kekuningan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

 
*sepanjang masa menggoreng api hendak lah sentiasa kecil, supaya buah rotan tidak meletup. 

Friday, 7 February 2014

Kuih Vadai



KUIH VADAI
resepi dr; my Kuali

Bahan
250 gm kacang dhal
3 biji cili kering - digunting halus
1 tangkai daun kari - diracik halus
1/2 biji bawang besar - diracik halus
1 sudu teh jintan manis - biarkan sebiji sebiji
1/2 sudu teh garam
minyak utk menggoreng





Cara
Rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam (kak ruby rendam semalaman) tos hingga kering.
Kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang dhal yang tak hancur.
Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.  Leperkan atas tapak tangan yang diatas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak, supaya ia tidak  melekat.
Susun diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak.
Goreng atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.

Thursday, 6 February 2014

Puding Karamel lagi

Assalammualaikum, waktu cuaca panas2 macam ni,  dapat makan puding karamel sejuk2 baru keluar dari peti ais, aduuuuuuh lega rasa tekak.........sedap sangat hilang rasa bahang panas......ni kak ruby buat pagi tadi, makan tengahari dan petang, rasa tak cukup nak lagi......tu lah sampai terlupa nak ambil gambar masa sebiji belum dipotong,  dah dipotong-potong baru teringat nak publish kat kayumaniskorner.


PUDING KARAMEL

Bahan
5 biji telur
1 cawan gula - 1/2 cwn dijadikan gula hangus + sedikit air
1 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 gelas air



Cara
Sapu sedikit butter di dalam loyang.
Masukkan gula yang sudah hangus tadi, ketepikan.
Telur dipukul bersama 1/2 cawan gula hingga kembang, masukkan susu cair dan esen vanila, masukkan juga bancuhan kastard bersama 1 gelas air.  Kacau sebatikan.
Kemdian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Sejukkan dalam peti ais dulu baru terbalikkan.

*kalau suka manis boleh tambah gula masa buat gula hangus jadikan 1 cwn,