Nuffnang Ad

Tuesday, 19 November 2013

Acar Buah

Assalammualaikum, sudah dua minggu jeruk buah-buahan tersimpan di dalam peti ais, kak ruby beli masa festival keseniaan dan kebudayaan islam tempoh hari, 1 kotak 10 rm dah siap semua buah-buahan jeruk, sebenarnya kak ruby sendiri tak ingat nama buah-buahan tu, yang kak ruby tau memang buah-buahan ni untuk buat acar buah.  Resepi nya pula kak ruby minta pada kawan sekerja kak ruby dulu........Laila tuan punya resepi terima kasih lela bagi resepi.
  

ACAR BUAH

Bahan
10 rm buah-buahan jeruk utk buat acar 
15 biji bawang merah - kupas kulit biarkan bulat2
6 biji bawang putih - buang kulit biarkan bulat2
1/2 cawan cuka
3 sudu besar gula merah/gula pasir
1 inci halia
1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
bijian, minyak dan garam secukupnya

Bahan kisar
3 sudu besar cili kisar - cili kering digoreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih 


 

Cara
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga betul2 masak, kering dan naik minyak kemudian masukkan cili sos, tomato sos, halia, cuka, gula, garam dan bawang merah, bawang putih masukkan sedikit je air untuk lembutkan bawang, masak lagi hingga pekat dan naik minyak lagi.  Rasa sesedap rasa, baru masukkan buah-buahan, kacau sebatikan, masukkan bijian sebatikan lagi. tutup api angkat.  



Saturday, 16 November 2013

Kek Cawan Pandan

Kalau pagi tadi kak ruby goreng pisang tanduk, petang nya terasa pula nak makan cupcake, entah duduk seorang-orang ni rajin pula hihihi.......sedap makan cupcake, terus kak ruby ke dapur......apa lagi operasi pun berjalanlah....ini lah hasil nya, dapat jugak kak ruby makan apa yang di idamkan.......terima kasih Allah di mudahkan rezeki pada hamba mu ini.


KEK CAWAN PANDAN

Bahan
115 gm mentega
80 gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna hijau
175 gm tepung naik sendiri (diayak)
3 sudu besar susu segar

 Cara
Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati.  Masukkan telur satu persatu dan perisa pandan.  pukul sampai kembang.  Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu segar.
Timbang adunan pada setiap kertas cawan bernombor 12 sebanyak 58 gm.  Bakar dengan suhu 170c selama  23 minit.

 
 
Utk topping
150 gm krim well
50 gm mentega 
230 gm gula ising 
1 sudu teh perisa pandan
kelapa kering yg diwarnakan hijau.

 Cara
Pukul krimwell sekejap masukkan mentega pukul lagi, masukkan gula ising dan perisa pandan, pukul lagi tapi sekejap je jangan sampai gula cair.  Hias diatas kek cawan dan tabur kan kelapa kering.

Pisang Tanduk goreng

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu.......pagi ahad ni kak ruby goreng pisang tanduk,  pisang tanduk ni tak perlu banyak2, sebab pisang tanduk besar dan panjang, kak ruby beli 2 biji je, bila dah di potong-potong banyak jadi nya.
Cuaca kat luar dingin sekali sejuk, hujan masih ada sikit2 lagi manja2 gitu........sedap lah sarapan kak ruby pagi ni, goreng pisang panas dan milo panas jugak, tak terasa yang kat tu sejuk......kalau ramai-ramai lagi sedap kan tapi apa kan daya pagi ni kak ruby seorang diri je, suami tersayang  belum terbang balik lagi, dan si manja tu pula belum lagi bangun maklum lah cuaca sejuk sapa yang nak lepaskan selimut.......tak pe lah kak ruby makan goreng pisang  seoang. 
 

 PISANG TANDUK GORENG

Semua orang  pandai goreng pisang.....cuma ni cara kak ruby 
tepung beras
tepung gandum sikit
serbuk kunyit
garam 
air kapur 
dan air secukup nya, jangan cair sangat
minyak utk mengoreng.


Thursday, 14 November 2013

Kerabu Taugeh

Assalammualaikum dan salam hari jumaat, hari ni dan semalam kak ruby buat kerabu, kalau semalam kerabu daun selon hari ni kerabu taugeh campur kerang pula hihihi sedap sangat kedua-dua kerabu ni selera makan nasi, walau pun hari ni makan nasi seorang-orang je tetap selera........suami tersayang terbang jauh menyeberangi laut cina selatan, kak ruby doakan semoga suami selamat pergi dan selamat kembali......pergi kerana tugas, kak ruby relakan......ya Allah lindungi lah suami ku amin.
 

KERABU TAUGEH

Bahan
1 RM taugeh
1 kilo kerang
1 biji bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan kerisik
2 sudu besar udang kering
4 biji cili kering/cili kisar
2 biji limau kasturi
sedikit belacan dan garam secukupnya



Cara
Taugeh dibuang ekor, dibersih dan dicelur, toskan.  Kerang direbus dan dibuang kulitnya.  Bawang besar dan cili besar dihiris nipis-nipis.  Cili kering, udang kering dan belacan ditumbuk halus.  Kemudian campurkan kesemua bahan kecuali jus limau kasturi, bila semua sudah dikacau sebati baru masukkan jus limau kasturi, kacau lagi, rasa masin masam nya,  boleh dihidangkan.


Kerabu Daun Selon



KERABU DAUN SELON

Bahan
1 ikat daun selon - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan kelapa putih - diparut, ditumbuk sekejap
2 biji limau kasturi - ambil jus nya
2 cili merah - dipotong bulat nipis
garam secukup rasa


 

Cara
Campurkan semua bahan kedalam bekas besar, kacau sebatikan.
Boleh dihidangkan.

Wednesday, 13 November 2013

Pulut Manis



PULUT KELAPA MANIS


Bahan
beberapa helai daun pisang - bersih dan layur
2 cawan pulut
1 cawan santan pekat + sedikit garam


Cara
Pulut direndam semalaman.
Kukus hingga masak, gaulkan dengan santan, kukus sekali lagi sekejap je, supaya pulut lambat basi.  ketepikan.
Untuk Inti
1/2 biji kelapa putih
1/2 cwn gula merah - masukkan sedikit air kacau hingga larut, tapis
1 sudu mkn gula pasir - boleh tambah klu nak manis
2 helai daun pandan - disimpul


 

Cara 
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kacau hingga kering air, tutup api.

Kemudian boleh bungkus pulut seperti dalam gambar.

Tuesday, 12 November 2013

Pulut Kelapa putih dan Ikan masin

Assalammualaikum, pagi tadi kak ruby sarapan cara orang Kedah, cara kak ruby lah tu kak ruby kan orang kedah......apa nak sebut pun tak tau.....mesti ada pulut, kelapa putih dan ikan masin, gaul pulut dengan kelapa putih cubit sedikit ikan masin makan, sedap,  kak ruby  memang suka makan pulut macam ni........
.   


Bahan
Pulut, Kelapa putih dan ikan masin

Cuma itu je bahan dia, kukus pulut hingga masak, tak perlu letak atau gaul bersama santan. cukup dengan kelapa putih je.  Ikan masin apa2 pun boleh, goreng hingga garing sikit.  Kalau  ikan dah cukup masin, tidak perlu lagi letak garam dalam kelapa putih.