Nuffnang Ad

Saturday, 12 October 2013

Kuih Siput

Assalammualaikum dan selamat hari raya aidil adha, tentu ramai yang dah pulang ke kampung, kak ruby tak balik kampung malah terbang pergi lagi ada..............
hihihi  cuma ini yang sempat kak ruby buat untuk dibawa ke Kuching pagi esok, raya aidil adha tahun ni kak ruby beraya di Kuching, sebab nya satu je tak mahu anak kesayangan puteri kak ruby  tu beraya tampa keluarga di sana........pagi esok kak ruby terbang lah ke Sarawak dengan membawa kuih siput hihihi hehehe kelakar kan, tak pe lah di sana banyak kek lapis sarawak, yang pasti kak ruby dapat beraya bersama puteri kak ruby dah cukup seronok.


KUIH SIPUT
resepi dr : my resepi

Bahan
5 cawan tepung gandum
50 gm butter
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil udang kering - goreng, tumbuk halus
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
sedikit daun kari - utk digoreng bersama kuih siput
santan atau air biasa - utk menguli


 
                     sebelum d goreng


Cara
Gaulkan semua bahan kecuali daun kari dan santan atau air.
Kemudian uli dengan santan atau air hingga menjadi doh, cubit sedikit adunan gentel bagi bulat dan tekan diatas papan kuih siput.  Semasa menggoreng masukkan daun kari. 

Thursday, 10 October 2013

Lepat Pisang



LEPAT PISANG

Bahan
6 biji pisang
2 cawang tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut
1/2 cawan santan - bleh kurang klu adunan nampak cair
1/2 sudu teh garam
daun pisang yg sudah dibersih dan di layur secukupnya


 

Cara
Pisang dilecek bersama garam, gula hingga hancur dan sebati. Masukkan kelapa parut dan tepung gandum kacau, masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati, jangan adunan terlalu cair.
Kemudian ambil 2 sudu besar adunan letakkan diatas daun pisang, lipat kiri kanan, ke dua2 hujung ke bawah. 

Kukus selama 20 minit atau hingga masak.   

Wednesday, 9 October 2013

Lepat Ubi Kayu

Assalammualaikum dan jumpa lagi di kayumaniskorner, beberapa hari lepas rakan blog Rohah ada buat tepung bungkus nampak sedap sangat, kak ruby dah 3 kali buat tepung bungkus tapi tak pernah menjadi, sedih kak ruby, insyaAllah kak ruby tak patah semangat bila2 kak ruby akan cuba lagi......tapi bukan lah sekarang......untuk gantikan tepung bungkus tu kak ruby buat lepat ubi kayu, boleh lah tu sedap jugak kan....semalam hari selasa di Putrajaya ada pasar malam, jadi kak ruby pun pergi lah cari daun pisang dan ubi kayu, ada hihihi cantik daun pisang, ubi kayu pun cantik jugak, kak ruby pun apa lagi dengan semangat membeli......hari ni terhidang lah lepat ubi kayu kak ruby.


LEPAT UBI KAYU

Bahan
600 gm ubi kayu yg sudah disagat dan ditapis buang airnya
50 gm gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan 
1/2 sudu teh garam
daun pisang yg sudah dibersih dan dilayur secukupnya


 

Cara
Gaulkan semua bahan kecuali daun pisang hingga sebati.
Kemudian ambil 2 sudu makan letakkan keatas daun pisang lipat kiri kanan, ke dua hujungnya kebawah kemas2, buat lah hingga habis.  Masukkan kedalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Sunday, 6 October 2013

Pulut Kuning Di Hari Lahir Suami Ku

Assalammualaikum...hari ini 7 Okt ada lah hari lahir suami kak ruby, hihihi suami tersayang.....tak de hadiah istimewa yang dapat kak ruby hadiahkan selain dari doa, kesetiaan dan kasih sayang.....untuk ceriakan sikit suasana hari bahagia ini kak ruby buatkan pulut kuning yang bentuk hati...............
Wahai suami ku, selamat hari lahir, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik....amin.    Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buat diri ku ini, semoga kita akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa......insya Allah..... 
   

PULUT KUNING

Bahan
500 gm beras pulut
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 sudu teh garam

 

 Cara
Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam bersama kunyit, asam keping dan air, air biar lah menutupi beras pulut selama 1 malam.
Toskan beras dan buang asam keping, panaskan kukusan, bila air sudah mendidih, kukus lah beras pulut hingga masak.  Sementera itu satukan garam dan santan kacau hingga garam larut.
Bila pulut sudah masak, masukkan kedalam bekas besar dan masukkan santan secara sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.  Kukus pulut sekali lagi selama 10 minit, ini supaya pulut tahan lebih lama. (tidak cepat basi).  Masukkan dalam bekas atau acuan pilihan.   

Friday, 4 October 2013

Crepe Oreo

Assalammualaikum pada yang sudi singgah di kayumaniskorner.....kak ruby doakan semua nya sihat dalam menjalani kehidupan seharian......kak ruby sihat,  cuma batuk-batuk je sikit itu pun disebelah malam, tak tau lah kenapa di waktu malam je batuk2, mungkin malam sejuk kot, entah lah kak ruby tak tau......petang tadi tekak ni terasa nak makan makanan  yang berkerim, kak ruby teringat crepe durian tapi durian tak de,  biskut oreo ada........jadi, jadi lah crepe oreo petang tadi, setelah siap kak ruby simpan dalam peti ais sampai malam bagi betul2 sejuk.....bila makan aduuuuuh sedap nyer.
      

CREPE OREO

Bahan
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung kastard
10 gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh gula halus
40 ml susu cair
150 gm air
pewarna pilihan

 

Cara
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk, sebatikan dengan whisk dan tapis.
Panaskan non-stick pan dan sapukan dengan sediit minyak,  ambil sesenduk kecil tuang kedalam pan amgkat dan layangkan supaya ia jadi bulat nipis, masak atas api yang kecil hingga kering angklat, tak perlu terbalikkan.  Buatlah proses ini hingga adunan habis.

Untuk inti
150 ml fresh cream - putar hingga kental.
Biskut oreo secukupnya

 Cara 
Letakkan fresh cream, letak biskut oreo dan letak lagi fresh cream. lipat kiri kekanan dan atas bawah.


Kuih roti



KUIH ROTI

Bahan
1 bungkus roti saiz sederhana - 400 gm
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1/2 cawan kismis
sedikit hirisan badam 
1 sudu teh esen vanila


 

Cara
Roti di potong kecil-kecil dan rendam bersama susu cair ketepikan.
Pukul butter bersama gula hingga sebati,  masukkan telur pukul lagi hingga kembang, masukkan esen vanila, kemudian tuangkan kedalam roti yang direndam tadi, masukkan juga kismis kacau sebati.


Masukkan kedalam loyang dan taburkan diatasnya hirisan badam.   Bakar selama 45 minit dengan suhu 160 c.


Tuesday, 1 October 2013

Apam Eno lagi

Assalammualaikum, untuk minum petang semalam kak ruby buat kuih ringkas je, apam eno......apam ni memang sedap tak jemu kak ruby makan, letak pula kelapa parut aduh sedap nyer.......


APAM ENO

Bahan
300 gm tepung beras
300 ml air
150 gm gula pasir
1 sudu mkn yis - mauripan
1 pck eno - biru
pewarna pilihan sendiri
kelapa parut + sedikit garam


 

Cara
Masukkan tepung beras, yis, gula pasir dan air kedalam blender, blender sampai sebati.  Kemudian tuang kedalam bekas dan perap selama 30 minit.  Setelah 30 minit masukkan eno kedalam adunan dan gaul sebati, Bahagi kan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Masukan kedalam acuan pilihan sendiri. 
Masukkan kedalam periuk kukusan yang sudah dipanaskan terlebih dahulu dan kukus selama 15 - 20 minit.