Nuffnang Ad

Tuesday 6 March 2018

kek chiffon pandan




KEK CHIFFON PANDAN

Bahan A :
6 biji kuning telur
50 gm gula halus
60 gm atau 70 ml minyak jagung
60 ml susu cair
½ sudu teh esen vanilla
110 gm tepung gandum *
1 sudu teh baking powder*
Pewarna hijau dan paste pandan
   *diayak bersama

Bahan B :

6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tatar
70 gm gula halus





Cara :
Pukul bahan B hingga bila terbalik tak jatuh… ketepikan.
Bahan A, pukul kuning telur, gula hingga sebati,  kemudian masukkan minyak, susu cair  pukul lagi masukkan pula esen vanila, pewarna dan paste pandan sebatikan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, pukul sebati.Masukkan bahan B ke dalam bahan A…Kacau gunakan senduk kayu sahaja, kacau cara atau kaedah kaup balik hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang chiffon yang berlubang,  tak perlu disapu minyak atau dilapik.
Bakar pada suhu 165’c bergantung pada oven masing2 selama 45 minit – 1 jam.  Selepas bakar bila dah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang kek, (ini untk mengelakkan kek jadi mendap) bila dah sejuk baru boleh keluarkan dari loyang.

No comments:

Post a Comment