Nuffnang Ad

Friday 6 October 2017

Kek Coklat Moist

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu,
Ini lah projek ku petang tadi... Aku cuma seorang diri dirumah, anak ku yang manja tu berada nun jauh di utara kerana tugas ku restui permegiannya dan berdoa supaya anak ku selamat pergi dan selamat kembali......Walau pun kek ku ini tidak secantik kek di kedai.....alhamdulillah aku buat dengan jari jemari aku sendiri untuk aku hadiah kan pada sang suami yang amat ku cintai hihihi macam remaja pula.......tak sabar nak tunggu detik 12 malam......
Selamat hari lahir suami, semoga diberi kesihatan yang baik dan semoga kita tetap bahagia hingga ke akhir hayat kita, amin.


KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan untuk kek
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat         
Bahan B
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu teh bikarbonat
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanilla
 3 biji telur (suhu bilik)





Cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. api kecil. sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit
5. Masukkan adunan dalam loyang,  tutup dengan kertas foil, guna apa2 pun boleh, pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.

Bahan utk topping
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas


Cara
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

No comments:

Post a Comment