Nuffnang Ad

Thursday, 4 August 2016

Roti Sarang Lebah

Assalammualaikum dan selamat petang, dah  habis pun syawal, hari ni dah pun 1 Zulkaedah ......sebulan kak ruby tinggal dan biarkan kayumaniskorner berlalu kosong saja....ye lah Ramadan kan bulan puasa, jadi kak ruby pasti kan puasa kak ruby sebaik secantik yang boleh.  Sebab tu lah sebulan ramadan kak ruby lupa kan sekejap kayumaniskorner......
Petang ni kak ruby mula dengan roti sarang lebah, sudah lama kak ruby tak makan terasa teringin pula, lebih-lebih lagi bila teringat sos karamel tu, huhuhuuuu sedap nya....
 

ROTI SARANG LEBAH

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yeast
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds dan butterscotch seckpnya



 Cara
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam, dan baking powder kacau sebati.
Masukkan campuran yeast tadi dan yogurt, kacau sebati.  Kemudian uli lah dengan tangan sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit, terus menguli sehingga tidak lekat ditangan atau jadi elastic.
Biarkan naik 2 kali ganda (lebih kurang 1 jam).  Kemudian tumbuk2kan untuk keluarkan angin.
Sapukan tangan dengan sedikit minyak, ambil doh buatkan bulat2 sebesar bola golf dan susun didalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Taburkan dengan almond flakes dan pumpkin seeds, biar lagi hingga naik 2 x ganda.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180c, 10 minit pertama gunakan api bawah sahaja, 5 minit terakhir guna api atas bawah.

Untuk Bahan Sos Karamel
½ cawan gula perang
½ cawan krim atau susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam


Cara
Cairkan butter
Masukkan gula masak hingga hancur, tuangkan krim, garam dan esen vanilla, kacau rata hingga pekat, tutup api.


No comments:

Post a Comment