Nuffnang Ad

Thursday 15 August 2013

Kek Lapis Dewi Pandan

Assalammualaikum dan selamat hari raya kak ruby ucapkan pada semua pengunjung kayumaniskorner......terima kasih kerana sudi singgah.........Pada tahun ini kak ruby tidak balik kampung untuk berhari raya, sebab 4 hari sebelum hari raya anak kesayangan kak ruby dimasukkan ke hospital putrajaya, wafa kena menjalani pembedahan, jadi kak ruby sekeluarga berhari raya disini je......kak ruby tetap bersyukur wafa selamat menjalani pembedahan.......walaupun kami tidak dapat kemana-mana, dirumah kak ruby tetap meriah dengan ketupat dan rendang, kuih muih dan jugak kek lapis yang kak ruby sediakan.........Alhamdulillah disaat kak ruby menulis ni wafa sudah boleh berjalan perlahan-lahan.


KEK LAPIS DEWI PANDAN
resepi asal Rabiah Amit

Bahan A
250 gm tepung gandum
250 gm gula kastor
200 ml susu sejat ideal
1 peket santan segera
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 1/2 sudu besar ovelette

Bahan B
300 gm mentega
kelapa kering secukupnya
pewarna hijau
pes pandan


 

Cara
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang, ketepikan
Pukul mentega hingga kembang, masukkan kedalam bahan A, gaul sebati.  Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.  Satu bahagian warnakan hijau dan masukkan pes pandan.
Dua bahagian lagi biarkan warna asal.
Sediakan loyang 7 1/2 x 7 1/2 yang telah disapu dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas minyak, masukkan 5 sudu besar adunan asal ke dalam loyang ratakan dan bakar selama 5 minit dengan suhu 150c, api atas bawah.  Bila sudah masak ambil adunan asal lagi dan buatlah seperti proses diatas cuma bila bakar adunan kedua ini guna api ATAS sahaja.
Untuk lapisan ke 3, masukkan adunan yang berwarna hijau, sukatannya sama 5 sudu besar ratakan dan tabur kelapa kering diatasnya, bakar selama 5 minit. bila masak masukkan pula adunan asal

Ulangi lah proses ini hingga semua adunan habis.     




No comments:

Post a Comment