Nuffnang Ad

Friday, 29 January 2021

Lagi kek carrot

 


KEK CARROT
 
Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus




  
Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.



Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing
sedikit pewarna oren dan hijau

Cara
Pukul kesemua bahan diatas sampai sebati,  ambil sedikit adunan untuk dijadikan carrot dan warnakan dgn warna oren, bakinya warna dengan warna hijau kemudian sapu di atas kek. 

Saturday, 23 January 2021

Puding Milo Oreo

  


PUDING MILO OREO

Bahan

1 bungkus agar-agar - 25 gm

1400 ml air

2 cawan gula

1 tin susu cair

1 cawan milo

1 bungkus oreo – 137 g




Cara

Masak agar-agar bersama air hingga larut,  kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair kacau hingga mendidih.

Asingkan 4 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo, kacau sebati.

Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dlm loyang/acuan.  Apabila permukaan agar-agar milo dalam loyang mengeras, tuangkan kesemua adunan asal warna putih ke atas adunan milo tadi,  taburkan semua oreo.  Apabila permukaan agar-agar oreo mengeras, masukkan adunan milo yang 2 cawan lagi.  Habis siap 3 lapis.  Sejukkan.

 


Friday, 15 January 2021

Kek chiffon coklat



 

KEK CHIFFON COKLAT

Bahan A
4 biji kuning telur – gred A
140 ml susu full cream coklat
90 ml minyak jagung
¼ susu teh garam halus
100 gm gula kastor
140 gm tepung gandum
20 gm serbuk dark koko
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
 
Bahan B
4 biji putih telur – gred A
90 gm gula kastor
½ sudu teh cream of tartar





 
Cara
Panaskan oven pada suhu 170c.
 
Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam gaul rata dan ayak.
 
Satukan kuning telur bersama gula kastor (bahan A) kacau rata dan masukkan campuran susu tadi, kacau hingga gula larut.  Masukkan pula campuran tepung gaul hingga sebati, masukkan minyak jagung dan esen vanilla kacau hingga sebati, ketepikan.
 
Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula kastor (Bahan B) dan cream of tartar terus memutar hingga pekat.  Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacau guna spatula dengan kaedah kaup balik hingga sebati.
 
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan chiffon yang bersaiz 23 cm atau loyang saiz 7” bakar selama 45 hingga 50 minit atau hingga masak. 

Thursday, 7 January 2021

Roti Jala ros

 


ROTI JALA ROS
 
Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan air
1 biji telur
2 sudu makan minyak
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah dan hijau





 
Cara
Campurkan kesemua bahan diatas, kecuali pewarna.
Kacau rata kemudian tapis, Ambil 1 senduk adunan untuk diwarnakan dengan warna hijau, yang selebihnya diwarnakan dengan warna merah atau warna kesukaan.
Masukkan kedalam botol roti jala.  Panaskan kuali non stick dengan api kecil, kirai memanjang sebanyak 2 lapis dan masak sehingga bahagian bawah agak kering, tak perlu dibalikkan.
Angkat dan gulung, ia akan terbentuk seperti bunga ros.
Ulangi proses ini hingga adunan habis.

Monday, 28 December 2020

Kek Marble Lembut


 

KEK MARBLE LEMBUT
 
Bahan A
150 gm butter dicairkan  - (timbang dulu baru dicair)
Bahan B
5 bij telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula halus
1 sudu besar ovalete
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kesukaan





 
Cara
Panaskan oven, sapu loyang 8" x 8" dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak.  Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
 
Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu.  Masukkan Bahan A iaitu butter yang telah dicairkan dan sejukan, Kaup balik hingga sebati.
 
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna kesukaan.  Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang hingga selesai.  Hentakkan loyang kek sedikit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
 
Bakar hingga masak pada suhu 160c selama 45 – 50 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).  Masak, sejukkan.


Saturday, 19 December 2020

Bengkang tepung beras gula merah

 


BINGKA TEPUNG BERAS
 
Bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula halus
1 cawan gula merah
7 cawan santan
½ sudu kecil garam





Cara
Semua bahan digaul rata dan dimasak hingga pekat, dengan api sederhana saja.
Masukkan ke dalam loyang 8” x 8” yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Bakar pada suhu 180c – 200c selama 1 jam atau hingga masak.
Bila sudah  masak, tunggu betul-betul sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.  Masa panas  kuih masih lagi lembik.


Sunday, 6 December 2020

Tart cheese

 


TART CHEESE
 
Bahan
170 gm butter
50 gm gula ising
1 biji telur – grend C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla




 
Cara
Pukul butter bersama gula dengan menggunakan senduk kayu sahaja, jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi dengan senduk kayu, masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut, kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart, cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170c sehingga masak lebih kurang dalam 15 – 20 minit.
 
Untuk cream cheese filling
250 gm cream sheese
60 gm gula ising
1 biji kuning telur
½ sudu teh esen vanilla
blueberry secukupnya



Cara
Putar cream cheese bersama gula hingga berkerim, masukkan kuning telur dan vanilla, pukar lagi.
Masukkan blueberry filing ke dalam kulit tart, piping cream cheese diatasnya.
Bakar pada suhu 170c selama 10 minit,