Resepi talam ni kak ruby ambil dr blog yatie.....memang sedap yatie, tapi kak ruby tukar tepung sagu tu, sebab tepung sagu tak de pula dalam simpanan kak ruby, walaupun tukar tepung, talam ni tetap sedap.....
TALAM ROTI LAPIS COKLAT
Bahan:
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil, rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu (kak ruby guna tepung jagung)
200 ml santan
100 ml air
1 sudu teh coklat emulco
1/4 sudu teh garam
Cara:
Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar, ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam masak hingga gula larut, biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu gaul rata.
Tuangkan campuran ini ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yg di rendam hingga halus.
Bahagikan kpd 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dgn coklat emulco.
Tuang warna asal ke dlm acuan pilihan, kukus selama 5 minit. Kemudian masukkan pula adunan coklat emulco di atas warna asal td, kukus lagi selama 15 minit dgn api sederhana hingga masak.
No comments:
Post a Comment