Nuffnang Ad

Monday 30 October 2017

Talam Tokyo



TALAM TOKYO

Bahan Utk Lapisan Bawah
(loyang 10x10x2")
300 gm sago kecil warna merah
60 gm sohoon
100 gm kelapa parut putih
100 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam.

Cara
Cuci sago, rendam selama 30 minit dan toskan.
Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn minyak. Klu nak alas plastik  pun boleh.
Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata




Bahan Utk Lapisan Atas
4 biji telur
300 gm gula pasir
400 ml santan pekat
400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
100 gm tepung kastard
sedikit pewarna hijau 
1/2 sudu kecil garam

Cara
Campurkan semua bahan dan blend rata.
Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Padamkan api, Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.

Thursday 26 October 2017

Kek Chiffon Strawberry



KEK CHIFFON STRAWBERRY

Bahan-bahan
Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan susu cair
secubit garam
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar strawberry emlco
1 ½ cawan tepung gandum *diayak
1 sudu kecil baking powder* diayak




Cara
menyediakan Bahan (A)
Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
Masukkan strawberry emlco, minyak & susu cair dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)


Cara
menyediakan Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.


Monday 23 October 2017

Puding Kastard Lapis



PUDING KASTARD LAPIS

Bahan
20 gm agar-agar (yang bertali)
4 cawan air
1 cawan gula
½ cawan mentega
½ cawan tepung kastard
½ cawan susu cair
2 biji telur
3 susu mkn milo (dikacau bersma sedikit air panas)
Sedikit esen vanilla
Pewarna merah





Cara
Agar-agar dimasak dengan 4 cawan air sampai mendidih dan agar-agar hancur.
Sementara itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan mentega dan esen vanilla pukul lagi.  Bancuhkan susu cair dan tepung kastard hingga sebati, masukkan kedalam adunan telur tadi, kacau sebatikan lagi.
Kemudian masukkan kedalam agar-agar yang sedang mendidih tadi, kacau jangan berhenti atas api sederhana hingga pekat.
Tuang dalam bekas dan bahagi kan kepada 3 bahagian, 1 warna merah, warna asal, dan 1 bahagian lagi masukkan milo.
Masukkan warna asal kedalam acuan, biar separuh keras, masukkan pula warna milo dan akhir sekali warna merah.  Sejukkan, sejukkan lagi dalam peti ais.
Bila sudah keras, potong mengikut cara tersendiri.


* Kalau guna agar-agar serbuk sukatan air nya mesti ditambah, kalau tidak puding akan jadi keras sedikit.


Thursday 19 October 2017

Kuih Som Som



KUIH SOM SOM

Bahan
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
1 helai daun pandan – disimpulkan





Cara
Satukan semua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan berkilat, guna api sederhana dan sentiasa dikacau rata.
Bila sudah masak tuang adunan dalam loyang atau dalam acuan pilihan sendiri dan sejukkan.
Hidangkan bersama sirap gula Melaka.

Wednesday 11 October 2017

Cucur Jawa



CUCUR

Bahan
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
1 cawan air
sedikit garam





Cara
Satukan semua bahan diatas, kacau hingga sebati dan perap selama 4 jam atau lebih.
Selepas itu boleh lah digoreng dengan minyak yang banyak, ambil satu senduk kecil adunan masukkan ke dlm kuali, bila cucur timbul baru terbalikkan, angkat dan toskan minyak nya.


Tuesday 10 October 2017

Kek Oren Sunquick



KEK OREN SUNQUICK

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan marjerin – kak ruby letak 200 gm
1 cawan gula kastor
5 biji telur
¼ cawan susu cair
6 sudu besar pati oren sunquick
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh esen vanilla




Cara
Pukul marjerin dengan gula sampai kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji sebiji masukkan esen vanila sambil dipukul, masukkan pati oren dan susu cair kacau lagi,
Kemudian masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder, kacau rata sebatikan.
Masukkan ke dalam loyang 8”  yang sapukan dengan sedikit marjerin.

Bakar suhu 150c selama 50 minit atau hingga masak.

Friday 6 October 2017

Kek Coklat Moist

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu,
Ini lah projek ku petang tadi... Aku cuma seorang diri dirumah, anak ku yang manja tu berada nun jauh di utara kerana tugas ku restui permegiannya dan berdoa supaya anak ku selamat pergi dan selamat kembali......Walau pun kek ku ini tidak secantik kek di kedai.....alhamdulillah aku buat dengan jari jemari aku sendiri untuk aku hadiah kan pada sang suami yang amat ku cintai hihihi macam remaja pula.......tak sabar nak tunggu detik 12 malam......
Selamat hari lahir suami, semoga diberi kesihatan yang baik dan semoga kita tetap bahagia hingga ke akhir hayat kita, amin.


KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan untuk kek
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat         
Bahan B
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu teh bikarbonat
 1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh esen vanilla
 3 biji telur (suhu bilik)





Cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. api kecil. sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit
5. Masukkan adunan dalam loyang,  tutup dengan kertas foil, guna apa2 pun boleh, pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.

Bahan utk topping
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas


Cara
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..

Thursday 5 October 2017

Donat Labu lembut



Donat labu

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus - lecek halus
1 cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
secubit garam
Minyak - secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor - secukupnya untuk menyalut





Cara
Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih.
Labu dilecek hingga halus
Kemudian campurkan semua bahan dalam bekas kecuali air.  Uli dengan tangan sambal masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.(kak ruby guna air dalam ¼ cwn je)
Perap selama 30 minit atau naik 1 kali ganda.  Tumbuk2 keluarkan angin, canai dan terap dengan acuan donut.  Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng. 

Cucur Udang lagi



CUCUR UDANG

Bahan
250 tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
100 gm udang sederhana besar - bersih potong 4
1/2 ulas bawang besar - potong kecil2
1 biji telur
10 batang daun bawang (daun kucai bleh gak)
220 ml air
sedikit kunyit dan garam




Cara
Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati.  Perapkan selama 1/2 jam atau hingga nampak gelembung2 keluar di permukaan adunan tepung.
Panaskan minyak, sudukan 1 sudu besar adunan tepung dan goreng lah hingga kekuningan, api jangan terlalu besar.  Angkat toskan minyak.