Nuffnang Ad

Tuesday 27 March 2018

Bingka berlauk




BINGKA BERLAUK

Bahan Adunan
350 gm tepung gandum
500 ml santan pekat
1000 ml air
5 biji telur ayam A- pukul ringan
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar minyak sapi cair
pewarna kuning jika suka

Cara
Satukan semua bahan adunan, kacau dengan whisk tangan hingga rata dan tidak berketul. Kemudian tapis.
Gris acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan acuan di atas dapur gas hingga minyak berdesir.
Perlahankan api dapur dan tuang 3/4 adunan ke dalam acuan. Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
Masukkan inti daging di bahagian tengah dan tepi acuan, tabur bahan hiris. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.





Bahan Inti
200 gm daging / kisar
2 sudu makan rempah kari daging
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar potong dadu
Minyak untuk menumis

Cara
Tumbuk atau kisar bawang  putih dan halia. Tumis hingga naik bau. Masukkan kari daging dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging kisar, sedikit air dan garam. Biarkan daging empuk
Masukkan bawang dadu dan masak hingga inti hampir kering. Angkat dan ketepikan
Hiasan- Hiris
Daun sup dan daun bawang
Setangkai cili merah dan cili hijau
Acuan Kemboja - digiris minyak

Donat perisa pandan





DONAT PERISA PANDAN

Bahan
500 gm tepung berprotein tinggi/tepung gandum
11 gm yis
200 ml air sejuk (dr peti sejuk)
50 gm marjerin/mentega
2 sudu mkn gula pasir
2 sudu mkn susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Sedikit perisa pandan
Sedikit warna hijau





Cara
Didalam bekas besar, tuangkan air suam, masukkan yis segera, biarkan selama 8 - 10 minit atau sampai yis berbuih.
Masukkan semua bahan kecuali butter kedalam bekas tadi.  Uli menggunakan mixer atau bread maker hingga menjadi doh kasar,  kemudian saya uli guna tangan pula, baru masukkan butter           uli lagi hingga menjadi doh yang licin dan elastik.
Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki, biarkan kembang sedikit baru tekan tengahnya untuk dijadikan lubang, rehatkan selama 5 – 10 minit untuk ia mengembang lagi.
Goreng dengan api yang sederhana dan minyak yang banyak hingga kekuningan angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus.

Monday 26 March 2018

puteri mandi




KUIH PUTERI MANDI

Bahan
1 1/2 cawan tepung pulut
air secukup nya
sedikit pewarna - pilihan sendiri

Cara
Masukkan air ke dalam tepung secara sedikit demi sedikit, sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut.
kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai, warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan sendiri.  Bulat-bulatkan semua adunan sebesar buat guli, ketepikan.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan bebola kecil tadi sambil ditekan menjadi leper, rebus lah hingga ia timbul, angkat. ketepikan.




Cara membuat kuah nya
1/2 biji kelapa putih - klu boleh kelapa muda
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit garam

Cara
Masakkan gula, air, daun pandan dan garam hingga larut, masukkan kelapa kacau hingga pekat.
Masukkan puteri kacau rata, tutup api angkat.

kerabu nangka muda




KERABU NANGKA MUDA

Bahan
300 g nangka muda – (potong kecil – rebus)
2 sudu mkn kerisik
1 batang serai - potong nipis
3 biji limau kasturi ambil jus nya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:-
2 sudu besar udang kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan hiasan:
1 labu bawang besar – dimayang
1 biji lada merah – dihiris






Cara
 Rebus nangka hingga empuk dan toskan, potong kecil2
 Campur bahan kisar kerisik,  jus limau, garam gula
 secukupnya Gaul rata.
 Gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
Campurkan dengan nangka muda rebus tadi
 gaul sehingga sebati.
Masa hiding tabur cili merah dan bawang besar

Thursday 15 March 2018

Agar-agar gula merah




AGAR-AGAR GULA MERAH

Bahan :
20 gm agar-agar tali
3 cawan air
1 cawan air gula merah (pekat)
1 cawan gula pasir (kak ruby guna 1/2 je)
4 cawan santan
2 biji telur





Cara :
Masak agar2 dgn 3 cawan air hingga larut.  Masukkan gula pasir dan air gula merah biarkan mendidih.
Santan dan telur di blender hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam agar2, biarkan mendidih, kacau.
Tutup api, angkat tuangkan ke dalam loyang atau acuan kecil2.
Sejukkan dalam peti ais.

Tuesday 6 March 2018

kek chiffon pandan




KEK CHIFFON PANDAN

Bahan A :
6 biji kuning telur
50 gm gula halus
60 gm atau 70 ml minyak jagung
60 ml susu cair
½ sudu teh esen vanilla
110 gm tepung gandum *
1 sudu teh baking powder*
Pewarna hijau dan paste pandan
   *diayak bersama

Bahan B :

6 biji putih telur
1 sudu teh cream of tatar
70 gm gula halus





Cara :
Pukul bahan B hingga bila terbalik tak jatuh… ketepikan.
Bahan A, pukul kuning telur, gula hingga sebati,  kemudian masukkan minyak, susu cair  pukul lagi masukkan pula esen vanila, pewarna dan paste pandan sebatikan lagi.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, pukul sebati.Masukkan bahan B ke dalam bahan A…Kacau gunakan senduk kayu sahaja, kacau cara atau kaedah kaup balik hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang chiffon yang berlubang,  tak perlu disapu minyak atau dilapik.
Bakar pada suhu 165’c bergantung pada oven masing2 selama 45 minit – 1 jam.  Selepas bakar bila dah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang kek, (ini untk mengelakkan kek jadi mendap) bila dah sejuk baru boleh keluarkan dari loyang.

Saturday 3 March 2018

kuih lompang



KUIH LOMPANG
 
Bahan
1 1 /2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan - kak ruby tak letak
kelapa putih + secubit garam




Cara

Satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk,  kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan, masak atas api kecil hingga gula larut,  sejukkan dan ketepikan.
Satukan tepung beras dan tepung ubi,  tuang 1 cawan yang berbaki dan  air kapur gaul rata. Kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi,  gaul hingga sebati.
Tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus 10 minit atau hingga masak.
Hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi