Nuffnang Ad

Thursday, 13 December 2012

Serikaya Pulut Hitam



SERIKAYA PULUT HITAM
Loyang 8 inci je .....

Bahan Untuk Lapisan Bawah
1 1/2 cawan pulut putih
1/2 cawan pulut hitam
2 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam
 

Cara
Rendam kedua dua pulut semalaman, sesudah dibersih campurkan keduanya bersama santan yang telah dicampur garam.  Masukkan kedalam loyang dan kukus sehingga masak. Bila sudah masak tekan pulut supaya mampat dan kemas.  


Bahan Untuk Lapisan Atas
80 gm tepung gandum
10 gm tepung beras
150 gm gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air

Cara
Bancuh semua bahan dan tapis, bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, setiap satu bahagian warna dengan warna pilihan.
Ambil 1 bahagian tuangkan ke atas lapisan bawah, kukus selama 15 minit atau hingga 1/2 masak, tuangkan pula 1 bahagian lagi, kukus lagi 20 minit atau hingga masak.
Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

4 comments:

  1. As'alam Kak Ruby, nampak sedap kuih serikaya ni. ct copy resipi ya kak. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam CT, sama2..insyaAllah sdp hehehe try nnti ye.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak Ruby.
    Menariklah kak....belum pernah makan.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam norzie, tksh, tu lh norzie kak ruby pun lum pernah mkn sbelum ni, tu yg try wat tu, menjd pula sedap tau zie......try lah

    ReplyDelete