Nuffnang Ad

Thursday 30 May 2019

ondeh2 keledek ungu





ONDEH ONDEH KELEDEK UNGU

Bahan
1 ketul keledek purple - saiz sederhana
2 cawan tepung pulut
1/2 biji kelapa parut putih  + sedikit garam
200 gm gula melaka





Cara
Keledek dibuang kulit dan direbus hingga empuk.  Kemudian toskan dan dilenyek hingga hancur.
Masukkan tepung pulut gaul hingga sebati, jadikan adunan yang lembut.
Sementara itu, potong gula melaka kecil-kecil dan juga gaulkan kelapa parut bersama garam.
Didihkan juga air dalam periuk.

Bulat-bulatkan adunan sebesar duit 20 sen, masukkan gula melaka, buat lah begini hingga semua adunan habis.  Masukkan kedalam air yang sedang mendidih, bila sudah timbul angkat, toskan sekejap kemudian golek2 kan dalam kelapa parut putih tadi. 

Kuih badak berendam keledek ungu





Badak Keledek Ungu Berendam
 resepi asal : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan kulit badak:
1 cawan tepung pulut
 ½  cawan keledek ungu yang telah direbus dan dilecek halus
1 sudu teh garam
½  cawan air - boleh tambah jika perlu sekiranya adunan agak keras


Cara:
1. Campurkan tepung pulut, keledek ungu lecek, dan garam dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air sepaya adunan tidak terlalu lembik dan melekit.
3. Jika adunan melekit, tambahkan tepung pulut sedikit demi sedikit dan gaul lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
4. Buat kepalan sebesar atau sekecil saiz yang disukai dan bulatkan. Kemudian lubangkan di tengah-tengah dan masukkan inti kelapa sebesar guli, tutup kembali menjadi seperti bebola.
5. Didihkan air yang banyak dalam periuk.
6. Setelah air benar-benar mendidih, masukkan bebola badak tadi ke dalam periuk dan tunggu sehingga timbul.
7. Angkat bebola badak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah santan.

Bahan inti:
2 cawan kelapa parut – ambil kelapa putih saja
1 cawan gula melaka yang telah dipecah-pecahkan - boleh campuran dengan gula merah untuk warna yang lebih gelap
1 cawan air
1 sudu tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
secubit garam
1 helai daun pandan - siat dan simpulkan


Cara:
1. Larutkan gula melaka di dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan, garam dan kelapa parut.
3. Masak sehingga hampir kering dan kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
4. Sejukkan dan kemudian buat bulatan kecil sebesar guli. Ketepikan.

Bahan kuah:
2.5 cawan santan pekat
2 sudu makan tepung beras
secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara:
1. Satukan santan pekat bersaa tepung beras dan secubit garam. Kacau sebati.
2. Tapiskan bahan kuah.
3. Masukkan daun pandan. Didihkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat.