Nuffnang Ad

Friday 24 February 2017

Kuih sagu hijau pandan



KUIH SAGU 

Bahan
300 gm biji sagu - kak ruby rendam 1 jam
50 gm gula pasir
1 cwn air
Sedikit pewarna hijau pandan
1 helai daun pandan - disimpul
kelapa parut putih - secukupnya
garam - secukupnya





Cara
Basuh dan bersihkan sagu, toskan.
Didihkan air bersama gula hingga gula larut, masukkan sedikit pewarna hijau pandan dan daun pandan.
Masukan sagu, kemudian kacau rata sampai nampak kesemua sagu jadi jernih, dan agak pekat.  Tutup api.  Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil-kecil.
Sejukkan dalam peti ais.
Kemudian boleh digaul bersama kelapa putih yang digaul dengan sedikit garam

Tuesday 21 February 2017

Tart Kelapa



TART KELAPA

Bahan kulit
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla



Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.


 Bahan inti kelapa
250 gm kelapa parut segar/kelapa kering
120 gm gula kaster
80 gm mentega cair
1 biji telur
½ sudu besar tepung gandum – kak ruby tak letak

Cara
Satukan semua bahan inti gaul hingga rata.  Masukkan kedalam kulit tart.
Bakar selama 15 – 20 minit atau hingga atasnya sedikit keperangan.

Friday 17 February 2017

Talam Nangka



TALAM NANGKA

Bahan Lapisan Bawah :
1 cawan nangka dipotong kecil
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
4 sudu besar gula
1/2 sk garam



Cara 
Bancuh semua bahan kecuali nangka, tapis dan masak hingga naik wap, tutup api, masukkan nangka tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak (kak ruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama 15 minit.

Bahan Lapisan Atas :
80 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
sedikit garam
pewarna kuning



cara 
Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau hingga masak.
Betul-betul sejuk baru dipotong, potong guna pisau plastik  

Thursday 16 February 2017

Phat Phit Ayam

Assalammualaikum, terlebih dahulu kak ruby ucapkan terima kasih pada sahabat baik kak ruby dihalaman fb iaitu Nik Marjan, sekali lagi terima kasih Ijan....memang sedap tak rugi pada sapa sapa yang ingin mencuba.  Bahan bahan dan cara nya pun senang je.  Tapi kak ruby masak agak kering sikit.  Tengok resepi nya dibawah.



PHAT PHIT AYAM

Bahan
setengah ekor aym - cuci bersih dan potong kecik2
bhn blend
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
2 bj bawang merah sederhana besar
4-5 ulas bawang putih.
2 btg serai
8bj cili padi hijau
1 inci belacan
lain2
1 sdt cili kering blend(cili boh pn ok)
sdkt serbuk lada hitam(sy guna yg ajishio)
hirisan kacang panjang.
hirisan bawang besar bombay
hirisan cili merah
garam
gula
jus limau nipis
sdkt daun limau purut
sdkt minyak untk menumis



cara
panaskan minyak
tumis bhn yg diblend td,dah wangi,masukkan cili kisar atau cili boh...
kacau sebati hingga garing,masukkan garam
masukkan ayam...masukkan sdkt air(untk bg aym empuk)
kacau sesekali hingga ayam empuk dan kuah hampir kering,masukkan serbuk lada hitam...gula,kacau lg,masukkan semua bhn hiris.. last masukkan jus limau...dan koyak kan daun limau purut,kacau mesra,rasakan masam manisnya... bila hampir pekat,ttp api... sedia untuk dimakan

Puding Lapis Kiwi



PUDING KIWI LAPIS

Bahan
20 gm agar2 tali – Basuh dan rendam selama 1 jam lebih
4 cawan air
2 biji buah kiwi
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 cwn air
3 helai daun pandan – disimpulkan
Secubit garam
Pewarna hijau



 Cara
Sebiji buah kiwi buang kulit, kisar dengan 1 cawan air hingga hancur.
Masak agar2 yang rendam tadi bersama 4 cawan air hingga larut, masukkan gula dan daun pandan.  Kacau rata
Tuang buah kiwi kisar dalam periuk agar2, kacau rata, masukkan susu cair, kacau lagi masukkan garam. Biarkan mendidih sekejap tutup api.
Basahkan loyang/acuan, susun hirisan buah kiwi dalam loyang,  masukkan sedikit adunan agar2 tadi untuk menutup buah kiwi, biarkan beku.
Lebihan adunan bahagi kepada 2 bekas, satu untuk hijau muda dan satu lagi untuk hijau pekat.
Kemudian ambil satu senduk adunan warna hijau pekat, tuang kan keatas adunan loyang tadi, bila keras sedikit masukkan pula adunan warna hijau muda.
Buat proses melapis ini hingga habis.

Bila sejuk, masukkan dalam peti ais selama 2 jam baru boleh dipotong.

Friday 10 February 2017

Cupcake Hokkaido lagi



HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Bahan
Bahan A
3 biji kuning telur gred A
20g gula kastor/gula halus
35g minyak jagung
60ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum * (hana half half gandum & SRF)
secubit garam*

Bahan B
3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Bahan C (Krim Kastad by honey)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml  susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega




Cara
Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.
Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati.
Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul rata dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ).
Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
Masukka ke dalam cup 3/4 penuh.
Bakar selama 20minit atau sehingga masak.


 Penyediaan krim kastad
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.
Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel. Siap dihidang.

NOTA : resepi asal tepung adalah 70g tepung kek.. Jika tiada ayak 3/4 cawan tepung gandum + 1/4 cawan tepung jagung. Timbang semula dan guna pakai 70g shj untuk resepi nih.. Boleh juga guna tepung superfine yang biasa ada jual di bakery.Dalam pembuatan kek chiffon biasanya menggunakan sedikit tepung jagung untuk menambah kegebuan dan kelembutan kek.


Wednesday 8 February 2017

Puding Kiwi



PUDING KIWI

Bahan
5 gm agar-agar serbuk
2 biji buah kiwi
5 sudu besar gula – boleh tambah
2 ½ cawan air
½ tin susu cair
sedikit pewarna hijau



Cara
Kupas buah kiwi dan potong dadu, kisar dengan ½ cawan air, ketepikan.
Masukkan agar-agar, air yang 2 ½ cawan dan gula kedalam periuk serta masak hingga mendidih.
Masukkan pula susu cair dan kiwi kisar tadi serta pewarna hijau.  Masak bagi mendidih sekejap, tutup api kacau sebati.
Tuang kedalam acuan yang dibasahkan dengan air (ini untuk memastikan pudding senang dikeluarkan dari acuan)
Bila puding sudah sejuk, masukkan dalam peti ais, biarkan sejuk boleh dihidangkan.


Monday 6 February 2017

Kek Pisang biasa

Assalammualaikum...
Pukul 2 petang mula lah diri ini ke tempat yang paling ku suka dalam rumah iaitu dapur, aku tercari-cari apa yang boleh ku masak, yang sebenar nya bukan aku nak makan sangat pun tapi itu lah hobi aku...aku suka masak kuih muih kalau aku tidak masak kuih dalam beberapa hari aku rasa tak lengkap hidup ku kosong je....itu lah dunia aku "didapur" setelah tamat perkhidmatan di sebuah bank.
Petang ini yang aku dapat hanya pisang, macam-macam aku boleh buat dengan pisang......
Untuk petang ni aku boleh masak dengan apa yang ada dirumah, aku malas nak keluar aku mesti masak dengan apa yang ada,  hihihi aku kena pandai.
Kek pisang itu lah kata hati ku, sebenarnya berpuluh-puluh resepi kek pisang ni, ada yang letak itu letak ini, bakar kukus huhuuu macam-macam seronok pula aku.  Kali ni aku nak buat yang paling senang sekali tak perlu bahan macam-macam, tapi sedap tau gebu sangat. resepi ini aku ambil dari kawan di instagram.  Bahan dan cara nya paling senang.
Bila sudah siap masak, mula lah aku ambil gambar, itu mesti untuk aku publish dalam kayumaniskorner........Mai kita tengok resepi dibawah.
Itu lah kisah kak ruby petang semalam.



KEK PISANG

Bahan
*5 biji pisang emas/berangan – yg besar potong kecil2
*1 cawan gula halus
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur A
*1 sudu kecil esen pisang/esen vanila
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Hirisan pisang utk hiasan secukup nya



Cara
Dalam bekas besar ayakkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat, ketepikan.
Blender semua yang bertanda * hingga hancur sebati.
Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang diayak tadi, kacau guna whisk/senduk hingga rata dan sebati.
Loyang 8 x 8 x3 sapu marjerin dan lapik dengan baking paper.  Masukkan adunan dan hias dengan hirisan pisang atas permukaan adunan.
Panaskan dulu oven 10 minit suhu 170c, bakar selama 45 – 50 minit atau hingga masak.

Sunday 5 February 2017

Onde onde Pulut Hitam



ONDE ONDE PULUT HITAM

Bahan
1 ½ cawan tepung pulut
½ cawan tepung pulut hitam
1 cawan santan cair
Sedikit garam
½ ketul gula Melaka – potong dadu kecil
½ biji kelapa parut putih + sedikit garam




Cara
Campur 2 tepung ke dalam bekas, Masukkan santan agak2…jangan tuang habis santan, masukkan garam gaul sebati.
Ambil sedikit adunan, buat bulat2 kesemuanya, buat leper letakkan gula Melaka bulatkan semula.  Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, masukkan onde2 tadi masak hingga timbul dipermukaan, angkat guna penapis, lalu bawah air paip sekejap, toskan.
Kemudian masukkan kedalam kelapa yang sudah bercampur garam tadi, golek2kan hingga bersalut kesemuanya.