Nuffnang Ad

Tuesday 30 April 2019

Kek pandan kelapa yg lembut sangat





KEK PANDAN KELAPA

Bahan
 (loyang 8x8 inci)

250 gm butter
1 cawan gula kaster (1/4 cwn dan 3/4 cwn)
1 sudu kecil ovallete
5 biji telur gred A (asingkan kuning dan putihnya)
2 cawan tepung superfine/tpng gandum*
1 s/k baking powder*(* di ayak bersama)
100 ml santan pekat
2 sudu kecil perisa pandan/pandan emulco
sedikit pewarna hijau
sedikit kelapa kering-utk tabur atas kek





Cara
Pukul putih telur bersama 1/4 cwn gula kaster hingga ringan.
Ketepikan.
Sementara itu dalam bekas lain, pukul butter, ovallete dan 3/4 cwn gula kaster sehingga kembang dan putih.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan pandan emulco/perisa pandan juga pewarna hijau.
Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Kacau rata sehingga adunan betul2 sebati.
Masukkan adunan putih telur dan gaul kaedah kaup balik.
Sediakan loyang yg telah dilapikkan kertas minyak. Sapu sedikit butter di sekeliling loyang.
Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan dan hentak-hentakkan 2 kali.
Taburkan kelapa kering di atas kek.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.
Guna api atas dan bawah 180c dan letak dirak tengah.
Setelah masak, angkat dan sejukkan diredai kek.
Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan.

Monday 15 April 2019

Puding cendol

Assalammualaikum.....Minggu ni kak ruby buat puding cendol , resepi dari fb tanah seberang iaitu fb Jago masak...keinginan kak ruby untuk memcuba tu teramat sangat, walau pun bila tengok resepi nya antara faham dengan tidak, bahan semua cukup tetapi sukatan nya kak ruby tidak berapa jelas, contoh 1bks agar2 kak ruby tidak faham bks yang berapa gm....hehehe jadi kak ruby buat lah sukatan kak ruby sendiri, kak ruby harap Jago masak tak marah ye ampunnnnn.....
Apa-apa pun ribuan terima kasih kak ruby ucapkan pada Jago masak sebab resepi nya cantik dan sedap..Kak ruby pun dapat hasil yang cantik.
Pada siapa-siapa yang nak ikut resepi asal dari Jago masak...resepi nya ada di bawah.




PUDING CENDOL

Bahan
40 gm agar-agar kak ruby bahagi 3 (sebab 3 lapis puding)

Lapisan cendol:
13 gm agar-agar
750 gm cendol (1 bungkus)
5 cawan air
1 cawan gula

Cara
Masukkan cendol di dalam acuan
Masakkan air dan agar-agar hingga mendidih, kacau rata, kemudian masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan yang berisi cendol tadi.
Biar kan separuh keras.




Lapisan santan:
200 ml santan (1 kotak santan)
sedikit garam
13 gm agar-agar
3 cawan air
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpul

Cara
Masak agar-agar + air bila sudah mendidih masukkan gula kacau masukkan santan dan daun pandan, masak hingga mendidih, buang daun pandan dan masukkan perlahan-pelahan di atas lapisan cendol yang sudah separuh keras td.



 Lapisan gula merah:
1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir – boleh kurang dan tambah
13 gm agar-agar
5 cawan air

Cara
Masak agar-agar + air  hingga mendidih masukkan gula merah dan gula pasir, kacau hingga semua larut.  Tutup api dan tuang perlahan-pelan diatas lapisan santan tadi.

Sejukkan hingga betul-betul sejuk dan keras baharu terbalikkan.
Siap.

**************************************************************************

INI  RESEPI ASAL

@sridamayanti_ati

Lapisan cendol:
-cendol/dawet secukupnya
-600ml air pth
-1bks agar2
-gula pasir sesuai selera
*susun cendol di dasar cetakan.sisihkan
Masukkan air,agar2,gula2 ke panci.aduk rata,masak hingga mendidih..siram di atas lapisan cendol

Lapisan santan:
-600ml santan encer
-sedikit garam
-1bks agar2
-gula pasir sesuai selera
-2lbr daun pandan,simpulkan
*campur rata smua bahan.masak hingga mendidih.buang daun pandan,siram perlahan santan di atas lapisan cendol yg sdh berkulit

Lapisan gula merah:
-gula merah & gula pasir sesuai selera,cairkan
-1bks agar2
-takaran air pth + cairan gula cukupkan 600ml
*campur smua bahan,aduk rata.masak hingga mendidih.tuang perlahan di atas lapisan santan yg sdh berkulit.klo ada nangka,potong kecil2...campurkan sewaktu memasak gulanya.wangi 😍
 — with Herwin Arst Shindhi.

Thursday 11 April 2019

Puding kastard koko





PUDING KASTARD KOKO

Bahan
20 gm agar-agar bertali
2 biji telur
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu teh serbuk koko





Cara
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, masukkan gula biarkan mendidih hingga gula larut.
Campurkan tepung kastard bersama susu cair dan kacau sebati.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan kedalam campuran tepung kastard tadi, kacau sebati.
Kemudian masukkan kedalam agar-agar, kacau jangan berhenti hingga adunan menjadi pekat, Angkat dan bahagi kepada 2 bahagian, satu bahagian biar kan kosong atau warna asal dan satu bahagian lagi dicampur dengan serbuk koko.
Masukkan kedalam acuan dengan cara bergilir gilir, yang kosong dengan warna koko.


Sejuk kan dalam peti ais dan potong.  

Monday 8 April 2019

Waffle yang sedap




WAFFLE 

Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1/3 cawan mentega cair
2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula
½ sudu teh garam





Cara
Asingkan kuning telur dan putih telur dalam dua bekas.
Campurkan susu segar, mentega cair, tepung jagung, tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam bekas kuning telur, guna mixer dan sebatikan adunan.
Kemudian campurkan gula ke dalam bekas putih telur, pukul guna mixer sehingga bertanduk (bila terbalikkan bekas adunan tak jatuh).  Masukkan kedalam bekas adunan tepung tadi, gaul cara kaup balikkan adunan hingga sebati.
Panaskan waffle maker terlebih dahulu, guna senduk dan tuangkan kedalam acuannya, jangan tebal sangat, Tutup waffle maker dan biarkan sehingga masak dan garing (terpulang kepada citarasa masing2.
Setelah 5 minit buka dan tengok kegaringannya….apabila sudah cukup garing, keluarkan boleh lah disapu dengan jem, kaya, mentega kacang, madu, aiskrim dan buah2an.  Sedap dimakan ketika masih panas2.


Buah melaka




ONDEH ONDEH KELEDEK OREN

Bahan
1/2 kilo keledek oren
1/2 cawan tepung ubi/tepung pulut
1/2 biji kelapa parut putih  + sedikit garam
200 gm gula melaka




Cara
Keledek dibuang kulit dan direbus hingga empuk.  Kemudian toskan dan dilenyek hingga hancur.
Masukkan tepung ubi gaul hingga sebati, jadikan adunan yang lembut.
Sementara itu, potong gula melaka kecil-kecil dan juga gaulkan kelapa bersama garam.
Didihkan juga air dalam periuk.

Bulat-bulatkan adunan, masukkan gula melaka, buat lah begini hingga semua adunan habis.  Masukkan kedalam air yang sedang mendidih, bila sudah timbul angkat, toskan sekejap kemudian golek2 kan dalam kelapa parut putih tadi.