Nuffnang Ad

Saturday 19 January 2019

Pau Serat Ayam




PAU SERAT AYAM

Bahan
450 gm tepung pau
50 gm tepung serat
11 gm yis  segera
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan air
50 gm shortening atau
4 sudu besar minyak jagung





Cara
Satukan sedikit air suam dengan yis, biarkan sampai berbuih (kalau tak berbuih, pau tak jadi).
Dalam bekas lain bancuh air bersama gula sampai gula larut.
Gaul tepung pau, tepung serat dengan yis yang sudah berbuih tadi, masukkan air gula gaul bagi sebati, masukkan shortening,  kemudian uli sampai menjadi adunan yang lembut.  Bahagikan kepada 15 ketul yang beratnya setiap ketul 50 gm.  Biarkan selama 30 minit.  Masukkan inti dan biarkan lagi selama 15 minit. 


 Kukus selama 10 minit. 

Apam Nasi lagi dan lagi




APAM NASI

Bahan
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata





Cara
Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata .
Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning').
 Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh dihidangkan bersama kelapa parut

Agar-agar milo




AGAR AGAR MILO

Bahan
1 bungkus atau 25 gram agar-agar kering
5 cawan
1 tin susu cair
1 cawan gula
1/3 cawan serbuk milo
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan





Cara
Basuh agar-agar kering. Masukkan air dan rendam selama 5 minit. Panaskan api dan masak agar-agar sehingga cair dan tidak berketul.
Masukkan gula dan daun pandan yg dicarik dan disimpul. Apabila gula sudah cair, masukkan susu cair dan kacau sebati.
Bahagikan agar-agar kepada 2 bahagian untuk perasa milo dan 1 bahagian perasa susu.
Untuk perasa milo, masukkan serbuk milo dan serbuk koko. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tuang dalam bekas dan masukkan agar-agar milo di dalam peti ais sehingga permukaan membeku.
Untuk bahagian susu, kacau sebati.
Cakar bahagian permukaan agar-agar milo supaya lapisan atas melekat. Tuang bahagian susu di atas lapisan milo dan sejukkan kembali di dalam peti ais.
Apabila beku dan sejuk sepenuhnya, potong dan hidangkan.

Tuesday 15 January 2019

makaroni bakar



MAKARONI  BAKAR

Bahan :
125 gm makaroni
300 gm daging cincang
2 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih – dipotong dadu
1 labu bawang besar – dipotong dadu
1 sudu besar tomato pure
3 sudu besar cili sos
1 sudu kecil lada sulah
100 gm sayur campur
3 biji telur – dipukul
3 sudu besar cheese cheddar – diparut
Garam secukup rasa



Cara :
Rebus makaroni hingga masak dan lembut.
Panaskan mentega, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan tomato puree dan sos cili, kacau.  Masukkan daging cincang, masak hingga air daging kering.
Masukkan sayur campur, garam dan lada sulah kacau sebati.  Masukkan makaroni dan susu cair, gaul dan kacau hingga sebati.
Kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega, ratakan…lepas tu tuangkan pula sos keatas makaroni.

Bahan Sos
3 ulas bawang putih
1 sudu mentega
1 sudu tepung gandum
1 cawan susu penuh krim
1 cawan krim putar
100 gm keju mozzarella
50 gm keju cheddar


Cara
Panas kan mentega hingga cair masukan bawang putih, kacau hingga naik bau masukan tepung gandum kacau lagi masukan susu dan krim putar kacau hingga berasap masukkan kedua-dua keju kacau jangan behenti hingga pekat masukan sedikit garam dan lada hitam..siap tuang ke atas macaroni. Taburkan keju mozzarella diatas.


Bakar selama 20 minit, api atas bawah pada suhu 180c.  

Monday 14 January 2019

Kek Oren Gebu





Kek Oren Gebu dan Lembab
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gram mentega
115 gm gula kaster
160 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
3 biji telur
2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren
Sedikit parutan kulit oren - opsyenal
Sedikit milo – kak ruby tambah, utk buat garis-garis





Cara 
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.

Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan baking paper atau acuan cawan kertas 3/4 penuh. Saya bakar 2 adunan menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek yang lebih tebal.

Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau yang disukai. Untuk saya kali ini, saya membakar selama 1 jam.

* kak ruby bahagi adunan kepada 3 bahagian, masukkan satu bahagian ke dalam loyang taburkan dengan milo, masukan bahagian kedua, taburkan dengan milo juga dan akhir sekali masukan adunan ketiga.  Bakar ikut cara dan suhu seperti atas.

Thursday 10 January 2019

Kuih Bom Keledek Pandan



KUIH BOM KELEDEK PANDAN

Bahan
500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
bijan secukup nya
1 sudu kecil air daun pandan + sedikit pewarna hijau
minyak untuk menggoreng





Cara
Keledek di kupas, dibersih, direbus dan dilecek halus.
Masukkan tepung gandum dan air daun pandan, secara sedikit demi sedikit,  uli sampai boleh di bentuk bulat2.
Masukkan inti, bulatkan dan golek-golekkan dengan bijan.
Kemudian goreng hingga kekuningan dan angkat. 
Siap.


* inti nya boleh gunakan kacang hijau atau inti kelapa

Monday 7 January 2019

Bako Ubi




BAKO UBI
Sumber : zaimah zakaria via mahn
Dicuba oleh : Aznie Khasri
skrg dicuba pula oleh : kak ruby

Bahan
2 cwn ubi kayu yg sudah di parut (sukat dulu kemudian perah buang air)
1 cwn gula merah*
1 cwn air*
3 helai daun pandan *
- masak bahan bertanda *smp larut kemudian tapis(sejukkan)
- dalam loyang campurkan ubi dgn bahan2 yg di masak tadi, kemudian kukus sampai masak (aznie kukus 30 minit)





Kepala santan (sos putih)
1 cwn santan pekat (1 kotak)
1 cwn air
3 sudu besar tpg beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
-dlm periuk campurkan semua bahan di atas.. kacau dulu bg semua larut baru buka api perlahan
-masak sampai pekat

Kuih Bakar Pandan



KUIH BAKAR PANDAN

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula - kak ruby letak 1/2 cawan je
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
sedikit pewarna hijau
bijan secukupnya




Cara
Masukkan semua bahan kedlm blender kecuali bijan, blender hingga sebati.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan kedlmnya,

Taburkan bijan.  Bakar selama 40 minit dgn suhu 180c hingga masak atau ikut pada kepanasan oven masing2. 

Sunday 6 January 2019

Buah Melaka warna warni





BUAH MELAKA

Bahan
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air 
gula kabung/gula melaka
2 cawan kelapa putih + sedikit garam
1 helai daun pandan - disimpul
pewarna merah, hijau, kuning secukup nya
air untuk merebus
















Cara
Potong gula kabung atau gula melaka kecil2 untuk dijadikan inti, ketepikan.
Masukkan daun pandan dalam periuk bersama air, didihkan.
Masukkan air yang dicampur dengan pewarna hijau tadi ke dalam tepung pulut dan tepung gandum, cara sedikit demi sedikit sambil digaul hingga adunan jadi lembut dan boleh di bentuk bulat2, buat yang sama juga untuk warna merah dan kuning
Kemudian ambil adunan yang telah dibentuk bulat tadi, leperkan masukkan inti, tutup bentukkan bulat semula.  Buat lah hingga adunan habis.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih tadi, masak lah hingga buah melaka timbul, angkat dan toskan.

Gaulkan dengan kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam.
Boleh dihidangkan.