Nuffnang Ad

Monday 28 December 2020

Kek Marble Lembut


 

KEK MARBLE LEMBUT
 
Bahan A
150 gm butter dicairkan  - (timbang dulu baru dicair)
Bahan B
5 bij telur gred A
230 gm tepung gandum
170 gm gula halus
1 sudu besar ovalete
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kesukaan





 
Cara
Panaskan oven, sapu loyang 8" x 8" dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak.  Kemudian sapukan butter sekali lagi diatasnya.
 
Satukan bahan B, pukul menggunakan mixer hingga kembang dan gebu.  Masukkan Bahan A iaitu butter yang telah dicairkan dan sejukan, Kaup balik hingga sebati.
 
Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna kesukaan.  Ambil adunan dan lapiskan berselang seli pada loyang hingga selesai.  Hentakkan loyang kek sedikit supaya adunan kek sekata dalam loyang.
 
Bakar hingga masak pada suhu 160c selama 45 – 50 minit (bergantung pada suhu oven masing-masing).  Masak, sejukkan.


Saturday 19 December 2020

Bengkang tepung beras gula merah

 


BINGKA TEPUNG BERAS
 
Bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
½ cawan gula halus
1 cawan gula merah
7 cawan santan
½ sudu kecil garam





Cara
Semua bahan digaul rata dan dimasak hingga pekat, dengan api sederhana saja.
Masukkan ke dalam loyang 8” x 8” yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Bakar pada suhu 180c – 200c selama 1 jam atau hingga masak.
Bila sudah  masak, tunggu betul-betul sejuk baru keluarkan dari loyang dan potong.  Masa panas  kuih masih lagi lembik.


Sunday 6 December 2020

Tart cheese

 


TART CHEESE
 
Bahan
170 gm butter
50 gm gula ising
1 biji telur – grend C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla




 
Cara
Pukul butter bersama gula dengan menggunakan senduk kayu sahaja, jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi dengan senduk kayu, masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil di uli hingga menjadi doh yang lembut, kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart, cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170c sehingga masak lebih kurang dalam 15 – 20 minit.
 
Untuk cream cheese filling
250 gm cream sheese
60 gm gula ising
1 biji kuning telur
½ sudu teh esen vanilla
blueberry secukupnya



Cara
Putar cream cheese bersama gula hingga berkerim, masukkan kuning telur dan vanilla, pukar lagi.
Masukkan blueberry filing ke dalam kulit tart, piping cream cheese diatasnya.
Bakar pada suhu 170c selama 10 minit,