Nuffnang Ad

Thursday 25 June 2020

Kek pandan gula melaka





KEK PANDAN GULA MELAKA

Bahan
200 gm tepung gandum
½ sudu teh baking powder
125 gm unsalted butter - kak ruby guna buttercup
½ sudu teh garam - tak letak
½ sudu teh esen vanilla
200 gm kastor
2 biji telur gred A
75 gm santan kotak *
25 gm air *
2 sudu besar jus pandan *
Sedikit pewarna hijau *





Cara
Ayak tepung dan baking powder, ketepikan
Pukul butter dan garam hingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit pukul lagi hingga gebu.
Masukkan telur dan esen vanilla pukul lagi hingga sebati.  Masukkan campuran bahan yang bertanda *, kacau lagi.  Akhir sekali masukkan tepung kacau sebati.
Masukkan adunan ke dlm cawan kertas dalam acuan dan bakar sehingga masak dalam suhu 160c selama 25 minit.

Bahan untuk buttercream
3 biji putih telur
110 gm gula castor
150 gm unsalted butter
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla



Cara membuat
Putih telur, gula dan garam masukkan dlm bekas kalis panas dan boiler.  Pastikan gula larut.
Pukul adunan telur hingga kental, perlahankan mixer dan campur butter sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.
Campurkan karmel gula melaka dan pukul hingga sebati.  Tinggalkan baki sedikit untuk dititis-titiskan atas permukaan kek nanti.

·       Kak ruby tidak guna resepi butter cream diatas…

Tuesday 23 June 2020

kuih getas




KUIH GETAS

Bahan
2 cawan tepung pulut
½ cawan tepung gandum
¾ cawan kelapa parut putih
Sedikit garam
1 ¼ cawan air, jgn tuang semua tuang sikit2





Cara
Campur semua bahan, gaul sebati, masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dantidak melekat pada tangan.
Bentukkan bulat atau bujur, cucuk-cucuk dengan garfu sebelum digoreng, supaya kuih tidak menggelembung dan pecah semasa menggoreng.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana, goreng hingga agak kekuningan.  Angkat dan toskan.

Untuk sira
¼ cawan air
½ cawan gula
Cara
Masak air hingga mendidih, masukkan gula.
Kacau hingga berbuih-buih dan agak pekat.  Masukkan kuih getas yg digoreng tadi,
Kacau atau gaul sebati hingga gula menyaluti seluruh kuih, kacau agak lama hingga nampak gula menjadi putih.  Tutup api, Sedia untuk dihidang.

Monday 15 June 2020

kuih ketayap





KUIH GULUNG/KETAYAP BERCORAK

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cawan susu segar/santan
1 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (pilihan sendiri)
1 sudu besar minyak masak *





Cara
Blender semua bahan diatas kecuali pewarna, tuangkan dalam bekas, ambil 1/3 adunan, untuk dijadikan corak.  Warnakan kedua adunan dengan warna yang berlainan, adunan yang 1/3 tadi masukkan kedalam botol cili sos.
Sediakan kuali non-stick, panaskan diatas api, ambil adunan dalam botol cili sos tadi corakkan didalam kuali, kemudian masukkan adunan yang asal dan buat seperti kuih gulung yang biasa.

kek carrot




KEK CARROT

Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus




Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing
Cara
Pukul kesemua bahan diatas,  kemudian sapu di atas kek.  

Bingka roti pandan




BINGKA ROTI PANDAN

Bahan
1/2  bungkus roti putih
1 cawan santan/susu cair
1 cawan gula
3 bij telur
2 sudu butter
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna hijau
3 helai daun pandan + 1 cwn air = dikisar dan ditapis




Cara
Masukkan air pandan kedalam pengisar dan kisar bersama gula, santan, butter, telur,garam dan pewarna hijau.
Carik-carikkan roti dan letakkan kedalam bekas, tuangkan adunan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas roti.  Biarkan selama 5 minit atau hingga roti kembang, hancur-hancurkan roti sedikit.
Masukkan adunan roti kedalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter, taburkan bijan. Bakar pada suhu 160c selama 50 minit atau hingga masak. 

Friday 12 June 2020

kek batik ganache melting





KEK BATIK GANACHE MELTING

Bahan
600 gm biskut marie – patah2kan
200 gm butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat manis
½ cawan serbuk koko
½ cawan air masak
2 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla




Cara
Masak butter sampai cair, guna api kecil je, masukkan susu pekat, kacau rata.
Masukkan pula milo dan serbuk koko, kacau cepat2 supaya jangan berketul.  Masukkan telur kacau bagi rata dan masukkan air, kacau lagi bagi sebati sekata semua.
Last sekali masukkan biskut, sedikit demi sedikit kacau masuk lagi biskut buatkan macam tu hingga biskut habis, kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat.  Tutup api
Terus masukkan ke dalam loyang saiz 10 inci (alas plastik bg biskut tak melekat dan senang untuk tarik keluar)  dan tekan2 padat-padat.
Tuang choc ganache cair dan simpan selama 4 jam atau lebih baik semalaman sebelum di potong.

        Tips , nak bagi potongan kek cantik, pisau yang nak guna utk potong kek hendaklah dicelup air panas atau dipanaskan diatas api dapur dan di lap kan dengan tisu setiap kali nak potong.  Baru lah potongan cantik dan kemas.



Bahan topping@ganache
100 g dark compound (sis guna beryls)
100 g milk compound
200 ml whipping cream
1 sdb butter
1 sdb golden syrup (optional)
1 sdk hazelnut oil (tips nak bg choc sedap mcm Cadbury, kalua tak ada abaikan ye)
Cara:  Double boil semua bahan topping, ketepikan, biarkan sejuk sekejap.

Kemudian boleh dituangkan keatas kek biskut batik.

Tuesday 2 June 2020

Brownies Kedut Mudah





BROWNIES KEDUT

Bahan
400 gm coklat masakan
150 gm butter
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula castor
100 gm gula perang
30 gm serbuk koko
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla





Cara
Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair, gaul rata  (mix A)
Pukul telur bersama gula castor, gula perang dan esen vanilla (mix B)
Dalam bekas lain, satu kan koko dan tepung naik sendiri dan ayak (mix C)
Masukkan mix B ke dalam mix A, kacau rata.  Kemudian masukkan mix C sedikit demi sedikit ke dalam adunan mix B dan mix A, gaul rata.
Alas acuan 10” x 10” dengan kertas baking dan oleskan dengan butter.  Tuang adunan ke dalam acuan.
Bakar ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160c selama 30 – 40 minit.



Monday 1 June 2020

agar agar tradisional





AGAR AGAR SIRAP ROS

Bahan
20 gm agar-agar bertali
1 ½ cawan gula – boleh tambah atau kurang
4 cawan air
1 helai daun pandan – disimpul
Pewarna merah
Sirap ros secukupnya





Cara
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, masukkan gula dan daun pandan.
Masukkan sirap ros dan sedikit pewarna merah, kacau hingga mendidih.
Kemudian tuang dan tapis dalam acuan pilihan sendiri, sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti ais.