Nuffnang Ad

Friday 20 January 2017

lagi Ayam Masak Hijau



AYAM MASAK HIJAU

Bahan
1 ekor ayam potong dan cuci bersih
1 inci kulit kayu manis *
2 kuntum cengkih *
1 kuntum bunga lawang *
2 biji buah pelaga *
Daun pandan - di simpul
1 batang serai - di titik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili padi hijau - kak ruby letak 5 biji je
10 biji cili hijau




Cara
Gaul ayam bersama garam dan kunyit, kemudian gereng hingga keemasan, ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan yang bertanda *, daun pandan dan serai hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi cukup rasa jika suka atau boleh juga jika nak tambahkan kiub ayam
Merenihkan sebentar
Masukkan ayam goreng tadi, gaul rata
Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air
Masak hingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya
Sedia di hidangkan


Wednesday 18 January 2017

Bingka Ubi Kayu



BINGKA UBI KAYU

Bahan
700 gm ubi kayu yang sudah diparut
1 1/2 cawan santan
1 cawan gula
2 biji telur - dipukul kembang
2 sudu mkn butter - dicairkan
garam secukup nya
sedikit pewarna kuning


Cara
Tos kan ubi yang sudah diparut sampai air ubi habis keluar.
Kemudian campurkan je semua bahan dan kacau hingga sebati.  Masukkan kedalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter.

Bakar pada suhu 150c selama 1 jam atau hingga masak.

Saturday 14 January 2017

Buhalu ikan yang di beli

Assalammualaikum, minggu lepas saja p jalan-jalan kat Bandar Baru Bangi, rasa nya lama dah tak pergi ke Bangi.....masa berjalan-jalan ternampak seorang perempuan sudah separuh umur menjual bahulu di tepi pasar raya, selain bahulu bermacam-macam kerepek dia jual.   Kak ruby berminat dengan bahulu, memang pun kak ruby suka sangat dengan bahulu ni, salah satu dari makanan kesukaan kak ruby, hihihi tidak banyak pun kak ruby beli cuma 2 bungkus saja. Cukup lah untuk kak ruby seorang, suami dan anak-anak tidak suka sangat.
Balik di rumah kak ruby makan lah sebagai minum petang bersama air teh....memang sedap lembut je macam bahulu zaman dulu-dulu, zaman nenek-nenek buat.  Rasa rugi pula beli dua bungkus je, satu bungkus ada 6 biji mana cukup.......hihihi kak ruby buat sendiri boleh tapi penyakit malas datang.
Resepi dibawah ni, resepi bahulu yang pernah kak ruby buat dulu, bahulu cermai....alhamdulillah resepi yang kak ruby buat ni pun menjadi lembut juga.


BAHULU IKAN

Bahan 
5 biji telur A
125 gm gula halus
125 gm tpg gandum (dijemur atau digoreng terlebih dulu)
1 sk esen rose
1/4 sk baking powder



Cara 
Pukul telur bersama gula dgn kelajuan kuat hingga kembang dan pekat, masukkan esen rose, kemudian ambil sedikit adunan telur, (i) masukkan kedlm bekas atau mangkuk kecil, masukkan 2 hingga 3 sudu besar tepung yang telah digoreng dan diayak bersama b/powder, kacau sebati agak2 adunan lembut, kemudian masukkan kedalam acuan yang telah di panaskan dulu dengan sedikit minyak. Ulangi langkah (i) hingga adunan telur dan tepung habis dibakar.
Bakar api atas bawah lebih kurang 15 minit atau hingga bahulu kekuningan.

* bila masak bahulu jadi lembut sangat atau keras – boleh lh tambah atau kurang sukatan tepung sudu tadi.

Friday 6 January 2017

Kek Milo Kukus yang sangat lah lembut....

Assalammualaikum... kek ni memang lembut sangat, sedap terasa milo nya......Pagi tadi, selepas solat subuh, kak ruby buka FB saja2 tengok2 sementara tunggu anak pergi kerja.....tengok punya tengok ternampak sahabat fb kita Rina'z Cookies shared resepi dari Lela Nin, Kek Milo Kukus, cantik, tertarik pula hati kak ruby untuk mencuba,  apa lagi terus kak ruby salin resepi, pergi ke dapur cari-cari bahan semua ada, alhamdulillah......kak ruby pun mula lah buat operasi....dan ini lah hasil nya.....
Terima kasih Rina dan tuan punya resepi....memang sedap.


KEK MILO KUKUS

Bahan A:
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
-----masak dalam periuk sehingga larut dan sebati, kecilkan api -------


 Bahan B:
3 biji telur
----- pukul hingga kembang, masukkan ke dlm adunan bahan A , tak perlu tunggu sejuk ----


Bahan C:
2 cawan tpg gandum
1 ST(sudu teh) serbuk penaik
1/2 ST(sudu teh) serbuk soda bikabonat
------ ayak semua bahan, masukkan sedikit2 ke dlm adunan td (A+B)------


Masukkan dalam adunan, kukus 45min atau sehingga kek masak.

*** sukatan cawan : 250mls

Thursday 5 January 2017

Puding Karamel



PUDING KARAMEL

Bahan
5 biji telur
1 1/2 cawan gula - 1 cwn dijadikan gula hangus + sedikit air
1 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair                 
1 cawan air



Cara
Sapu sedikit butter di dalam loyang.
Masukkan gula yang sudah hangus tadi, ketepikan.
Telur dipukul bersama 1/2 cawan gula hingga kembang, masukkan susu cair dan esen vanila, masukkan juga bancuhan kastard bersama 1 cawan air.  Kacau sebatikan.
Kemdian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Sejukkan dalam peti ais dulu baru terbalikkan.

Brownies Kedut sedap n senang

Assalammualaikum dan selamat tahun baru, nampak nya ini lah resepi kak ruby yang pertama dalam tahun 2017.  Memang sedap brownies kedut ni, lebih sedap lagi kak ruby letakkan walnut hancur dan tabur dengan badam slices..terima kasih pada tuan punya resepi, kak ruby ambil dari rakan fb.


BROWNIES KEDUT

Bahan
230 gm coklat compound - potong kecil2
180 gm gula kastor – boleh kurang kan150 gm kalau nk kurangkan manis
85 gm buter anchor
85 gm tepung gandum /tepung superfine /tepung kek
23 gm serbuk koko
2 biji telur A
1 sdk esen vanilla





Cara
Cairkan butter dan coklat cara double boiler dah cair sejukkan sebentar, ayak tepung dan serbuk koko.
Pukul telur dan gula sehingga kembang putih.
Masukkan adunan coklat dah suam2 ke dalam adunan telur kacau pakai senduk jer.. masukkan tepung kacau pun guna senduk sahaja,  dah sebati masukkan esen vanilla. Sebatikan lagi.
Lapik loyang dgn kertas baking lebihkan tepi supaya senang nk angkt keluar bila kek sudah masak.. panaskan oven suhu 160c..api atas bawah tuang adunan dalam loyang rata kan dgn sudu.bakar kek suhu 160c 25-30mint ikut oven masing2.
Kek dah masak jgn terus keluarkan dri oven buka sikt pintu oven agak2 dlm 15-20 mint baru keluar kan keknya.

*Nak sedap lagi boleh tabur badam cincang bersama coklat cip